Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..

Showing posts with label aurat. Show all posts

gravatar

CARA SOLAT KHAS UNTUK WANITA



 

“Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa"

Selamat menimba ilmu..

Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.


2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.


Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.


Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.


Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.


‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

 
Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"


Permalink
gravatar

FESYEN TUDUNG: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK

Salam'alaik sahabat-sahabat.. Lama tak update blog.. Jadi tibalah saatnya untuk diri ini berkongsi serba sedikit ilmu yang saya dapt dalam majlis ilmu pada hari ini..


FESYEN TUDUNG: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK


Berikut merupakan tajuk Mutiara Srikandi yang dijalankan seperti biasa di Dewan Al-Ghazali, MSI, UTM pada setiap hari Jumaat.. Program ini adalah untuk muslimat sahaja kerana waktu program adalah bersamaan waktu Solat Jumaat..


Berikutan tajuk ini, sempatlah saya merakamkan dalam ingatan beberapa isi penting untuk diketengahkan..


Yang pertama tentulah dalil dan hadith berkaitan menutup aurat..


1) Boleh rujuk surah An-Nur, ayat ke 31..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

*Tapi isi penting yang ingin diketengahkan ialah:

"Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”.

(surah An-Nur: 31)

Huraian:

Jelas sekali tuntutan dalam menutup aurat itu adalah salah satunya melabuhkan tudung hingga melepasi dada.. Namun, sebaik-baiknya tudung itu labuh hingga ke paras pusat dan seimbang depan dan belakang.. Maksudnya, kalau depan dah labuh, belakang juga haruslah labuh dan pendapat para ulama', sebaik-baiknya labuh di belakang melebihi paras punggung, serta labuh sedikit di bahagian bahu..


2) Boleh rujuk Hadith Riwayat Muslim dari Abu Hurairah..

"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

Huraian:

Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah berkenaan sanggul rambut yang kini menjadi trend seakan-akan penonjolan sanggul itu sudah menjadi perkara biasa.. Sedangkan dalam hadith di atas jelas menerangkan bahawa mereka yang menonjolkan sanggul seperti bonggol itu tidak akan dapat masuk ke syurga, mahupun sekadar mencium baunya..


Jadi, apa yang dapat saya rumuskan berkaitan topik ini ialah kena rujuk balik niat kita bertudung itu.. Adakah kita bertudung itu untuk menutup aurat kerana Allah? Atau adakah ianya kerana manusia.. Na'uzubillah.. Kadang-kadang niat kita tanpa sedar telah terpesong dan perkara yang kita lakukan hanyalah kerana manusia.. Berfesyen itu tidak salah, asalkan ianya memenuhi syariat dan niat terus istiqamah kerana Allah.. Bertudung jika niat semata-mata untuk berfesyen, sedikit sebanyak menimbulkan perasaan riak dan kadangkala menjadikan kita obses dengan trend semasa dan akhirnya lupa bahawa tuntutan yang sebenar ialah menutup aurat sehinggakan boleh menjadi tabarruj ataupun berlebih-lebihan..


Bolehkah Menyerupai Rahib Kristian?


Satu topik yang saya kira agakmenarik untuk dikupas.. Antara hadith berkaitan ialah:

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, ia dari kaum tersebut."

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu Umar)

Huraian:

Menurut Imam Ibnu Kathir, hadith ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk umat Islam..

*Ada dua pendapat, yang pertama mengatakan langsung tidak boleh memakai tudung yang menyerupai rahib.. Pendapat yang kedua mengatakan boleh asalkan aqidah kita tetap teguh tanpa tergugat sedikitpun.. Namun pendapat saya, pilihlah yang mana dapat menyelamatkan diri kita daripada kemungkaran..


Ciri-ciri menyerupai sesuatu kaum yang lain:

1) Merayakan perayaan mereka (Sahih Muslim, no: 892)

2) Meniru budaya mereka

3) Meniru sesuatu perkara seperti simbol agama mereka (contoh: memakai salib)


Ini sahaja yang dapat saya kongsikan.. Mudah-mudah adalah sedikit ilmu yang kalian dapat walaupun tak banyak..

Wallahua'lam


Permalink
gravatar

izinkan hati ini kembali padaMu


salam'alaik sahabat-sahabat. Asif jiddan sebab ana lama menyepi. Semoga jari jemari ana masih bisa menaip sesuatu yang bermanfaat di sini. InshaAllah. Sebenarnya esok hari ana ada "paper" untuk final exam ni, tapi mudah-mudahan dengan ana menulis di sini dapat memberi kebaikan kepada semua. Kepada ana juga, release tension la katakan =)


artikel ini juga ana ada submit di iluvislam =)
http://www.iluvislam.com/inspirasi/sinar-hidayah/4126-izinkan-hati-ini-kembali-padamu.html

Pasti hati setiap daripada kita akan sebak sebaik sahaja memikirkan segala dosa yang pernah kita lakukan. MashaAllah. Begitu banyak sekali sehingga tidak terhitung banyaknya. Allahu rabbi. Masihkah ada pengampunan dariNya.

Sahabat-sahabat yg ku sayangi. Setiap daripada kita dilahirkan dalam keadaan, situasi dan fikrah keluarga yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang hidup seperti zaman jahiliyah. Ada yang miskin, kaya dan sebagainya. Namun jangan pernah perlekehkan semua ini kerana ia adalah ketetapan dariNya. Maka jangan lupa panjatkan syukur padaNya, terutama bagi kita yang automatik menjadi umat Islam sejak dilahirkan..

