Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..

Archives

gravatar

FESYEN TUDUNG: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK

Salam'alaik sahabat-sahabat.. Lama tak update blog.. Jadi tibalah saatnya untuk diri ini berkongsi serba sedikit ilmu yang saya dapt dalam majlis ilmu pada hari ini..


FESYEN TUDUNG: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK


Berikut merupakan tajuk Mutiara Srikandi yang dijalankan seperti biasa di Dewan Al-Ghazali, MSI, UTM pada setiap hari Jumaat.. Program ini adalah untuk muslimat sahaja kerana waktu program adalah bersamaan waktu Solat Jumaat..


Berikutan tajuk ini, sempatlah saya merakamkan dalam ingatan beberapa isi penting untuk diketengahkan..


Yang pertama tentulah dalil dan hadith berkaitan menutup aurat..


1) Boleh rujuk surah An-Nur, ayat ke 31..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

*Tapi isi penting yang ingin diketengahkan ialah:

"Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”.

(surah An-Nur: 31)

Huraian:

Jelas sekali tuntutan dalam menutup aurat itu adalah salah satunya melabuhkan tudung hingga melepasi dada.. Namun, sebaik-baiknya tudung itu labuh hingga ke paras pusat dan seimbang depan dan belakang.. Maksudnya, kalau depan dah labuh, belakang juga haruslah labuh dan pendapat para ulama', sebaik-baiknya labuh di belakang melebihi paras punggung, serta labuh sedikit di bahagian bahu..


2) Boleh rujuk Hadith Riwayat Muslim dari Abu Hurairah..

"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

Huraian:

Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah berkenaan sanggul rambut yang kini menjadi trend seakan-akan penonjolan sanggul itu sudah menjadi perkara biasa.. Sedangkan dalam hadith di atas jelas menerangkan bahawa mereka yang menonjolkan sanggul seperti bonggol itu tidak akan dapat masuk ke syurga, mahupun sekadar mencium baunya..


Jadi, apa yang dapat saya rumuskan berkaitan topik ini ialah kena rujuk balik niat kita bertudung itu.. Adakah kita bertudung itu untuk menutup aurat kerana Allah? Atau adakah ianya kerana manusia.. Na'uzubillah.. Kadang-kadang niat kita tanpa sedar telah terpesong dan perkara yang kita lakukan hanyalah kerana manusia.. Berfesyen itu tidak salah, asalkan ianya memenuhi syariat dan niat terus istiqamah kerana Allah.. Bertudung jika niat semata-mata untuk berfesyen, sedikit sebanyak menimbulkan perasaan riak dan kadangkala menjadikan kita obses dengan trend semasa dan akhirnya lupa bahawa tuntutan yang sebenar ialah menutup aurat sehinggakan boleh menjadi tabarruj ataupun berlebih-lebihan..


Bolehkah Menyerupai Rahib Kristian?


Satu topik yang saya kira agakmenarik untuk dikupas.. Antara hadith berkaitan ialah:

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, ia dari kaum tersebut."

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu Umar)

Huraian:

Menurut Imam Ibnu Kathir, hadith ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk umat Islam..

*Ada dua pendapat, yang pertama mengatakan langsung tidak boleh memakai tudung yang menyerupai rahib.. Pendapat yang kedua mengatakan boleh asalkan aqidah kita tetap teguh tanpa tergugat sedikitpun.. Namun pendapat saya, pilihlah yang mana dapat menyelamatkan diri kita daripada kemungkaran..


Ciri-ciri menyerupai sesuatu kaum yang lain:

1) Merayakan perayaan mereka (Sahih Muslim, no: 892)

2) Meniru budaya mereka

3) Meniru sesuatu perkara seperti simbol agama mereka (contoh: memakai salib)


Ini sahaja yang dapat saya kongsikan.. Mudah-mudah adalah sedikit ilmu yang kalian dapat walaupun tak banyak..

Wallahua'lam


Permalink
gravatar

izinkan hati ini kembali padaMu


salam'alaik sahabat-sahabat. Asif jiddan sebab ana lama menyepi. Semoga jari jemari ana masih bisa menaip sesuatu yang bermanfaat di sini. InshaAllah. Sebenarnya esok hari ana ada "paper" untuk final exam ni, tapi mudah-mudahan dengan ana menulis di sini dapat memberi kebaikan kepada semua. Kepada ana juga, release tension la katakan =)


artikel ini juga ana ada submit di iluvislam =)
http://www.iluvislam.com/inspirasi/sinar-hidayah/4126-izinkan-hati-ini-kembali-padamu.html

Pasti hati setiap daripada kita akan sebak sebaik sahaja memikirkan segala dosa yang pernah kita lakukan. MashaAllah. Begitu banyak sekali sehingga tidak terhitung banyaknya. Allahu rabbi. Masihkah ada pengampunan dariNya.

