Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..

Archives

gravatar

KENAPA TAK BERSIH?

ASSALAMU'ALAIKUM..
RENUNGAN BERSAMA


1 pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok."

Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"

Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima.

Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita.

Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.

HATI menentukan FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.

2 hal paling baik di atas kebaikan :
  • Sangka baik kepada Allah
  • Sangka baik kepada Hamba Allah


Permalink
gravatar

CARA SOLAT KHAS UNTUK WANITA



 

“Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa"

Selamat menimba ilmu..

Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.


2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.


Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.


Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.


Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.


‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

 
Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"


Permalink
gravatar

Mereka =)


Assalamualaikum..

Lama sangat dah rasanya tak update blog.. Kaku dah tangan ni haa nak menaip.. Walau apapun ku gagahkan jua agar perjuanganku di alam maya tidak terhenti setakat itu sahaja.. cheewaahh

Sepanjang tempoh Latihan Mengajar di Kuantan ni, terasa pulak rindu kat sahabat2 yang jauh di mata..inshaAllah sentiasa dekat di hati..rindu suasana ceria dan bahagia ketika bersama..dahagakan ilmu yang mereka selalu kongsikan bersama..risau diri ini terlena dan leka,tanpa sahabat2 yang peka..


rindu sangat kat sorang akak ni..bila teringat kat dia,mesti teringat kata2 ni..

Jangan berlari kalau kaki kian rapuh,
Biar tegar terus bertatih agar impian bisa kau sentuh,
Aku senyum kerana kau senyum padaku,
Jangan berhenti berikan senyuman itu,
Aku berdiri kerana kagum akan keberanianmu,
Jangan resah kerana aku pinjam semangatmu..

Dan setiap kali teringat kata2 ni,semangat pun automatik full tank..hehe..

Tidak kurang juga MEREKA yang sentiasa menyuntik kata2 semangat kepada diri saya yang lemah ni..Semoga Allah berkati usaha kalian..sentiasa lah pimpin diri ini agar tidak tersesat untuk ke syurga..


Dah lama tak berkumpul dengan mereka..semoga selepas ini tajuknya bukan "mereka", tetapi "aku dan mereka"

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia ibarat pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah =)



Permalink
gravatar

RUKUN QAULI DALAM SOLAT



Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.


Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.


Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (diingat dalam hati)

2. Qauli (diucap dengan lidah)

3. Fi'li (perbuatan)


Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]

2. Niat.[Qalbi]

3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]

4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]

5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]

6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]

7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]

9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]

10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]

12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]

13. Tertib [Qalbi]



Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
(Surah Al-`Isra' ayat 110)


Permalink
gravatar

HasbiyAllah..Cukup Allah Bagiku..


Assalamualaikum warahmatullah sahabat2.. Semoga sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayangNya insyaAllah =)





Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Sejak akhir2 ni saya perasan makin ramai sahabat2 di luar sana yang sudah berhijrah ke arah lebih baik.. Mungkin perubahan itu secara perlahan2 tapi x apa la kan.. Lagi bagus berubah slow n steady tapi istiqamah daripada berubah mendadak zzzzuuupppp tapi lama2 timbul rasa bosan dalam diri.. Na'uzubillah.. Moga dijauhkan..

Mungkin kebanyakan dari kita2 ni selalu je rasa macam kena perli la, sindir la.. Macam2 tomahan dan dugaan kan.. Tapi jangan risau, benda2 tu perkara biasa je.. Biasa la, syaitan ni mana boleh duk diam bila tengok manusia nak buat benda baik.. Kan? =)





Kalau kita rasa semua orang pulaukan kita, x hiraukan kita, persetankan aje semua tu.. Wat dunno je.. Sebab apa, sebab Allah ada bersama kita.. Kalau kita ingat Allah, Allah x pernah tinggalkan kita.. Yang penting kita taat suruhanNya dan tinggalkan laranganNya..