Alhamdulillah. Allah sayangkan kita. Allah sentiasa bagi peluang untuk kita bertaubat. Walau dosa yang telah kita lakukan itu tinggi menggunung mencecah langit sekalipun, sekiranya kita bertaubat dan menyesali perbuatan kita itu dengan bersungguh-sungguh, inshaAllah akan diterima olehNya kerana Allah itu Maha Pengampun. Jadi sahabat-sahabat yang ku kasihi, jika anda selama ini hidup dalam kejahilan dan ingin kembali ke jalan yang diredhaiNya, maka teruskanlah langkahmu. Jangan pernah menolak panggilan dari Ilahi ini, capailah hidayah dariNya ini. Kerana sekali engkau menolak, mungkin sukar untuk engkau mendapatnya kembali.

Sedarlah sahabat. Bukan kita yang memilih untuk hidup dalam latar belakang keluarga yang macam mana. Jadi pada sahabat-sahabat yang sudah tersedia hidupnya dalam latar keluarga yang berfikrah Islam, bersyukurlah. Anda sangat bertuah kerana ramai sahabat-sahabat kita yang perlu meraba-raba mencari cahaya. Sangat sukar dan perit ya sahabat. Bukan perkara yang mudah untuk mengubah diri, tambahan pula jika keadaan keluarga yang hidup dalam kejahilan.

Ana sedih apabila melihat sahabat-sahabat yang mensia-siakan nikmat yang Allah berikan. Didikan dari keluarga itu sudah ada, belajar di sekolah agama dan sebagainya. Akan tetapi, masih ramai juga yang dari menutup aurat bertukar menjadi menutup rambut. Kenapa perlu berhijrah dari bertudung labuh ke tudung biasa? Ana bukan ingin menyalahkan sesiapa, tapi ana sedih kerana kita diberi kesempatan dan peluang tapi ibarat mensia-siakannya.

Sedangkan sahabat-sahabat kita yang baru diketuk pintu hatinya dengan hidayah dari Allah seringkali menitiskan air mata, betapa cemburunya dengan mereka yang berfikrah itu. Betapa bersyukur saat mengenakan tudung yang labuh, walaupun tudung yang labuh itu tidak dapat menutup dosa-dosa yang dilakukan itu. Kadangkala di salah sangka oleh masyarakat sekeliling dek kerana hijrah yang dilakukan itu seperti terlalu ketara. Sedangkan diri hanya inginkan perubahan, inginkan pengampunan dariNya. Kenapa mesti dicerca, dicemuh, disindir. Ada juga yang apabila kelemahannya terpancar, lalu terus dihukum "selama ini tersilap menilai dirinya". Tambahan pula jika diketahui masa lalunya adalah kurang bernasib baik, jahil. "Patutlah, memang dulu dia jahil pun. Sekarang je pakai tudung labuh." Astaghfirullah. Kepada yang pernah berbuat demikian, letakkan diri anda di tempat mereka. Mungkin anda tidak faham kerana anda tidak pernah merasainya. Tahukah sahabat, dengan hanya mengenangkan perkara ini, mereka kembali menitiskan air mata. Betapa kuatnya hati meronta-ronta agar diputarkan balik masa. Ingin bersihkan jiwa dari segala noda kerana khuatir tiada pengampunan dariNya.

Kalau ada masa dengar lagu ni jap.. Pencari JalanMu by Afghan.. Hayati lirik dan video nya..


Namun, walau apa jua keadaan sekalipun, marilah sama-sama kita kembali mendekatkan diri padaNya. Marilah kita berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah, walaupun bukanlah yang terbaik dalam kalangan manusia. Manusia ini memang tidak akan pernah sempurna. Kerana sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.

Semoga Allah menerima taubat kita. Jangan pernah merendah-rendahkan sahabat yang lain. Astaghfirullah. Istighfar ya sahabat-sahabat. Istighfar. Semoga hati kita bersih dari sifat riak dan takabbur ini. Semoga husnudzon yang sentiasa menjadi pilihan kita. Semoga Allah izinkan hati kita untuk kembali padaNya.

Wallahua'lam

*p/s..sama-sama kita hayati video ini..


Permalink
gravatar

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga?

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


Permalink
gravatar

Baca dan ambil iktibar...wahai putriku...

"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "Saya tak boleh hidup tanpa awak!"..."Saya sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Saya sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..

Itulah antara kata-kata yang indah yang selalu diungkapkan oleh wanita kepada teman lelaki mereka. Seolah-olah teman mereka yang menciptakan dan meniupkan roh ke dalam jiwa mereka. Kata-kata ini boleh menyebabkan menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas ianya berkalimah syahadah mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit hampir RM 100 sehari hanya nak 'topup' handphone untuk bermesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej2 mereka. Bayangkan kalau mereka menggunakan duit tersebut untuk di jalan Allah. Print artikel Islam. Pastu potostat banyak2. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang mereka dapat?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang best. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?. Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebigini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapa mereka yang telah membela mereka berbelas tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana Ibumu betapa seksanya selama 9 bulan mengandungkanmu, membawamu ke sana sini. Ayahmu pula tak henti2 keluar ke sana sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tidak ada rasa malukah kamu?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye.

Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari wanita lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum luaslah teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa pakaian. Ada yang beraksi telanjang. Ada yang beraksi kat taman-taman. Ada yang beraksi kat depan masjid!. Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone untuk buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tidak berguna. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak. Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan dah halau. Ingatkan nak pergi cari Allah. Pergi masuk masjid ambik wudhuk pi sembah Allah. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam anak tu!. Dia cuba sumbat dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek2 anjing!. Celakalah kau perempuan!. Dahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last2. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala2nya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang pastinya akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH2NYA!!!...SAKIT!.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kerana kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati2lah.

Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut yang Allah tidak menerimu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Wanita!. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kau syirik kepada Allah, kemudian kamu bertaubat!. Nescaya Allah menerima mu!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah kepadamu!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!.


Permalink
gravatar

kaki merupakan aurat ataupun tidak??

Aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak(pergelangan) tangan. Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil berikut;

Allah berkata,

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
An-Nur 24:31



Maksud ‘kecuali yang zahir’ dalam ayat ini sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak(prgelangan) tangan wanita.

Aisyah melaporkan,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”

Hadis direkodkan olah Abu Dawud.



Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.

Dalil lain yang menunjukkan dua kaki adalah aurat ialah hadis yang dilaporkan oleh Ummu Salamah. Dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w ,

Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung? Nabi s.a.w menjawab,


إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا
“Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.”

Hadis direkodkan oleh Abu Dawud.



Abu Dawud menyatakan sesetengah perawi hadis ini tidak menyebut ia daripada Rasulullah s.a.w tetapi dari Ummu Salamah sendiri.

Jika ia lafaz Ummu Salamah sekalipun, ia tetap menjadi dalil yang kuat memandangkan Ummu Salamah adalah isteri Rasulullah s.a.w. Sudah tentu Ummu Salamah mengamalkan perkara yang telah diketahui benar dari Rasulullah s.a.w itu sendiri.

Abu Dawud dan Al-Tirmizhi merekodkan hadis daripada Aisyah r.a yang mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w berkata,

لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ حَائِضٍ إِلَّا بِخِمَارٍ
“Allah tidak menerima solat wanita yang telah haid kecuali dengan mengenakan tudung”.



Hadis ini menunjukkan wanita yang telah baligh wajib menutup seluruh kepalanya ketika mahu solat.

Imam Tirmizi mengulas hadis ini di dalam Jami’nya (kitab karya beliau), “Apabila wanita yang telah baligh dan mukallaf melakukan solat dan ada bahagian rambutnya terdedah, maka solatnya dianggap tidak sah”.

Berdasarkan rasional yang telah dikemukakan, adalah jelas aurat wanita ketika solat ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak(prgelangan) tangan. Fuqaha’ sepakat menyatakan demikian kecuali kaki, ada fuqaha’ yang mengatakan ia dimaafkan jika terbuka.

Rasional pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat ialah,

“Menutup dua kaki semasa solat adalah disunatkan (digalakkan) serta bukan kewajipan yang tiada tawaran (rukhsah). Ini adalah kerana dua kaki bukan aurat yang wajib ditutup. Takwilan seperti ini dikuatkan oleh sebab adanya keperluan wanita membuka kedua kaki jika wanita berjalan. Sekiranya mereka menutup kaki, maka keadaan itu akan menyusahkan. Disamping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarik bagi lelaki ketika dia melihat kakinya, tidak seperti ketika melihat wajahnya. Kalau wajah sahaja bukan aurat, walhal ia lebih banyak menjadi daya penarik lelaki, maka apatah lagi kaki. Justeru itu, kaki bukanlah aurat wanita”.



Secara peribadi, saya melihat hujah yang mengatakan kaki bukan aurat agak lemah dibandingkan dengan hadis-hadis yang telah dinyatakan di atas. Hujah yang digunakan lebih kepada logik akal. Sedangkan logik akal bila bertembung dengan nas, maka nas perlu diutamakan.

Berapa banyak perkara agama yang tidak boleh disandarkan kepada logik akal semata-mata disebabkan terbatasnya akal manusia untuk berfikir. Alasan sukar berjalan jika menutup kaki tidak boleh lagi dipakai pada zaman sekarang. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi moden semakin berkembang, wanita masih boleh memakai stokin yang pelbagai fesyen sekarang.

Saya pernah membaca kisah seorang wanita yang meremehkan menutup kaki semasa menunaikan haji. Banyaklah rungutannya akibat terpaksa memakai stokin, lebih-lebih lagi ketika stokinnya basah terkena air. Akibatnya dia ditimpa bala oleh Allah swt. Setelah sedar punca bala tersebut, wanita itu bersungguh-sungguh menjaga aurat kakinya.

Mengambil iktibar dari kisah wanita itu, saya sendiri memakai stokin ketika riadah di taman tema air. Taman tema air seperti di Gambang Water Park, Bukit Merah dan The Lost World of Tambun merupakan kawasan umum yang mencampur aduk lelaki dan wanita. Jadi pilihan yang ada ialah tetap memelihara aurat kaki. Biar stokin dibasahi air asalkan diri tidak dibasahi dosa.


Permalink
gravatar

Alah!Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat ApA?

Jawaban Untuk Statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!”



As-Salaamu ‘alaikum…

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

Al-Faqir illallah Nawawi Bin Subandi as-Salafy wal-Atsary
http://an-nawawi.blogspot.com/


Permalink
gravatar

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga

www.iluvislam.com
Submitted by : Konokokoro
Editor : arisHa27


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.



Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"

selawat..


Permalink
gravatar

Aku Mahu Berubah...!

