Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..
gravatar

RUKUN QAULI DALAM SOLAT



Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.


Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.


Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (diingat dalam hati)

2. Qauli (diucap dengan lidah)

3. Fi'li (perbuatan)


Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]

2. Niat.[Qalbi]

3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]

4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]

5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]

6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]

7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]

9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]

10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]

12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]

13. Tertib [Qalbi]



Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
(Surah Al-`Isra' ayat 110)

This comment has been removed by the author.

sorry...salah pula soalan saya..tahyat awal rukun qauli ke?

dan apa maksud allahuakabar yg PERTAMA tu?

Maaf klu soalan sy kurg cerdik.

1. Klu jadi makmum lepas imam baca Alfatihah kita kena baca Alfatihah secara qauli jugak?

2. Bagaimana klu makmum yg masuk halfway dan sempat rukuk saing imam? Alfatihah x dibaca secara qauli.

Terima kasih kepada sesiapa yg beri pencerahan..

tahiyat awal adalah sunat ab'ad...

mesti membaca secara qauli (qaul / kata2), tapi soalan Nina tu untuk dua situasi makmum, makmum muafik dan mamum masbuk.... nak taip takut ayat saya tak jelas, sila rujuk link ni:-
http://www.angelfire.com/planet/pendekar/page3.html

NAT: itu adalah takbiratulihram, yang mana ianya didalam rukun solat (rukun qauli)

Ketika rukuk,sujud dan duduk diantara dua sujud perlu atau tidak mengeluarkan suara?

Mengapa kita perlu baca sehingga dpt didengari oleh tlinga kita? Sbb nk menimbulkn khusyuk dlm solat..ttp tdklah terlalu kuat sehingga mengganggu org di seblah kita (jika berjemaah)... wallahua'lam..

Lagipun bacaan yang keluar suara tepat makhrajnya, bukan setakat bunyi2 bisik dan angin.Wallahualam.

Kalau gitu mazhab lain, Maliki Dan Hanapi yg memadai bacaan al fatihah imam, tak Sah kah solat depa? Dalam Islam mazhab termashur ada 4.

there's no need to say any thing more cause unknown on August 12, made it very clear. bring me a verse from Quraan or Hadith Sahih to prove your rukun Qauli.

salam untuk semua, thanks

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time