Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..

Archives

gravatar

SEHARI SERANGKAP DOA

Nas-nas yang memotivasi untuk berdoa, menerangkan fadhilatnya dan mendorong agar memperbanyakkannya terlalu banyak sama ada di dalam al-Qur'an mahupun Hadis Nabawi, apatah lagi pada masa dan tempat yang mustajab. Antaranya adalah pada bulan Ramadhan al-Mubarak.


Al-Baqarah:186
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda maksudnya:
"Tiga bentuk doa yang mustajab (mudah diperkenankan oleh Allah); doa orang yang berpuasa, doa org yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir."
-Hadis riwayat Al-Tirmizi-

Doa adalah ibadah. Doa adalah wasilah untuk bertaqarrub kepada Allah subhanahu wata'ala.Oleh itu, mari berdoa..

Bismillahirrahmanirrahim..

1) Doa Hari Pertama

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Allahummaj'al siyaamii fiihi siyaamas saaimiin, waqiyaamii fiihi qiyaamal qaaimiin, wanabbihnii fiihi 'an naumatil ghafiliin, wahab lii jurmii fiihi ya ilaahal 'aalamiin, wa' fu'anni yaa 'aafiyaan 'anil mujrimiin..

"Ya Allah! Jadikanlah puasaku padanya (hari ini) sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa dan ibadah malamku sebagai ibadah orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Kejutlah aku dari tidur orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku padanya, wahai Tuhan sekalian alam! Ampunilah aku, wahai Pengampun orang yang bersalah."

2) Doa Hari Kedua


اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allahumma qarribnii fiihi ila mardhaatika, wajannibnii fiihi min sakhatika wanaqimaatika, wawaffiqnii fiihi liqiraa ati aayaatika birahmatika yaa arhamarraahimiin..

"Ya Allah! Dekatkanlah aku padanya (hari ini) kepada keredhaanMu dan jauhkanlah aku daripada kemurkaan dan pembalasan azabMu. Bimbinglah aku padanya untuk membaca ayat-ayatMu dengan rahmatMu, Wahai Yang Maha Penyayang daripada semua yang penyayang."

3) Doa Hari Ketiga

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ

Allahummarzuqnii fiihizzibna wattanbiih, wabaa'idnii fiihi minassafaahati wattamwiih, waj'al lii nasiibaan min kulli khairin tunzilu fiihi bijuudika yaa ajwadal ajwadiin..

"Ya Allah! Kurniakanlah aku padanya (hari ini) kecerdikan dan kewaspadaan, serta jauhkanlah aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah habuan untukku daripada segala kebaikan yang Engkau turunkan, demi kemurahanMu, Wahai Zat Yang Maha Pemurah daripada semua yang pemurah."

4) Doa Hari Keempat


اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ

Allahumma qauwinii fiihi 'ala iqaamati amrika, wa aziqnii fiihi halaawata zikrika, wa auzi'nii fiihi liadaai syukrika bikaramika, wahfaznii fiihi bihifzika wasitrika yaa absarannaaziriin..

"Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku padanya (hari ini) untuk menegakkan perintahMu, dan rasakan aku kemanisan berzikir mengingatiMu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepadaMu, demi kemuliaanMu dan peliharalah aku dengan peliharaan dan perlindunganMu, wahai Zat Yang Maha Melihat."

5) Doa Hari Kelima


اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

"Ya Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon keampunan, Dan jadikanlah aku sebagai hambaMu yang Soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya’Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutanMu, wahai Zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih."


6) Doa Hari Keenam

اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ

"Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadapMu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasanMu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaanMu, dengan anugerah dan bantuanMu, wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan."


7) Doa Hari Ketujuh

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ

"Ya Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingatMu secara berkesinambungan, Dengan TaufiqMu, wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat."



8) Doa Hari Kelapan

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ

"Ya Allah! Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaanMu, wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap."



9) Doa Hari Kesembilan

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الْمُشْتَاقِيْنَ

"Ya Allah! Sediakanlah untukku sebahagian dari RahmatMu yang luas, Dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaranMu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada keredhaanMu yang penuh dengan kecintaanMu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

10) Doa Hari Kesepuluh

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ


"Ya Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepadaMu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang menang disisiMu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepadaMu dengan IhsanMu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon."