Aku berasal dari keluarga yang serba sederhana. Alhamdulillah, aku dilahirkan oleh ibuku yang beragama Islam. Aku diberi didikan yang sempurna dalam pelajaran. Namun, aku kekurangan satu perkara yang amat besar dan penting buat diriku, iaitu didikan agama. Bukan maksudku ibu dan bapaku tidak mendedahkan langsung mengenai agama Islam kepadaku. Mereka mengajarku cara mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan dan perkara-perkara asas yang perlu aku tahu sebagai seorang Islam.

Akan tetapi, kami sekeluarga tidak mengerjakan ibadah yang terpenting sebagai hamba-Nya, iaitu solat yang merupakan tiang agama. Lalu aku membesar sebagai seorang yang boleh dikatakan bijak dalam pelajaran, tetapi tidak mengerjakan solat. Sewaktu bulan Ramadhan, kami sekeluarga berpuasa, kami tunaikan zakat, tetapi kami tidak menunaikan solat. Bapa dan abangku yang sepatutnya wajib menunaikan solat Jumaat, tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Hari demi hari, kami hanyut dengan kenikmatan dunia.


Kakakku yang sudah menjadi seorang remaja,kini mula membuka auratnya. Memakai pakaian yang ketat, nipis dan menampakkan bentuk tubuh serta tidak memakai tudung sepertimana digariskan syariat. Pergaulannya pula semakin bebas walaupun berkali-kali ditegur oleh kedua ibubapaku. Hari demi hari, aku juga meningkat dewasa. Kini, aku berada di sekolah menengah. Aku sentiasa menjadi pelajar terbaik tingkatan di sekolahku. Aku gembira kerana dapat membanggakan keluargaku terutamanya ibu dan bapaku.

Oleh kerana suasana kampungku di mana remaja-remaja bergaul bebas, tidak menutup aurat dan sebagainya, aku juga sebagai hamba Allah yang amat jahil tidak lepas daripada melakukan perkara yang sama. Aku tidak menutup aurat dengan tidak memakai tudung. Kawan-kawanku pula ramai yang memakai tudung, akan tetapi memakai pakaian yang ketat dan berlengan pendek.


Suatu hari, aku dan kakakku menyertai sebuah kelab kesenian dan kebudayaan, di mana kami semua diajar pelbagai jenis tarian tradisional yang terdapat di Malaysia. Kami berdua semakin bergiat aktif dalam bidang ini dan melakukan pelbagai persembahan di seluruh Malaysia. Aku dan kawan-kawanku sangat rapat antara satu sama lain, boleh dikatakan kami sudah seperti adik-beradik. Namun, semasa aku berada di Tingkatan 4, aku tidak terlibat lagi dalam kelab kebudayaan itu. Semakin lama, aku semakin tertarik dengan imej bertudung. Lalu aku mula memakai tudung dan memakai pakaian yang berlengan panjang. Walaubagaimanapun, aku masih tidak mengerjakan solat, sebagai seorang Muslim yang sepatutnya.

Aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Aku amat gembira kerana aku sebenarnya seorang yang sangat pemalas dan tidak suka mengulangkaji pelajaran. Kemudian, aku mendapat tawaran ke sebuah kampus sebagai pelajar program satu tahun jurusan Sains Fizikal. Aku menerima tawaran itu kerana UPU aku mengalami sedikit masalah.

Dan memang inilah takdirku.

Aku mula tertarik dengan keindahan Islam. Ramai sahabat-sahabatku yang menutup aurat dengan sempurna dan mengerjakan ibadah solat di masjid. Kehidupan di sini memang berjaya mengubah diriku menjadi seorang hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya. Aku mula mengerjakan solat. Memakai tudung yang labuh menutupi dada, sesuai dengan syariat Islam. Aku bangun jam 5 pagi supaya aku sempat mandi dan bersiap-siap untuk ke masjid. Solat berjemaah juga semakin hari semakin ku gemar melakukannya. Solat Maghrib dan Isya' juga ku tunaikan secara berjemaah di masjid. Pendek kata, jika aku berkesempatan untuk ke masjid, aku akan solat berjemaah di sana. Aku sentiasa berusaha menambahkan ilmuku mengenai Islam. Aku amat bersyukur kerana diberi hidayah dan dibukakan pintu hatiku. Kini aku sedar, betapa indahnya Islam itu dan betapa mudahnya perintah Allah yang mesti kita laksanakan sekiranya kita benar-benar ikhlas untuk mengerjakannya.


Namun, aku juga berasa sedih yang amat sangat. Aku bakal meninggalkan kampus yang telah meninggalkan banyak kenangan dan kesan terhadap diriku. Aku mula berasa bimbang. Bimbang jika diriku terpedaya lagi dengan hasutan syaitan memandangkan keluargaku masih seperti dulu. Aku pulang juga ke rumahku. Aku menjangkakan, dugaan demi dugaan terpaksaku tempuhi.

Aku amat sedih kerana aku takut keluargaku tidak dapat menerima diriku jika aku menyatakan hasratku untuk berubah. Berubah dengan sentiasa memakai tudung labuh dan ke masjid untuk solat berjemaah. Aku sangat mengerti akan perangai mereka yang mudah salah faham jika perkara itu melibatkan agama. Aku hanya mampu berdoa agar Allah memberi hidayah kepada mereka, terutamanya kepada kedua ibubapaku. Setiap hari, aku hanya mampu menangis mengenangkan nasibku ini dan berdoa agar Allah mempermudahkan jalanku untuk beribadah.

Semoga suatu hari nanti, aku mampu menjadi seorang muslimah yang solehah dan berjuang demi Islam yang tercinta. Pergilah wahai syaitan-syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia! Ya Allah, Kau bantulah aku dalam perjuanganku untuk menjadi pejuang agamaMu..Allahuakbar!