Check semula niat kita.. Kalau ada tersilap di mana2, perbetulkan balik.. Jangan risau, Allah Maha Pengampun.. Biar tinggi menggunung dosa2 yang pernah kita lakukan, tapi jika kita bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha, insyaAllah akan diterima taubat kita seperti bayi yang baru lahir yang suci daripada segala dosa.. Yang penting kita berubah kerana Allah, bukan kerana manusia..







Ye.. Berubah kerana Allah, bukan kerana manusia.. Pedulikan apa yang orang lain fikir terhadap diri kita, tapi risaulah akan apa yang Allah pandang pada diri kita.. Adakah kita layak untuk ke syurgaNya atau hanya sebagai salah seorang penghuni neraka? Na'uzubillah.. Semoga kita antara insan yang terpilih untuk ke tempat yang paling indah itu yakni syurgaNya..


Jadi.. Jika kita merasa sendirian dalam kembara mencari Ilahi, ingatlah, Allah sentiasa bersama kita.. Bukan manusia yang kita harapkan, tapi pengampunan Allah itu kita dambakan.. Astaghfirullahal'adzim..



"Hasbunallahu wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nasir, wahdina ila siratil mustaqim."

Cukuplah Allah Ta'ala untuk (menolong) kami dan Dia sebaik2 pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).. Dia sebaik2 tuan dan sebaik2 penolong.. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus..



Wallahua'lam..


Permalink
gravatar

Lagu Untuk Ummi

Assalamualaikum wbt semua.. Khaifa halukum? Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah.. Dan saya juga.. InshaAllah =)
Alhamdulillah.. Bahagianya sekarang dapat bersama family kat kuantan.. Almaklumla sekarang kan tengah cuti sem, lama pulak tu, almost 3 months.. Heheh.. Boleh la buka puasa sama2 ngan family.. Dan tarawih sekali! Jom sama2 kumpul saham akhirat =)

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan ALLAH, maka diampuankan dosa-dosanya yang terdahulu"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baru2 ni, 7 Julai, ada wat makan2 sikit kat rumah.. Buat kecik2 je, jemput jiran dan sedara mara terdekat.. Ada yang tanya "majlis tunang ke?" Mak ai.. Sempat lagi ye.. Sambut bday adik bongsu la, Farisya Husna, yang ke 9.. Huhu.. Tapi bday adik 8 Jun, bukan 7 Julai.. Lama kan tempoh masa nak buat party bday dia ni?  Genap sebulan.. Huhu.. Gara2 saya la, lambat pulang dari UTM.. Sebenarnya sambut bday 3 orang sekaligus tau.. Adik 8 Jun, Abah 17 Jun dan Ma 8 Julai.. Huhu..


Kek Blueberry Cheese tu beli sendiri.. Kek Coklat tu Cikgu Zaihan bawak.. Huhu.. Nyum!

Bakar Ayam BBQ.. Simple2 je..

Menu:
1) Mee Goreng
2) Mee Hoon Goreng
3) Bubur Lambuk
4) Bubur Pulut Hitam
5) Ayam BBQ
6) Kuih Muih (beli je)
7) Jajan (especially untuk budak2)

Orang Mersing datang bawak Blueberry Cheese Tart.. Nyum!

Antara hadiah yang adik dapat..Yang ada kad comel warna biru tu saya punya =)

Ok lah.. Tutup cerita pasal bday party ni.. Sedangkan entri tajuknya Lagu Untuk Ummi.. Apa kaitan kan? Huhu.. Tertarik dengan lagu terbaru Du'a - Lagu Untuk Ummi.. Apa lagi, 8 Julai tu terus dedikasi lagu ni kat ma tersayang.. Sanah helwah mama ku! Semoga dibukakan pintu rezeki dan hidayah yang seluas2 nya buatmu dan meningkatnya amalanmu seiring dengan peningkatan umurmu.. Amin =)
Ini la Ma dan Abah saya.. I luv both of u =)

"redhallah fi redha alwalidain"redha Allah <---- redha ibu bapa

Dalam sebuah hadith yg diriwayatkn drpd Abdullah bin Amru bin al-As, Rasulullah S.A.W telah bersabda:"Redha Allah bergantung kpd redha kedua2 ibu bapa & kemurkaan Allah bergantung kpd kemurkaan kedua2 ibu bapa."