~Nanti saya sambung lagi sampai doa hari ke-30..insyaAllah


Permalink
gravatar

AKU KAN SIBUK...MANE ADE MASE NAK SOLAT..


lama sudah x update blog..rindu tu mmg la rindu,tp memandangkan byk kerja2 dan assignment yg menanti,hajat nak update blog trpaksa dibekukan buat smntara waktu..hehehe


brbicara soal sibuk ni..trdetik hati ana untuk menyatakan pndapat ana..kadang2 ana sedih bila ana lihat kalau ada sahabat2 yang abaikan prkara2 yg wajib gara2 nak siapkn kerja masing2..

prkara2 yg wajib????ape 2....?

hehe..yela....cntohnye mcm solat la...ramai yg ana lihat abaikan solat semata2 krn nak siapkan kerja..knapa mesti tinggalkn solat?adakah kerja2 "untuk dunia" itu lebih pnting brbanding kerja2 "untuk akhirat"..?ana xnak jawab soalan ini..masing2 dikurniakan akal fikiran..renung2kanlah dan fikirlah sendiri jawapannya..

rasa2nya semua orang tau bahawa solat itu "tiang agama"..emm..tp kalau solat pun dah ditinggalkan..mksudnye dah xde la tiang nya..jadi,kukuh ke agama kalau mcm 2??mari kita fikir sama2..kalau rumah,xde tiang....ape akan jadi..?adakah rumah tu akan terus kukuh..?atau besar kemungkinan ia akan roboh..?

apa salahnya luangkan sedikit masa je untuk solat..bknnya lama pn solat tu..xkn la kerja x siap gara2 kita tunaikan solat...kan....

bila kita lewatkan solat pun x elok jgk..usahalah sebaik mungkin untuk solat di awal waktu..byk kelemahan melewatkan solat ni..cuba kita bandingkan antara solat di awal waktu dgn solat di akhir waktu atau lambatkn solat,yang mana satu solat kita lebih khusyuk.?kadang2 ada yang solat betul2 di penghujung waktu..masa ni mula la solat "laju2"..takut trlepas waktu..kan2..jadi,khusyuk ke mcm ni.?

emm..bila da ckp pasal x elok lewatkn solat..mula lah ade yg trdetik "xnak solat la..ye la,kan x elok lewatkn solat..ni da lewat ni..xyah solat la..same je..x elok jgk.."

ana nk komen satu je pasal prkara mcm ni.. "..better late than never.."
nk ana translate kan ke??mksudnye "lebih baik lambat drpd x buat langsung..!"

jadi,suka ana nak cakap kat sini..tunaikanlah solat walau sesibuk mana pun kita..xkan berkat perkara yang kita lakukan kalau kita abaikan perintah Allah..lebih2 lagi solat..ana x sertakan hadis kat sini bkn apa..sbb ana rasa dah byk post yg ckp pasal solat,bg hadis2 dan dalil2..ade jgk yg xnak terima..jadi ana post dan cakap2 mcm ni skadar untuk buat kita sama2 brfikir dan muhasabah diri..marilah kita sama2 mnjadi insan yang brjaya bukan saja di dunia,bahkan di akhirat kelak..

wallahua'lam..


Permalink
gravatar

berpegang teguh kepada Quran dan Sunnah,takkan tersesat selama2nya..

Hadis2 yg sy baca, mnjelaskn apa yg kabur selama ini. Sy yakin, jika umat Islam brpegang teguh kpd dua sumber, iaitu Quran dan Sunnah, mereka xkn trsesat buat selama2nya.. Berikut adalah antara hadis yg dpt sy kongsikan..

Kerasnya Hati

Sesungguhnya seorg hamba apabila dia melakukn sesuatu kesalahan maka akn digoreskn d dlm hatinya satu titik hitam; maka apabila dia mnarik diri (dari kmaksiatan itu) dan trus bristighfar n brtaubat (kpd ALLAH SWT) hatinya akn kmbali suci bersih. Tetapi apabila dia kmbali mlakukan ksalahan itu maka titik hitam itu akn brtambah (d dlm hatinya) sehingga smpailah titik hitam itu memenuhi segala ruang prmukaan hatinya.

Dan inilah yg dipanggil 'ar-raan' ataupun karat d hati yg disebutkn ALLAH SWT dlm firmannya: (sprti yg trsebut dlm hadis d atas yg brmaksud): "Sekali-kali bkn demikian (sprti apa yg dikatakan oleh org2 kafir), sbnrnya apa yg mereka lakukan itu (drpd prbuatan dosa) telah mnutup hati mereka."