Permalink
gravatar

wahai wanita..............

Wahai wanita cantik,
Engkau yang diciptakan dengan sangat sempurna oleh Rabbmu..
Indah dengan segala kelebihanmu yang ada…


Wahai wanita cantik,
Sering kali aku melihatmu berjalan dengan baju yang sangat sederhana,
Bahan yang sederhana, dan ukuran yang sangat sangat sederhana,
Hingga bagian auratmu yang harusnya tak tampak menjadi tampak..

Wahai wanita cantik,
Cukup sering aku melihat engkau jalan di depan para lelaki denga pakaian sexy-mu,
Dan para lelaki itu menatapmu dengan sangat lekat dari ujung kakimu sampai ujung rambutmu,
Mengikuti langkahmu hingga hilang dari pandangan mereka, pandangan yg menjijikkan…

Wahai wanita cantik,
Suaramu sungguh merdu,
Mendayu-dayu layaknya putri duyung yang sedang bernyanyi,
Bening sebening sumber mata air yang mengalir…

Wahai wanita cantik…
Ketahuilah… engkau begitu berharga… terlalu berharga…
Engkau bagai intan berlian yang terpajang pada sebuah kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapi..
Engkau bukan emas campuran murahan yang terpajang di etalase depan toko dan dengan seenaknya sang pembeli dapat merabamu, memegang tubuhmu dan memakaimu hanya untuk mencoba, lalu sang pembeli pergi, tak jadi membelimu dan mengembalikanmu di tempat yang sama!!
Bukan, engakau bukan itu wahai wanita cantik!!
Engkau intan berlian yang terpajang dalam kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapi.. orang yang menginginkanmu tidak berhak merabamu, memegangmu tubuhmu bahkan mencoba memakainya!
Tidak, mereka terlalu kotor untuk itu… mereka harus terlebih dahulu membelimu dengan harga yang sangat mahal, setelah itu mereka akan dapat memilikimu sepenuhnya.. Engkau yang utuh, yang belum pernah di ‘coba’ orang lain sebelumnya…

Wahai wanita cantik…
Engkau sungguh indah…
Bagai bunga mawar yang ketika orang ingin mengambilnya, terlebih dahulu mereka harus merasakan duri pertahanan diri yang kau punya,
Bagai bunga edelweis yang ketika menginginkanmu, terlebih dahulu mereka harus mendaki gunung ke arah ketinggian, menantang keberanian dan cuaca yang tak bersahabat,
Engkau bukan bunga bangkai, yang terlihat begitu indah dari kejauhan dengan warna yang menyala yang membuat para serangga tertarik dengan warna indahmu, namun ketika didekati, kau busuk.. ahh…baumu saja sudah membuat orang mual, apalagi memilikimu, merekapun enggan…

Wahai wanita cantik…
Jagalah amanah keindahan yang ada pada dirimu..
Berjalan saja kau terlihat menawan, belum lagi pembawaanmu yang sangat anggun, apalagi jika kau bersuara merayu, dan menampakkan apa yang tak seharusnya tampak..
Ahh..jagalah itu semua saudariku,
Tutuplah auratmu…agar tak ada yang berkeinginan lain terhadapmu… lelaki jalanan itu tak pantas menikmati tubuhmu dengan memandangimu dengan pandangan menjijikkan itu! mereka terlalu kotor untukmu!
Jagalah kehormatanmu saudariku… lelaki manapun yang belum halal bagimu tak pantas menyentuh tubuh dan kehormatanmu, pun atas nama cinta… sungguh, cinta dan nafsu itu berbeda..

Apakah kau khawatir tidak ada yang menyayangimu dan menjagamu atas nama cinta?
Apakah kau takut tidak akan ada yang menggombal dan merayumu atas nama cinta?
Wahai saudariku, bukan lelaki yang menginginkan tubuhmu yang sesungguhnya mencintaimu..
Lihatlah.. aku disini… aku sangat sedih melihat keadaanmu sekarang… aku sedih melihat para lelaki itu menzalimimu.. diri ini serasa tercabi-cabik…
Lihatlah di sekitarmu… tak hanya aku yang menginginkan ini semua yang terbaik untukmu.. lihatlah saudara-saudara semuslim mu…
Lihatlah kami.. sungguh engkau membuat air mata kami mengalir dan mencopot kantuk dari mata-mata kami… kami disini sedang memikirkan dan berbuat sesuatu untukmu.. agar tak pernah lagi engkau dizalimi siapapun…
Lihatlah kedua orang tuamu… hh,,apakah mereka menginginkanmu menjadi seperti ini? Sungguh engkau bakai mutiara bagi keluargamu… mutiara yang mereka jaga sejak kecilmu sampai engkau beranjak dewasa… apakah dengan ini engkau membalasnya?
Jika kau masih kurang dengan ini, maka lihatlah Allah Tuhanmu, Yang Menciptakanmu, Yang tiada henti-hentinya memberi nikmat padamu padahal tak jarang kau lupa denganNya… Ia masih memberimu nikmat udara, nikmat hidup, nikmat fisik dari tubuhmu yang indah itu.. Bayangkan, jika Ia tidak menyangimu, knapa Ia tak cabut saja nikmat wajahmu yang cantik dan tubuhmu yang indah?? Tapi tidak… meskipun engkau sering kali melupakanNya, nimkatNya tetap terus mengalir…