Sahabat-sahabat yg ku sayangi. Setiap daripada kita dilahirkan dalam keadaan, situasi dan fikrah keluarga yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang hidup seperti zaman jahiliyah. Ada yang miskin, kaya dan sebagainya. Namun jangan pernah perlekehkan semua ini kerana ia adalah ketetapan dariNya. Maka jangan lupa panjatkan syukur padaNya, terutama bagi kita yang automatik menjadi umat Islam sejak dilahirkan..

Alhamdulillah. Allah sayangkan kita. Allah sentiasa bagi peluang untuk kita bertaubat. Walau dosa yang telah kita lakukan itu tinggi menggunung mencecah langit sekalipun, sekiranya kita bertaubat dan menyesali perbuatan kita itu dengan bersungguh-sungguh, inshaAllah akan diterima olehNya kerana Allah itu Maha Pengampun. Jadi sahabat-sahabat yang ku kasihi, jika anda selama ini hidup dalam kejahilan dan ingin kembali ke jalan yang diredhaiNya, maka teruskanlah langkahmu. Jangan pernah menolak panggilan dari Ilahi ini, capailah hidayah dariNya ini. Kerana sekali engkau menolak, mungkin sukar untuk engkau mendapatnya kembali.

Sedarlah sahabat. Bukan kita yang memilih untuk hidup dalam latar belakang keluarga yang macam mana. Jadi pada sahabat-sahabat yang sudah tersedia hidupnya dalam latar keluarga yang berfikrah Islam, bersyukurlah. Anda sangat bertuah kerana ramai sahabat-sahabat kita yang perlu meraba-raba mencari cahaya. Sangat sukar dan perit ya sahabat. Bukan perkara yang mudah untuk mengubah diri, tambahan pula jika keadaan keluarga yang hidup dalam kejahilan.

Ana sedih apabila melihat sahabat-sahabat yang mensia-siakan nikmat yang Allah berikan. Didikan dari keluarga itu sudah ada, belajar di sekolah agama dan sebagainya. Akan tetapi, masih ramai juga yang dari menutup aurat bertukar menjadi menutup rambut. Kenapa perlu berhijrah dari bertudung labuh ke tudung biasa? Ana bukan ingin menyalahkan sesiapa, tapi ana sedih kerana kita diberi kesempatan dan peluang tapi ibarat mensia-siakannya.

Sedangkan sahabat-sahabat kita yang baru diketuk pintu hatinya dengan hidayah dari Allah seringkali menitiskan air mata, betapa cemburunya dengan mereka yang berfikrah itu. Betapa bersyukur saat mengenakan tudung yang labuh, walaupun tudung yang labuh itu tidak dapat menutup dosa-dosa yang dilakukan itu. Kadangkala di salah sangka oleh masyarakat sekeliling dek kerana hijrah yang dilakukan itu seperti terlalu ketara. Sedangkan diri hanya inginkan perubahan, inginkan pengampunan dariNya. Kenapa mesti dicerca, dicemuh, disindir. Ada juga yang apabila kelemahannya terpancar, lalu terus dihukum "selama ini tersilap menilai dirinya". Tambahan pula jika diketahui masa lalunya adalah kurang bernasib baik, jahil. "Patutlah, memang dulu dia jahil pun. Sekarang je pakai tudung labuh." Astaghfirullah. Kepada yang pernah berbuat demikian, letakkan diri anda di tempat mereka. Mungkin anda tidak faham kerana anda tidak pernah merasainya. Tahukah sahabat, dengan hanya mengenangkan perkara ini, mereka kembali menitiskan air mata. Betapa kuatnya hati meronta-ronta agar diputarkan balik masa. Ingin bersihkan jiwa dari segala noda kerana khuatir tiada pengampunan dariNya.

Kalau ada masa dengar lagu ni jap.. Pencari JalanMu by Afghan.. Hayati lirik dan video nya..


Namun, walau apa jua keadaan sekalipun, marilah sama-sama kita kembali mendekatkan diri padaNya. Marilah kita berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah, walaupun bukanlah yang terbaik dalam kalangan manusia. Manusia ini memang tidak akan pernah sempurna. Kerana sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.

Semoga Allah menerima taubat kita. Jangan pernah merendah-rendahkan sahabat yang lain. Astaghfirullah. Istighfar ya sahabat-sahabat. Istighfar. Semoga hati kita bersih dari sifat riak dan takabbur ini. Semoga husnudzon yang sentiasa menjadi pilihan kita. Semoga Allah izinkan hati kita untuk kembali padaNya.