Namun dalam riwayat yang masyhur iaitu orang yang perlu diutamakan yang pertama ialah ibu, yang kedua masih lagi ibu dan yang ketiga juga ibu.. Yang keempat baru lah ayah.. Jadi yang dah berkahwin tu (lelaki), jangan sesekali menyayangi isteri tetapi ibu tolak ketepi ye..

Dari Anas RadhiAllahu ‘Anhu, dia berkata:Ada seorang lelaki menemui Rasulullah saw seraya berkata: ”Aku ingin sekali ikut berjihad, namun aku tidak mampu.”Beliau bertanya: “Adakah salah satu dari kedua orang tua mu masih hidup?”Dia menjawab: “Ibuku!”Beliau saw bersabda: “Menghadaplah kepada Allah dengan cara berbuat baik kepada ibumu.. Jika engkau melakukannya, engkau sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah, serta berjihad.”(Riwayat Abu Ya’la dan At-Tabrani)

Dapat kita lihat bahawa betapa tingginya kedudukan ibu kita dalam menggapai redha Allah..Dengarlah lagu ni.. Sambil bayangkan wajah ummi tersayang =)





Permalink
gravatar

SubhanAllah! Hebatnya Sedekah =)

Assalamualaikum sahabat2 yg dikasihi Allah sekalian..apa khabar iman hari ini?semoga sentiasa dalam lindungan rahmatNya inshaAllah =)

Sebenarnya x tau nak share pasal apa..jadi saje je la ni..nak citer2 sikit pasal sedekah ni..huhu..


Jalan2 kat mall tengok2 barang sikit..ada la 1 tabung ni..untuk derma kat pelajar2 maahad..anak yatim la kalau x silap..memang tabung ni selalu la ada kat situ..


Ajaibnya sedekah ni kan,memang ajaib la..subhanAllah..banyak kali jugak la saya perasan benda ni..kagum..apa yang ajaib sangat ni??


Terdetik la hati saya nak sedekah sikit duit yang saya ada..kongsi2 dengan orang lain kan..bukan selalu pun..sekali sekala..tapi saya perasan setiap kali saya sedekah duit saya,x kisah la berapa n kat mana2 pun..saya pasti akan dapat balik apa yang saya sedekah kan tu..bukanlah maksudnya saya derma rm5 dapat balik rm5 cash..tapi saya dapat balik nilai yang saya derma tu dalam bentuk lain..subhanAllah..betapa hebatnya kuasa Allah..sebab tu la kalau nak sedekah ni jangan berkira..contohla kalau kita ada duit rm10 je time tu..jangan la berkira nak letak rm10 tu..nak tukar duit ke apa..kalau kita yakin dan ikhlas,inshaAllah banyak ganjarannya tu..


Ada la banyak kali jugak kalau saya sedekah duit saya,hari yang sama jugak rezeki saya bertambah2..Alhamdulillah..ada orang anggap ini kebetulan,tapi bagi saya semua ini kuasa Allah..
*hari tu derma,ada orang belanja kek..
*hari tu derma,ada orang belanja oblong..
*hari2 lain derma,ada la benda lain saya dapat..tapi da lupa..
*hari ni derma,ada orang belanja makan tengahari.. Alhamdulillah =)
*bukan nak menunjuk2 tapi hanya sekadar nak tunjuk hebatnya sedekah ni =)