Wahai saudariku…
Biarlah hanya satu lelaki paling beruntung yang dapat menikmati dirimu seutuhnya, yakni suamimu kelak… ketika ikatan antara kalian halal dan berbuah ridhoNya… ketika suara mendayumu bukan lagi dosa tapi pahala… hanya dia yang pantas, saudariku…

Wahai saudariku,
Sungguh tidak ada alasan lain yang membuat aku melakukan ini selain cintaku yang begitu tinggi kepadamu…
Cintaku yang membuncah yang membuat aku memikirkanmu hingga kata-kata ini kugoreskan…
Cintaku yang menangis ketika melihat keadaanmu yang terzalimi oleh mode dan perbudakan hawa nafsu…
Cintaku yang akan tersenyum jika engkau berniat kembali ke jalanNya… Mari berjalam bersamaku, saudariku… temani aku dalam perjalanan indah yang tak singkat ini, menuju kepadaNya…


Permalink
gravatar

wahai wanita Beruntungnya Kamu Tapi Adakah Kamu............

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah
mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).

Tutuplah aurat! tutuplah aurat! tutuplah aurat!. Daripada dulu sampailah ke harini, aurat! aurat! aurat!. Tak henti-henti!. Bosan mendengarnya berulang-ulang!. “Teruk sangat ke kami ni?.”..”Jahat sangatkah wanita-wanita yang tidak menutup aurat?!.”..“Mamat yang dok menulis artikel ni pun satu!, tak habis-habis nak hentam orang wanita!.” Tidak wahai sedari!. Tidak sama sekali!. Mereka yang sering memaksa dan menasihati anda supaya menutup aurat termasuklah saya bukanlah ingin menghina, tetapi untuk membantu!. Tidakkah anda pernah terfikir, apakah gunanya anda menjadi seorang Muslim?. Anda sering memarahi mereka yang menegur anda kerana seolah-oleh menjaga tepi kain anda, tidak!. Kerana kain anda tidak berbasuh! Haha. Tahukah anda siapakah yang menyuruh kami menegurmu?. Dialah ALLAH!. ALLAH yang menciptakan anda!. ALLAH SUPER KUASA!. Dialah yang mengarahkannya!. Kami hanya melaksanakan perintahnya. Sekiranya anda memarahi kami ibarat anda memarahi ALLAH!.

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).” (Surah Ali Imran, ayat 110)


ALLAH dan Islam telah mengangkat martabatmu daripada hina kepada mulia. Lihatlah sejarah-sejarah terdahulu, anda telah didiskriminasikan dan dipandang hina sehinanya!. Sebagai contoh; di dalam ajaran Kristian, orang wanita dipandang serendah-rendahnya, bahkan mereka mendakwa bahawa dosa yang dilakukan oleh Adam adalah disebabkan Hawa!. Oleh kerana Hawa menggoda Adam memakan buah larangan di Taman Eden maka kaum wanita telah disumpah dengan 9 sumpahan dan kematian!. Iaitu:

1.) Menderita kerana senggugut (apabila datang Haid)
2.) Hilang dara
3.) Menderita kerana kesakitan mengandung
4.) Sakit melahirkan anak
5.) Kepalanya ditutup seperti orang berkabung
6.) Telinganya dicucup (dipakai anting-anting) seperti abdi
7.) Seperti amah dia menunggu suaminya
8.) Persaksiaannya tidak diterima
9.) Selepas semua sumpahan ini datanglah kematian.

Subhanallah!. Lihatlah betapa rendahnya martabat golongan wanita di dalam agama Kristian, bersyukurlah anda wahai wanita!. Anda dilahirkan di dalam keadaan Islam!. Tidak berterima kasihkah anda kepada Nabi Muhammad yang telah berkorban untuk anda?!. Anda mengaku anda sayang dan kasihkan Muhammad, tetapi hakikatnya ungkapan itu sekadar omong-omong kosong. Bohong belaka!. Apakah bukti anda menyanyanginya?!. Adakah anda taat pada perintahnya?!. ALLAH telah memerintahkanmu menutup aurat ditambah dengan perintah Nabi Muhammad supaya menjaga diri anda, tetapi adakah anda taat dan melaksanakan perintahnya?!.


“ngoratlah saya!”.. “terimalah saya”.. “ajaklah saya keluar”.. “pujilah saya”.. “mintaklah no phone saya”.. “cun tak saya?”. ‘DESPERATE’! . Itulah realiti mereka yang enggan menutup aurat!. Seolah-olah terdesak untuk mempertontonkan kecantikan mereka. Rambut berwarna, berbaju ketat, berseluar sendat dengan berkasut tumit tinggi ditambah dengan minyak wangi yang baunya boleh melemaskan orang ramai keluar berjalan ke ‘shopping complex’ bersama rakan-rakannya yang alim lagi petuih!. Kadang-kadang anda boleh melihat mereka-mereka ini sebenarnya tidak bertujuan untuk membeli belah, tetapi hanya sekadar ingin mempertontonkan kecantikan mereka kepada orang ramai khususnya kepada kaum lelaki yang cepat ‘stim’. Berjalanlah mereka berjam-jam. Cukup masa pulang!. (takdelah sume camtu tau, ada yang agak alim sikit, adala barang dia beli hehe).

