Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..

Archives

gravatar

Hanya Seketika

Sebuah kereta Honda City hitam membelok masuk ke sebuah tapak perkuburan yang tertera nama Taman Barzakh. Lelaki yang berbaju Melayu berwarna krim itu keluar dari keretanya berjalan lemah menuju ke tempat orang yang pernah dibencinya dulu berada. Dia mencangkung mencabut rumput yang tumbuh di atas pusara di hadapannya. Dia duduk dan membaca Surah Yaasin dengan suara tersekat-sekat sambil membiarkan air matanya mengalir di pipi.

Dalam dunia ini, Fariz hanya pertaruhkan dua perkara. Duit dan nyawa. Duit untuk memikat perempuan dan nyawa untuk melindungi dirinya. Cinta? Apa dia peduli, membosankan baginya! Itulah sebab mengapa dia sering bertukar pasangan di ranjang hotel atau rumah sewanya. Baginya had cinta untuk seorang perempuan hanya seminggu tidak lebih dari itu.

Malah dalam komuniti kelab malam, dialah raja dan playboy yang paling popular dan mendapat perhatian ramai wanita yang datang sama ada hanya sekadar untuk berhibur atau merasai nikmat bersama dengannya. Hukum agama? Halal haram sedikit pun dia tak peduli. Baginya hidup ini hanya sekali, jadi bergembiralah sepuas-puasnya. Taubat? Jawapan Fariz cukup mudah, tunggu bila dah tua atau senja nanti tapi Fariz tidak sedar yang rumahnya telah kata pergi dan kuburnya telah kata mari.

“Fariz, ayah rasa kau dah patut mendirikan rumahtangga sekarang” Soalan yang paling bosan dan malas untuk dijawabnya, kembali disuarakan oleh ayahnya pada malam dia ingin keluar enjoy seperti biasa.

“Siapa orangnya?” tanya Fariz acuh tak acuh. Kali ini sudah kali keenam belas ayahnya bertanya tentang hal mendirikan rumahtangga. Dia menghenyakkan punggungnya di sofa sebelah orang tuanya.

“Anak mak cik Zainab kamu, Zainah.” Jawab ayahnya menunggu reaksi Fariz yang diagak akan menunjukkan reaksi protes dan bengang dijodohkan dengan gadis yang sentiasa dibulinya semasa zaman kanak-kanak.

Terjegil mata Fariz mendengar nama itu. “Ustazah Sekolah Agama tu ayah nak saya jadikan bini?? Tak layak langsung dengan saya tetapi kalau ayah berkehendakkan juga saya terima.” Jawab Fariz bersetuju walaupun sebenarnya dia tidak rela beristeri sekarang.

Dia bangun meninggalkan ayahnya selepas mengambil kunci kereta di atas meja depan ayahnya. Destinasinya hanya satu, kelab malam mencari perempuan untuk menghilangkan keresahan di hatinya yang semakin mencengkam.

Ayahnya menarik nafas lega dengan persetujuan Fariz walaupun dia kelihatan tidak serius menyatakan persetujuannya untuk berkahwin dengan sepupu sendiri. Ayahnya berharap Fariz akan berubah menjadi seorang lelaki dan suami yang baik selepas berkahwin dengan Zainah selepas ini.

Selepas beberapa bulan berlalu….

“Woi!!! Zainah! Buka pintu!” Hik..hik..hik…sedu Fariz, “Woi!!! Zainah! Buka pintu!”

Fariz mengetuk-ngetuk daun pintu rumahnya tanpa henti. Zainah bergegas berlari menuruni tangga dan keluar untuk membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, botol warna hujau di tangan kanan Fariz dihayunkan ke kepala Zainah.

“Lembab! Bodoh! Pekak! Bahlol! Senggal!!” Maki Fariz dalam keadaan mabuk. Dia terus berjalan terhayun hayang menuruni tangga dan terus terjatuh tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah agam mereka.

Zainah mengesat darah yang mengalir melalui luka di dahinya sebelum mengangkat Fariz masuk ke dalam bilik. Air jernih dari matanya dibiarkan mengalir bebas menuruni pipi gebunya. Dia menabahkan hati demi insan yang disayanginya sekarang.

