Mereka =)
Assalamualaikum..
Lama sangat dah rasanya tak update blog.. Kaku dah tangan ni haa nak menaip.. Walau apapun ku gagahkan jua agar perjuanganku di alam maya tidak terhenti setakat itu sahaja.. cheewaahh
Sepanjang tempoh Latihan Mengajar di Kuantan ni, terasa pulak rindu kat sahabat2 yang jauh di mata..inshaAllah sentiasa dekat di hati..rindu suasana ceria dan bahagia ketika bersama..dahagakan ilmu yang mereka selalu kongsikan bersama..risau diri ini terlena dan leka,tanpa sahabat2 yang peka..
rindu sangat kat sorang akak ni..bila teringat kat dia,mesti teringat kata2 ni..
Jangan berlari kalau kaki kian rapuh,
Biar tegar terus bertatih agar impian bisa kau sentuh,
Aku senyum kerana kau senyum padaku,
Jangan berhenti berikan senyuman itu,
Aku berdiri kerana kagum akan keberanianmu,
Jangan resah kerana aku pinjam semangatmu..
Dan setiap
kali teringat kata2 ni,semangat pun automatik full tank..hehe..
Tidak
kurang juga MEREKA yang sentiasa menyuntik kata2 semangat kepada diri saya yang
lemah ni..Semoga Allah berkati usaha kalian..sentiasa lah pimpin diri ini agar
tidak tersesat untuk ke syurga..
Dah lama tak berkumpul dengan mereka..semoga selepas ini tajuknya bukan "mereka", tetapi "aku dan mereka"
Sahabat
yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat
yang setia ibarat pewangi yang mengharumkan,
Sahabat
sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah =)
:')
Sebak baca....
yup, seriously sebak juga :')
Sangat mengharukan :), terima kasih :) konveksi murah jogja