Berbanding mereka yang menutup aurat pula amatlah disanjung dan dihormati!. Tetapi perlu diingat, menutup aurat bukanlah sekadar anda berjubah dan berhijab (tudung) labuh, tetapi hati dan jiwa anda juga perlu berhijab daripada sifat-sifat yang dikeji!. Tahniah kepada anda yang menutup aurat luar dan dalam (hati dan jiwa) kerana anda telah menjaga maruah diri anda dan sekaligus mematahkan usaha orang lelaki untuk men’ngorat’ anda!. Kebanyakan orang lelaki mejadi malu dan segan kepada mereka yang menutup aurat kerana mereka ini pada pandangan orang lelaki adalah baik, sopan dan solehah, kalau nak ‘ngorat’ perlu fikir 14,000 kali. Apatah lagi anda sebenarnya telah membuatkan orang lelaki-lelaki tertanya-tanya kecantikan anda. “ish mesti cunkan minah hijab ni?!”.. “camne nak ngorat die ni ei?!”.. “kalau dapat ni, bahagia hidup aku!”. Berbeza dengan pandangan orang lelaki kepada mereka yang tidak menutup aurat. “perghh baik siut barang dia!”.. “owwhh yeahh!!, sedap kalau dapat ni!”.. “ni kalau masuk dalam 3gp.com aku ni mau boleh dapat untung!”.. “minah ni kalau jual ok gak”.. dan macam-macam lagilah yang tidak perlu ditaip walaupun tangan meronta-ronta meminta ditaip! Hahaha.

Sehingga dalam hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

kenapa anda marahkan kaum lelaki apabila anda rosak? terlanjur? Dirogol? dan dipermainkan?. Adakah anda tidak pernah terfikir bahawa semua kejadian yang tertimpa keatas diri anda adalah disebabkan anda?. Anda berpakaian seksi, sampai menampakkan buah dada anda yang tersombol keluar, dan menampakkan bentuk badan dan punggung anda!. Adakah anda merasakan bahawa semua lelaki di luar sana adalah alim-alim belaka?!. Andalah penyebab diri anda diperkosa!. Anda jugalah yang membuatkan orang lelaki naik ‘stim’ sehingga mereka gagal mengawal nafsu kemudian memperkosa anda!. Sebelum anda cuba mempersoalkan keadilan ALLAH, mempersoalkan kejahatan kaum lelaki dan mengkritik kemembebelan ibu bapa anda, lihatlah dulu diri anda!. “tepuk dada tanyalah diri anda! (awas, jangan sekali-kali meminta bf anda menepuk dada anda hahahaha). Macam biasalah kakak-kakak, adik-adik ye, bila dah rosak barulah dia nak berubah, barulah mula nak dengar nasihat orang ramai, barulah mula nak menutup aurat, dan barulah nak bentengkan sejadah, duduk melutut dihadapan ALLAH AZZA WAJALLAH!!.


Tutuplah aurat! Tutuplah aurat! Tutuplah aurat! tak habis2!
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah
mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).

Tutuplah aurat! tutuplah aurat! tutuplah aurat!. Daripada dulu sampailah ke harini, aurat! aurat! aurat!. Tak henti-henti!. Bosan mendengarnya berulang-ulang!. “Teruk sangat ke kami ni?.”..”Jahat sangatkah wanita-wanita yang tidak menutup aurat?!.”..“Mamat yang dok menulis artikel ni pun satu!, tak habis-habis nak hentam orang wanita!.” Tidak wahai sedari!. Tidak sama sekali!. Mereka yang sering memaksa dan menasihati anda supaya menutup aurat termasuklah saya bukanlah ingin menghina, tetapi untuk membantu!. Tidakkah anda pernah terfikir, apakah gunanya anda menjadi seorang Muslim?. Anda sering memarahi mereka yang menegur anda kerana seolah-oleh menjaga tepi kain anda, tidak!. Kerana kain anda tidak berbasuh! Haha. Tahukah anda siapakah yang menyuruh kami menegurmu?. Dialah ALLAH!. ALLAH yang menciptakan anda!. ALLAH SUPER KUASA!. Dialah yang mengarahkannya!. Kami hanya melaksanakan perintahnya. Sekiranya anda memarahi kami ibarat anda memarahi ALLAH!.

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).” (Surah Ali Imran, ayat 110)

www.muawiyah90.blogspot.co

m

Wahai sedari, ALLAH dan Islam telah mengangkat martabatmu daripada hina kepada mulia. Lihatlah sejarah-sejarah terdahulu, anda telah didiskriminasikan dan dipandang hina sehinanya!. Sebagai contoh; di dalam ajaran Kristian, orang wanita dipandang serendah-rendahnya, bahkan mereka mendakwa bahawa dosa yang dilakukan oleh Adam adalah disebabkan Hawa!. Oleh kerana Hawa menggoda Adam memakan buah larangan di Taman Eden maka kaum wanita telah disumpah dengan 9 sumpahan dan kematian!. Iaitu:

1.) Menderita kerana senggugut (apabila datang Haid)
2.) Hilang dara
3.) Menderita kerana kesakitan mengandung
4.) Sakit melahirkan anak
5.) Kepalanya ditutup seperti orang berkabung
6.) Telinganya dicucup (dipakai anting-anting) seperti abdi
7.) Seperti amah dia menunggu suaminya
8.) Persaksiaannya tidak diterima
9.) Selepas semua sumpahan ini datanglah kematian.

