Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..

Archives

gravatar

FESYEN TUDUNG: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK

Salam'alaik sahabat-sahabat.. Lama tak update blog.. Jadi tibalah saatnya untuk diri ini berkongsi serba sedikit ilmu yang saya dapt dalam majlis ilmu pada hari ini..


FESYEN TUDUNG: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK


Berikut merupakan tajuk Mutiara Srikandi yang dijalankan seperti biasa di Dewan Al-Ghazali, MSI, UTM pada setiap hari Jumaat.. Program ini adalah untuk muslimat sahaja kerana waktu program adalah bersamaan waktu Solat Jumaat..


Berikutan tajuk ini, sempatlah saya merakamkan dalam ingatan beberapa isi penting untuk diketengahkan..


Yang pertama tentulah dalil dan hadith berkaitan menutup aurat..


1) Boleh rujuk surah An-Nur, ayat ke 31..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

*Tapi isi penting yang ingin diketengahkan ialah:

"Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”.

(surah An-Nur: 31)

Huraian:

Jelas sekali tuntutan dalam menutup aurat itu adalah salah satunya melabuhkan tudung hingga melepasi dada.. Namun, sebaik-baiknya tudung itu labuh hingga ke paras pusat dan seimbang depan dan belakang.. Maksudnya, kalau depan dah labuh, belakang juga haruslah labuh dan pendapat para ulama', sebaik-baiknya labuh di belakang melebihi paras punggung, serta labuh sedikit di bahagian bahu..


2) Boleh rujuk Hadith Riwayat Muslim dari Abu Hurairah..

"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

Huraian:

Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah berkenaan sanggul rambut yang kini menjadi trend seakan-akan penonjolan sanggul itu sudah menjadi perkara biasa.. Sedangkan dalam hadith di atas jelas menerangkan bahawa mereka yang menonjolkan sanggul seperti bonggol itu tidak akan dapat masuk ke syurga, mahupun sekadar mencium baunya..


Jadi, apa yang dapat saya rumuskan berkaitan topik ini ialah kena rujuk balik niat kita bertudung itu.. Adakah kita bertudung itu untuk menutup aurat kerana Allah? Atau adakah ianya kerana manusia.. Na'uzubillah.. Kadang-kadang niat kita tanpa sedar telah terpesong dan perkara yang kita lakukan hanyalah kerana manusia.. Berfesyen itu tidak salah, asalkan ianya memenuhi syariat dan niat terus istiqamah kerana Allah.. Bertudung jika niat semata-mata untuk berfesyen, sedikit sebanyak menimbulkan perasaan riak dan kadangkala menjadikan kita obses dengan trend semasa dan akhirnya lupa bahawa tuntutan yang sebenar ialah menutup aurat sehinggakan boleh menjadi tabarruj ataupun berlebih-lebihan..


Bolehkah Menyerupai Rahib Kristian?


Satu topik yang saya kira agakmenarik untuk dikupas.. Antara hadith berkaitan ialah:

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, ia dari kaum tersebut."

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu Umar)

Huraian:

Menurut Imam Ibnu Kathir, hadith ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk umat Islam..

*Ada dua pendapat, yang pertama mengatakan langsung tidak boleh memakai tudung yang menyerupai rahib.. Pendapat yang kedua mengatakan boleh asalkan aqidah kita tetap teguh tanpa tergugat sedikitpun.. Namun pendapat saya, pilihlah yang mana dapat menyelamatkan diri kita daripada kemungkaran..


Ciri-ciri menyerupai sesuatu kaum yang lain:

1) Merayakan perayaan mereka (Sahih Muslim, no: 892)

2) Meniru budaya mereka

3) Meniru sesuatu perkara seperti simbol agama mereka (contoh: memakai salib)


Ini sahaja yang dapat saya kongsikan.. Mudah-mudah adalah sedikit ilmu yang kalian dapat walaupun tak banyak..

Wallahua'lam


Permalink

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time