Walau seburuk mana pun perangai Fariz, lelaki itu adalah suaminya. Suami yang akan dicintai sepenuh hati dari dunia hingga akhirat. Dia tanamkan dalam dirinya bahawa berkasih sayang itu adalah suatu akhlak yang mulia, lalu semai dan bajaikan rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allea S.W.T kerana hanya DIA yang terlalu kasihkan hamba-Nya lebih dari seorang ibu yang mengasihi anaknya. Dia hanya akan taat pada suaminya itu seorang selagi hayatnya masih ada untuk hidup di dunia ini di sisi Fariz. Dia akan berbakti dengan sepenuh hati dan rela walaupun tidak dihargai dan dianggap kain buruk dalam rumah itu bagi suaminya.

Walaupun Fariz sering membawa perempuan yang di jumpanya di kelab malam pulang ke rumah untuk berseronok, dia terima dengan hati yang terbuka walaupun pedih kenyataannya. Malah dia berdoa semoga Fariz akan berubah menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab selepas mendapat hidayah dari-Nya.

Malam itu, Fariz pulang ke rumah dalam keadaan mabuk seperti kebisaanya bila pulang dari kelab malam. Zainah yang mengandung 8 bulan terpaksa berjalan perlahan-lahan untuk membuka pintu yang diketuk bagai nak roboh oleh suaminya.

Geram pintu masih belum dibuka, Fariz menendang pintu rumahnya. Zainah yang telah membuka sedikit daun pintu itu mengagak Fariz akan bertindak kasar kerana lambat membuka pintu cuba dan dia cuba mengelak tapi tergelincir jatuh. Kepalanya terhentak ke lantai marmar. Darah merah pekat mengalir keluar dari kepala dan kain batik Zainah yang telah terbaring kesakitan di atas lantai rumah.

Fariz yang agak mamai, tersedar yang dia telah menendang isterinya sendiri secara tidak sengaja. Dia mengelabah dan terus ke bilik air untuk mencuci muka dan minum banyak air kosong agar mabuknya sedikit berkurang. Fariz terus keluar dan mengangkat Zainah masuk ke dalam kereta menuju ke hospital.

Dalam perjalanan munuju ke hospital, Zainah mengerang kesakitan. Bertambah takut, risau dan gelisah hatinya kerana dialah Zainah jadi begitu. Setibanya di hospital Zainah terpaksa di masukkan ke Unit Rawatan Rapi kerana kecederaan parah di kepala dan kandungannya dalam keadaan bahaya yang kemungkinan gugur. Fariz menghubungi ayahnya dan ibu mertuanya. Ayahnya inginkan penjelasan saat itu juga tapi pantas Fariz matikan talian.

Sampai di hospital ayahnya ingin memarahinya selepas mendapat penjelasan tetapi melihat wajah anaknya yang keletihan, sungul dan resah dia tidak jadi marah. Fariz tersandar di bangku hospital dan hanya memandang bilik pembedahan menunggu doktor keluar dengan hati yang resah. Fariz menangis tersedu-sedu dan satu persatu perbuatan kejamnya terhadap Zainah menerjah ke dalam kotak fikirannya. Zainah dipukul, diterajang, dimaki, tidak dihormati dan yang paling kejam Fariz sanggup menerajang Zainah yang sedang sarat mengandungkan zuriatnya tanpa disedari.

Fariz melangkah masuk ke rumah agam yang dihadiahkan ayahnya sempena perkahwinannya dengan Zainah setahun lalu dengan perlahan-lahan. Setiap sudut rumah itu terdapat kenangannya bersama Zainah. Dia menuju ke dalam kamar tidurnya. Sebelum duduk di birai katil, Fariz memandang sayu potret persandingannya dengan Zainah di meja sisi katil. Dia duduk dan mengambil prime gambar tersebut dan memeluknya erat ingin merasai kehadiran Zainah disisinya kembali.

Gambar persandingannya dengan Zainah yang disangkut di dinding di depan matanya direnung dalam-dalam mencari kembali kenangan yang memedihkan hati tapi membuatkannya kembali merasai kehadiran insan kesayangannya yang telah pergi.

Dia terperasan terdapat sesuatu di belakang potret itu lalu dia berjalan dan menurunkan gambar tersebut. Sampul surat bersaiz A4 jatuh di kaki Fariz lalu gambar tersebut digantung kembali ke dinding. Hatinya terdetik untuk membacanya walaupun perasaannya tidak senang dan hati berdebar-debar sewaktu dia menarik keluar isi sampul surat berkenaan.