Lagipun,sedekah ni bukan dalam bentuk duit je..barang2 kita,harta,senyum tu pun sedekah kan..
Jadi,senyum la banyak2..kalau kita senyum ni,kita sedekah aura positif kat orang sekeliling kita..kalau orang nampak kita senyum,orang lain pun akan terpanggil nak senyum sama dan rasa gembira tu muncul..huhu..tapi kalau kita masam je,tengok orang lain menjeling sana sini,orang pun sakit hati je kan..kan3.??
*kalau saya memang geram la tengok muka masam2 mencuka ni..huhu



Jadi,marilah kita perbanyakkan amalan..salah satunya dengan bersedekah..inshaAllah bila kita perbanyakkan sedekah,harta kita xkan berkurang tapi sebaliknya bertambah..tak percaya???try la dulu..belum cuba belum tahu =)


Wallahua'lam


Permalink
gravatar

BFF - BEST FRIEND FILLAH

Assalamualaikum semua. Semoga sihat & ceria selalu insyaAllah =)

Hari ni saya nak kongsi cerita pasal kawan, rakan, sahabat, teman, friends atau apa2 je nama panggilan yang sama erti dengannya. Semua orang ada kawan kan? Macam mustahil je kalau takde kawan ni. At least mesti ada walaupun sorang kan? Bukan takde kawan, tapi kurang. Huhu =)

Best ke kalau selalu sorang2 ni? Sampai dilabel forever alone. Tak bosan ke? Kalau orang yang macam saya ni, kecoh sana sini, mesti bosan kan kalau sorang2. Rasa sunyi je. Tapi biasa la, lain orang lain cara. Asalkan bahagia. Kan3. Andai tiada insan di sisi, jangan khuatir kerana Allah sentiasa di sisi jika kita sentiasa mengingatiNya. InsyaAllah =)

Selalu kita dengar istilah BFF ni kan. Best Friends Forever. Siap ada BFFL, Best Friends For Life. Huhu. Macam2 la. Tapi yang paling saya suka, BFF, Best Friend Fillah. Kalau bahasa Arab biasanya ukhuwwah fillah. Kalau dalam konteks sahabat ni maksudnya bersahabat kerana Allah. Sweet tak? Mungkin ada yang anggap "Skema nye..bersahabat kerana Allah..ayat skema..cliche.." Terpulang kepada masing2 punya pandangan. Bergantung kepada kawan yang macam mana yang kita harapkan =)

Saya sangat suka kalau orang yang berkawan dengan saya kerana Allah. Bukan apa, kita tak tau kan sejauh mana orang tu ikhlas nak berkawan dengan kita. Jadi, kalau orang yang berkawan kerana Allah ni insyaAllah ikhlas kan. Tapi macam mana nak tau orang tu berkawan dengan kita kerana Allah? Macam mana ek? Hurmm..

Best kan kalau ada kawan yang boleh bimbing kita. Kawan yang nak bersama2 kita, bukan di dunia je, tapi akhirat juga. Kawan yang boleh genggam kita sampai syurga. Best nye masuk syurga sama2. Walaupun hakikat nak masuk syurga tu bukannya senang.

Saya sendiri pun ada ramai kawan, dan saya yakin awak juga =) Kawan2 saya takde la semuanya bertudung labuh ke apa. Boleh dikatakan lagi ramai kawan2 saya yang free hair dari yang bertudung. Bagi saya yang paling penting jangan pernah sisihkan sesiapa. Berkawanlah seramai yang mungkin. Cuma kena pandai jaga diri. Kalau ada kawan yang ajak2 untuk buat benda pelik2 tu, jangan la ikut. Tapi jangan pula terus tinggalkan diorang. Usaha untuk tarik diorang balik ke pangkal jalan. That is so my style =)