Maksudnya: "Pada hari itu (hari qiamat) sudah x brguna lg harta bnda n anak pinak, kcuali org yg dtg mngadap ALLAH dgn hari yg sihat (bersih)." Surah Asy-Syu'ara 88-89

Kenapa hati mnjadi keras? Drpd Ibnu R.A brkata: Rasulullah SAW brsabda: "Jgnlah mmperbanyakkn prckapan slain bzikir kpd ALLAH SWT,maka sesungguhnya byk brcakap slain kpd brzikir kpd ALLAH SWT itu adalah mnyebabkan hati seseorg itu mnjadi keras. Dan sesungguhnya, sejauh-jauh mnusia drpd ALLAH SWT ialah mereka yg brhati keras." HR Tarmizi

Seringan-ringan Siksaan di Neraka

Drpd Abu Nu'man RA bkata: Aku mndengar Rasulullah SAW brsabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksaan pnghuni neraka pd hari kiamat adalah seseorg yg akan diletakkn bara api neraka shingga mndidih (dr sebab panas kedua2 bara api trsebut) otak yg ada d kepalanya. Dia x mngira bahawa ada org lain yg lebih dahsyat siksaan drpdnya, pdhl dialah org yg plg ringan siksaannya." HR Bukhari dan Muslim

Siapa Teman Setia

Drpd Anas b. Malik RA; Rasulullah SAW brsabda: "Ada tiga macam yg akn mghantarkn jenazah ktika dibawa ke tanah prkuburan, iaitu keluarganya, hartanya, dan amalnya. Dua diantaranya akn kmbali dan yg satu lg akan tetap tinggal mnyertainya. Keluarga n harta akan kmbali sedangkan amalnya akan tetap setia brsamanya." HR Bukhari dan Muslim

Kenapa Neraka yg Dipilih?

Drpd Jabir RA bkata: Rasulullah SAW brsabda: "Perumpamaan aku dan perumpamaan kamu adalah sprti seorg lelaki yg duduk bdekatan unggunan api maka byk lah belalang dan rama2 (kelkatu) yg mnjatuhkan diri ke dlm unggunan api itu. Maka org itu brusaha sedaya-upaya untuk mnyekat binatang2 td supaya jgn smpai jatuh ke dlm nya. Aku (Rasulullah SAW) brusaha memegang simpulan kain kamu supaya kamu jgn jatuh ke dlm jurang api neraka, namun ramai di kalangan kamu yg masih juga hendak mlepaskn diri drpd peganganku." HR Muslim

Dan dlm hadis yg lain riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW brsabda: "Semua umatku akan msuk ke dlm syurga, melainkn org yg enggan. Sahabat berasa hairan lalu brtanya; "Ya Rasulullah! Siapa yg x suka masuk syurga?" Rasulullah mnjawab "Sesiapa yg taat kpdku brerti dia mahu masuk syurga dan sesiapa yg mnyalahi ajaranku maka org itulah yg x mahu masuk syurga."

Dan Sekadar Renungan...

Ketahuilah.. Liku2 khidupan kita d muka bumi ini hanyalah sementara. Bila tiba waktunya, kita pasti kmbali padaNya. Kitalah juga yg mampu mncorak prjalanan hidup kita. Baik atau buruk, kitalah yg akan memandunya.

Hiasilah hidup kita dgn cahaya keimanan. Ukirlah ia dgn sifat ketakwaan. Pastikan ia sntiasa utuh n teguh supaya prjalanan kita ke sana tiada halangan. Alangkah nikmatnya insan yg sntiasa brusaha memenuhi ladangnya dgn tanaman yg hidup subur dibajai sifat ketakwaan.

Sama ada kita sedari atau tidak, masa brlalu begitu pantas. Inilah yg dikatakan dunia. ALLAH x mnciptakan kita untuk hidup selama2nya. Kehidupan dunia hanyalah ujian untuk kita. Kita diciptakan untuk kehidupan akhirat sbnrnya.

"Dan khidupan dunia ini tidak lain hanyalah ksenangan yg menipu." Surah Al-Hadid: 20

"Tiap2 yg brnyawa akan merasakan mati. Kami akan mnguji kamu dgn kburukan n kebaikan sbg cubaan (yg sbnrnya) dan kpd Kamilah kamu akan dikembalikan." Surah Al-Anbiyaa: 35


Permalink

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time