Wallahua'lam

*p/s..sama-sama kita hayati video ini..


Permalink
gravatar

SEHARI SERANGKAP DOA

Nas-nas yang memotivasi untuk berdoa, menerangkan fadhilatnya dan mendorong agar memperbanyakkannya terlalu banyak sama ada di dalam al-Qur'an mahupun Hadis Nabawi, apatah lagi pada masa dan tempat yang mustajab. Antaranya adalah pada bulan Ramadhan al-Mubarak.


Al-Baqarah:186
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda maksudnya:
"Tiga bentuk doa yang mustajab (mudah diperkenankan oleh Allah); doa orang yang berpuasa, doa org yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir."
-Hadis riwayat Al-Tirmizi-

Doa adalah ibadah. Doa adalah wasilah untuk bertaqarrub kepada Allah subhanahu wata'ala.Oleh itu, mari berdoa..

Bismillahirrahmanirrahim..

1) Doa Hari Pertama

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Allahummaj'al siyaamii fiihi siyaamas saaimiin, waqiyaamii fiihi qiyaamal qaaimiin, wanabbihnii fiihi 'an naumatil ghafiliin, wahab lii jurmii fiihi ya ilaahal 'aalamiin, wa' fu'anni yaa 'aafiyaan 'anil mujrimiin..

"Ya Allah! Jadikanlah puasaku padanya (hari ini) sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa dan ibadah malamku sebagai ibadah orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Kejutlah aku dari tidur orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku padanya, wahai Tuhan sekalian alam! Ampunilah aku, wahai Pengampun orang yang bersalah."

2) Doa Hari Kedua


اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allahumma qarribnii fiihi ila mardhaatika, wajannibnii fiihi min sakhatika wanaqimaatika, wawaffiqnii fiihi liqiraa ati aayaatika birahmatika yaa arhamarraahimiin..

"Ya Allah! Dekatkanlah aku padanya (hari ini) kepada keredhaanMu dan jauhkanlah aku daripada kemurkaan dan pembalasan azabMu. Bimbinglah aku padanya untuk membaca ayat-ayatMu dengan rahmatMu, Wahai Yang Maha Penyayang daripada semua yang penyayang."

3) Doa Hari Ketiga

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ

Allahummarzuqnii fiihizzibna wattanbiih, wabaa'idnii fiihi minassafaahati wattamwiih, waj'al lii nasiibaan min kulli khairin tunzilu fiihi bijuudika yaa ajwadal ajwadiin..

"Ya Allah! Kurniakanlah aku padanya (hari ini) kecerdikan dan kewaspadaan, serta jauhkanlah aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah habuan untukku daripada segala kebaikan yang Engkau turunkan, demi kemurahanMu, Wahai Zat Yang Maha Pemurah daripada semua yang pemurah."

4) Doa Hari Keempat


اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ

Allahumma qauwinii fiihi 'ala iqaamati amrika, wa aziqnii fiihi halaawata zikrika, wa auzi'nii fiihi liadaai syukrika bikaramika, wahfaznii fiihi bihifzika wasitrika yaa absarannaaziriin..

"Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku padanya (hari ini) untuk menegakkan perintahMu, dan rasakan aku kemanisan berzikir mengingatiMu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepadaMu, demi kemuliaanMu dan peliharalah aku dengan peliharaan dan perlindunganMu, wahai Zat Yang Maha Melihat."

5) Doa Hari Kelima


اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

"Ya Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon keampunan, Dan jadikanlah aku sebagai hambaMu yang Soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya’Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutanMu, wahai Zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih."


6) Doa Hari Keenam

اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ

"Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadapMu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasanMu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaanMu, dengan anugerah dan bantuanMu, wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan."


7) Doa Hari Ketujuh

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ

"Ya Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingatMu secara berkesinambungan, Dengan TaufiqMu, wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat."



8) Doa Hari Kelapan

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ

"Ya Allah! Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaanMu, wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap."



9) Doa Hari Kesembilan

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الْمُشْتَاقِيْنَ

"Ya Allah! Sediakanlah untukku sebahagian dari RahmatMu yang luas, Dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaranMu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada keredhaanMu yang penuh dengan kecintaanMu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

10) Doa Hari Kesepuluh

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ


"Ya Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepadaMu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang menang disisiMu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepadaMu dengan IhsanMu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon."

~Nanti saya sambung lagi sampai doa hari ke-30..insyaAllah


Permalink

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time