Bukan apa, ramai yang akan terus tinggalkan kawan2 diorang kalau diorang buat benda tak elok. Tak kesian kat diorang ke? Kalau nak masuk syurga, nak masuk sorang2 ke? Huhu. Tak syok la kalau sorang2 kan. Yang paling tak menahan nye kalau yang bertudung labuh nak geng dengan yang sewaktu dengannya je. Makin la buat diorang ni takut nak dekat. Huhu. Maaf sape2 yang terasa. No offense =)



Dan diri saya, memang saya akui saya bukanlah yang jenis skema orangnya. Agak gila2 juga. Tapi tak tau la kot2 ada yang anggap saya ni skema. Kalau ada syukurlah. Hehe. Bukan apa, saya suka bergaul dengan semua orang. Buat lawak sikit, sebab suka tengok orang gelak. Selalu aje saya yang gelak lebih2. Apa2 pun, jangan nak gelak2 sangat. Jangan pula nak sedih2 sangat. Bersederhana =)

Bila kita gila2 ni, ramai la jugak kadang2 salah faham dengan kita. Mungkin ada yang anggap tak kena dengan tema tudung labuh yang ada pada diri ni. Salah ke? Saya rasa tak salah kan. Selagi saya jaga batas, sesuai dengan syariat Islam, that should be ok rite? Kalau asyik nak skema je, orang pun boring tau. Tak menarik. Orang pun tak tertarik dengan dakwah yang kita nak sampaikan tu. Huhu =)

Pantang saya kalau ada kawan yang backstabbing ni. Memang saya pantang. Ibarat makan daging sendiri tau tak. Huhu. Gaduh sikit mula lah canang cerita sana sini. Masa berkawan bukan main, masa gaduh lagi tak boleh main. Best ke tikam2 kawan ni? Best ke kutuk2 kawan dari belakang ni? Jangan sampai kawan yang kita kutuk2 tu la yang tolong kita satu hari nanti. Dan jangan jadi batu api!

Yang paling penting, insan yang berkawan dengan saya, terima saya seadanya, saya sayang korang sangat2! Korang la Best Friends Fillah saya. Maaf kalau ada yang menyampah dengan perangai gila2 or childish or kanak2 ribena saya ni. Biar gila2, asalkan tak gila =D

*Sahabat, genggam daku sampai syurga =)



Permalink
gravatar

FESYEN TUDUNG: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK

Salam'alaik sahabat-sahabat.. Lama tak update blog.. Jadi tibalah saatnya untuk diri ini berkongsi serba sedikit ilmu yang saya dapt dalam majlis ilmu pada hari ini..


FESYEN TUDUNG: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK


Berikut merupakan tajuk Mutiara Srikandi yang dijalankan seperti biasa di Dewan Al-Ghazali, MSI, UTM pada setiap hari Jumaat.. Program ini adalah untuk muslimat sahaja kerana waktu program adalah bersamaan waktu Solat Jumaat..


Berikutan tajuk ini, sempatlah saya merakamkan dalam ingatan beberapa isi penting untuk diketengahkan..


Yang pertama tentulah dalil dan hadith berkaitan menutup aurat..


1) Boleh rujuk surah An-Nur, ayat ke 31..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

*Tapi isi penting yang ingin diketengahkan ialah:

"Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”.

(surah An-Nur: 31)

Huraian:

Jelas sekali tuntutan dalam menutup aurat itu adalah salah satunya melabuhkan tudung hingga melepasi dada.. Namun, sebaik-baiknya tudung itu labuh hingga ke paras pusat dan seimbang depan dan belakang.. Maksudnya, kalau depan dah labuh, belakang juga haruslah labuh dan pendapat para ulama', sebaik-baiknya labuh di belakang melebihi paras punggung, serta labuh sedikit di bahagian bahu..


2) Boleh rujuk Hadith Riwayat Muslim dari Abu Hurairah..