Subhanallah!. Lihatlah betapa rendahnya martabat golongan wanita di dalam agama Kristian, bersyukurlah anda wahai wanita!. Anda dilahirkan di dalam keadaan Islam!. Tidak berterima kasihkah anda kepada Nabi Muhammad yang telah berkorban untuk anda?!. Anda mengaku anda sayang dan kasihkan Muhammad, tetapi hakikatnya ungkapan itu sekadar omong-omong kosong. Bohong belaka!. Apakah bukti anda menyanyanginya?!. Adakah anda taat pada perintahnya?!. ALLAH telah memerintahkanmu menutup aurat ditambah dengan perintah Nabi Muhammad supaya menjaga diri anda, tetapi adakah anda taat dan melaksanakan perintahnya?!.



www.muawiyah90.blogspot.com

“ngoratlah saya!”.. “terimalah saya”.. “ajaklah saya keluar”.. “pujilah saya”.. “mintaklah no phone saya”.. “cun tak saya?”. ‘DESPERATE’! . Itulah realiti mereka yang enggan menutup aurat!. Seolah-olah terdesak untuk mempertontonkan kecantikan mereka. Rambut berwarna, berbaju ketat, berseluar sendat dengan berkasut tumit tinggi ditambah dengan minyak wangi yang baunya boleh melemaskan orang ramai keluar berjalan ke ‘shopping complex’ bersama rakan-rakannya yang alim lagi petuih!. Kadang-kadang anda boleh melihat mereka-mereka ini sebenarnya tidak bertujuan untuk membeli belah, tetapi hanya sekadar ingin mempertontonkan kecantikan mereka kepada orang ramai khususnya kepada kaum lelaki yang cepat ‘stim’. Berjalanlah mereka berjam-jam. Cukup masa pulang!. (takdelah sume camtu tau, ada yang agak alim sikit, adala barang dia beli hehe).

www.muawiyah90.blogspot.com

Berbanding mereka yang menutup aurat pula amatlah disanjung dan dihormati!. Tetapi perlu diingat, menutup aurat bukanlah sekadar anda berjubah dan berhijab (tudung) labuh, tetapi hati dan jiwa anda juga perlu berhijab daripada sifat-sifat yang dikeji!. Tahniah kepada anda yang menutup aurat luar dan dalam (hati dan jiwa) kerana anda telah menjaga maruah diri anda dan sekaligus mematahkan usaha orang lelaki untuk men’ngorat’ anda!. Kebanyakan orang lelaki mejadi malu dan segan kepada mereka yang menutup aurat kerana mereka ini pada pandangan orang lelaki adalah baik, sopan dan solehah, kalau nak ‘ngorat’ perlu fikir 14,000 kali. Apatah lagi anda sebenarnya telah membuatkan orang lelaki-lelaki tertanya-tanya kecantikan anda. “ish mesti cunkan minah hijab ni?!”.. “camne nak ngorat die ni ei?!”.. “kalau dapat ni, bahagia hidup aku!”. Berbeza dengan pandangan orang lelaki kepada mereka yang tidak menutup aurat. “perghh baik siut barang dia!”.. “owwhh yeahh!!, sedap kalau dapat ni!”.. “ni kalau masuk dalam 3gp.com aku ni mau boleh dapat untung!”.. “minah ni kalau jual ok gak”.. dan macam-macam lagilah yang tidak perlu ditaip walaupun tangan meronta-ronta meminta ditaip! Hahaha.

Sehingga dalam hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

www.muawiyah90.blogspot.com

Sedari, kenapa anda marahkan kaum lelaki apabila anda rosak? terlanjur? Dirogol? dan dipermainkan?. Adakah anda tidak pernah terfikir bahawa semua kejadian yang tertimpa keatas diri anda adalah disebabkan anda?. Anda berpakaian seksi, sampai menampakkan buah dada anda yang tersombol keluar, dan menampakkan bentuk badan dan punggung anda!. Adakah anda merasakan bahawa semua lelaki di luar sana adalah alim-alim belaka?!. Andalah penyebab diri anda diperkosa!. Anda jugalah yang membuatkan orang lelaki naik ‘stim’ sehingga mereka gagal mengawal nafsu kemudian memperkosa anda!. Sebelum anda cuba mempersoalkan keadilan ALLAH, mempersoalkan kejahatan kaum lelaki dan mengkritik kemembebelan ibu bapa anda, lihatlah dulu diri anda!. “tepuk dada tanyalah diri anda! (awas, jangan sekali-kali meminta bf anda menepuk dada anda hahahaha). Macam biasalah kakak-kakak, adik-adik ye, bila dah rosak barulah dia nak berubah, barulah mula nak dengar nasihat orang ramai, barulah mula nak menutup aurat, dan barulah nak bentengkan sejadah, duduk melutut dihadapan ALLAH AZZA WAJALLAH!!.



Sebenarnya saya dan ibu bapa anda juga sudah bosan setiap hari perlu membebel supaya anda menutup aurat, ingat kami ‘caring’ sangat ke dengan anda?. Kalaulah ini semua bukan disebabkan cinta kami kepada ALLAH dan rasulNya, juga untuk menjaga maruah anda, nescaya kami tidak akan mengambil berat dengan anda!. Buatlah apa yang anda suka!. Bagi saya, cukuplah setakat ini. Moga-moga anda terasa dan mengubah diri anda!. Janganlah terasa disebabkan anda bencikan saya. Tetapi terasalah kerana memang anda patut terasa! Hahaha. Saya mendoakan supaya ALLAH memberi hidayah kepada anda!. Ingatlah anda mampu mendapatkan keredhaan ALLAH, Cuma yang anda hanya perlukan ialah sedikit pengorbanan dan usaha yang tidak berbelah bagi!. ALLAH menunggunmu!.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136:

(maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.


Permalink

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time