"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

Huraian:

Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah berkenaan sanggul rambut yang kini menjadi trend seakan-akan penonjolan sanggul itu sudah menjadi perkara biasa.. Sedangkan dalam hadith di atas jelas menerangkan bahawa mereka yang menonjolkan sanggul seperti bonggol itu tidak akan dapat masuk ke syurga, mahupun sekadar mencium baunya..


Jadi, apa yang dapat saya rumuskan berkaitan topik ini ialah kena rujuk balik niat kita bertudung itu.. Adakah kita bertudung itu untuk menutup aurat kerana Allah? Atau adakah ianya kerana manusia.. Na'uzubillah.. Kadang-kadang niat kita tanpa sedar telah terpesong dan perkara yang kita lakukan hanyalah kerana manusia.. Berfesyen itu tidak salah, asalkan ianya memenuhi syariat dan niat terus istiqamah kerana Allah.. Bertudung jika niat semata-mata untuk berfesyen, sedikit sebanyak menimbulkan perasaan riak dan kadangkala menjadikan kita obses dengan trend semasa dan akhirnya lupa bahawa tuntutan yang sebenar ialah menutup aurat sehinggakan boleh menjadi tabarruj ataupun berlebih-lebihan..


Bolehkah Menyerupai Rahib Kristian?


Satu topik yang saya kira agakmenarik untuk dikupas.. Antara hadith berkaitan ialah:

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, ia dari kaum tersebut."

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu Umar)

Huraian:

Menurut Imam Ibnu Kathir, hadith ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk umat Islam..

*Ada dua pendapat, yang pertama mengatakan langsung tidak boleh memakai tudung yang menyerupai rahib.. Pendapat yang kedua mengatakan boleh asalkan aqidah kita tetap teguh tanpa tergugat sedikitpun.. Namun pendapat saya, pilihlah yang mana dapat menyelamatkan diri kita daripada kemungkaran..


Ciri-ciri menyerupai sesuatu kaum yang lain:

1) Merayakan perayaan mereka (Sahih Muslim, no: 892)

2) Meniru budaya mereka

3) Meniru sesuatu perkara seperti simbol agama mereka (contoh: memakai salib)


Ini sahaja yang dapat saya kongsikan.. Mudah-mudah adalah sedikit ilmu yang kalian dapat walaupun tak banyak..

Wallahua'lam


Permalink
gravatar

izinkan hati ini kembali padaMu


salam'alaik sahabat-sahabat. Asif jiddan sebab ana lama menyepi. Semoga jari jemari ana masih bisa menaip sesuatu yang bermanfaat di sini. InshaAllah. Sebenarnya esok hari ana ada "paper" untuk final exam ni, tapi mudah-mudahan dengan ana menulis di sini dapat memberi kebaikan kepada semua. Kepada ana juga, release tension la katakan =)


artikel ini juga ana ada submit di iluvislam =)
http://www.iluvislam.com/inspirasi/sinar-hidayah/4126-izinkan-hati-ini-kembali-padamu.html

Pasti hati setiap daripada kita akan sebak sebaik sahaja memikirkan segala dosa yang pernah kita lakukan. MashaAllah. Begitu banyak sekali sehingga tidak terhitung banyaknya. Allahu rabbi. Masihkah ada pengampunan dariNya.

Sahabat-sahabat yg ku sayangi. Setiap daripada kita dilahirkan dalam keadaan, situasi dan fikrah keluarga yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang hidup seperti zaman jahiliyah. Ada yang miskin, kaya dan sebagainya. Namun jangan pernah perlekehkan semua ini kerana ia adalah ketetapan dariNya. Maka jangan lupa panjatkan syukur padaNya, terutama bagi kita yang automatik menjadi umat Islam sejak dilahirkan..

Alhamdulillah. Allah sayangkan kita. Allah sentiasa bagi peluang untuk kita bertaubat. Walau dosa yang telah kita lakukan itu tinggi menggunung mencecah langit sekalipun, sekiranya kita bertaubat dan menyesali perbuatan kita itu dengan bersungguh-sungguh, inshaAllah akan diterima olehNya kerana Allah itu Maha Pengampun. Jadi sahabat-sahabat yang ku kasihi, jika anda selama ini hidup dalam kejahilan dan ingin kembali ke jalan yang diredhaiNya, maka teruskanlah langkahmu. Jangan pernah menolak panggilan dari Ilahi ini, capailah hidayah dariNya ini. Kerana sekali engkau menolak, mungkin sukar untuk engkau mendapatnya kembali.

Sedarlah sahabat. Bukan kita yang memilih untuk hidup dalam latar belakang keluarga yang macam mana. Jadi pada sahabat-sahabat yang sudah tersedia hidupnya dalam latar keluarga yang berfikrah Islam, bersyukurlah. Anda sangat bertuah kerana ramai sahabat-sahabat kita yang perlu meraba-raba mencari cahaya. Sangat sukar dan perit ya sahabat. Bukan perkara yang mudah untuk mengubah diri, tambahan pula jika keadaan keluarga yang hidup dalam kejahilan.

Ana sedih apabila melihat sahabat-sahabat yang mensia-siakan nikmat yang Allah berikan. Didikan dari keluarga itu sudah ada, belajar di sekolah agama dan sebagainya. Akan tetapi, masih ramai juga yang dari menutup aurat bertukar menjadi menutup rambut. Kenapa perlu berhijrah dari bertudung labuh ke tudung biasa? Ana bukan ingin menyalahkan sesiapa, tapi ana sedih kerana kita diberi kesempatan dan peluang tapi ibarat mensia-siakannya.

Sedangkan sahabat-sahabat kita yang baru diketuk pintu hatinya dengan hidayah dari Allah seringkali menitiskan air mata, betapa cemburunya dengan mereka yang berfikrah itu. Betapa bersyukur saat mengenakan tudung yang labuh, walaupun tudung yang labuh itu tidak dapat menutup dosa-dosa yang dilakukan itu. Kadangkala di salah sangka oleh masyarakat sekeliling dek kerana hijrah yang dilakukan itu seperti terlalu ketara. Sedangkan diri hanya inginkan perubahan, inginkan pengampunan dariNya. Kenapa mesti dicerca, dicemuh, disindir. Ada juga yang apabila kelemahannya terpancar, lalu terus dihukum "selama ini tersilap menilai dirinya". Tambahan pula jika diketahui masa lalunya adalah kurang bernasib baik, jahil. "Patutlah, memang dulu dia jahil pun. Sekarang je pakai tudung labuh." Astaghfirullah. Kepada yang pernah berbuat demikian, letakkan diri anda di tempat mereka. Mungkin anda tidak faham kerana anda tidak pernah merasainya. Tahukah sahabat, dengan hanya mengenangkan perkara ini, mereka kembali menitiskan air mata. Betapa kuatnya hati meronta-ronta agar diputarkan balik masa. Ingin bersihkan jiwa dari segala noda kerana khuatir tiada pengampunan dariNya.

Kalau ada masa dengar lagu ni jap.. Pencari JalanMu by Afghan.. Hayati lirik dan video nya..


Namun, walau apa jua keadaan sekalipun, marilah sama-sama kita kembali mendekatkan diri padaNya. Marilah kita berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah, walaupun bukanlah yang terbaik dalam kalangan manusia. Manusia ini memang tidak akan pernah sempurna. Kerana sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.

Semoga Allah menerima taubat kita. Jangan pernah merendah-rendahkan sahabat yang lain. Astaghfirullah. Istighfar ya sahabat-sahabat. Istighfar. Semoga hati kita bersih dari sifat riak dan takabbur ini. Semoga husnudzon yang sentiasa menjadi pilihan kita. Semoga Allah izinkan hati kita untuk kembali padaNya.

Wallahua'lam

*p/s..sama-sama kita hayati video ini..


Permalink

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time