Test report yang tertera nama isterinya membuatkan hatinya semakin sakit untuk terus membacanya tetapi dia kuatkan semangat untuk terus membaca. Perkataan kanser tulang membuatkan dia terus meremukkan kertas test report itu. Fariz seperti orang hilang akal mencampakkan segala yang ada berhampiran dengannya. Dia menjerit bagai orang gila lalu terduduk lemah dilantai kamarnya. Dia mengesat air matanya yang mengalir umpama empangan yang pecah.

“Kenapa? Kenapa? Kenapa mesti begini?” Fariz menjerit menanyakan soalan yang tiada itu jawapan pada dirinya.

Dia ternampak sebuah kaset yang tertera namanya di bawah barang-barang yang bersepah di sekelilingnya. Fariz membelek kaset tersebut lalu bangun dan memasangnya. Suara Zainah yang serak seakan selepas menangis memenuhi ruang bilik itu.

“Abang, pertama sekali Nah minta maaf dari dunia hingga akhirat dan minta abang halalkan makan minum Nah sepanjang Nah hidup bersama dengan abang. Nah tahu, Nah bukanlah isteri abang yang baik dan bukan gadis yang abang cintai dan kasihi. Nah tahu abang terpaksa berkahwin dengan Nah tapi semua itu telah pun berlalu.

Nah tetap gembira dan bahagia berada disisi abang walaupun mungkin tidak lama Nah akan berada disisi abang. Walaupun abang layan Nah dengan buruk seperti kain buruk tapi Nah maafkan segala kesilapan abang sebab Nah tahu manusia mana tidak melakukan kesilapan. Kesilapan abang hanya kesilpan yang kecil malah ada orang yang membuat kesilapan yang lebih besar daripada abang yang sepatutnya tidak layak mendapat kemaafan tetapi tetap mendapat kemaafan.

Hanya ini satu-satunya permintaan Nah dengan abang. Nah harap abang jagalah anak kita yang bakal lahir nanti dengan sebaiknya andainya Nah pergi buat selama-lamanya. Abang mesti jaga diri abang dengan baik dan hidup dengan gembira walaupun Nah telah tiada di sisi abang buat selama-lamanya..

Sekali lagi Nah mohon keampunan dari abang dan halalkan makan minum Nah selama ini. Maafkan Nah andai Nah pernah sakiti dan lukai hati abang. Maafkan segala dosa Nah dengan abang. Jaga diri dan anak kita dengan baik.. Maafkan Nah…”

Fariz menekup wajahnya dengan tapak tangan. Dia menagis terharu dengan kata-kata terakhir yang Zainah ucapkan. Dia tidak menyangka isterinya sanggup memaafkan segala kesilapannya yang orang lain sukar maafkan. Indah sungguh susunan katanya dan cantiknya hatinya kerana sanggup menerima dan memaafkan kesilapannya.

Dia menarik nafas menguatkan hatinya yang terluka kerana kehilangannya. Dalam hatinya, Fariz berjanji akan menjaga Azril Fashah dan Zulaikha Balkis dengan baik kerana itulah wasiat Zainah yang terakhir. Fariz mengambil dairinya di dalam laci dan menulis apa yang tersirat di hatinya.

Ketika hayatnya aku lepaskan semua peluang untuk membuatkan dia bahagia dan gembira apabila berkahwin dengan aku tapi apa yang aku berikan padanya adalah kesedihan dan kesensaraan yang terlalu hebat yang aku fikir tiada orang yang sanggup laluinya tapi dia cukup tabah dan cekal untuk menawan hati aku yang keras dan menyucikan hatiku yang hitam ini selain mencelikkan aku yang buta agama dan cinta ini.

Pemergiannya membuatkan aku sedar yang dia amat berharga dalam diri, jiwa, hati dan hidupku. Bodohnya aku menyakiti orang yang terlalu menyayangi dan menyintai aku…dia ajar aku banyak perkara terutama tentang cinta dan hidup ini. Kalaulah aku diberi peluang sekali lagi, aku sanggup menggantikan tempatnya yang akan pergi mengadap Illahi tidak lama lagi itu. Aku hanya dapat merasakan bertapa aku terlalu menyintainya setelah dia pergi yang perginya tak akan kembali lagi. Biarlah aku jumpa seribu pengganti, dia tetap yang satu di dalam hati.

Kini apa yang aku dapat lakukan hanyalah mencatatkan segala kenangan bersamanya di dada langit dan kata cintaku padanya di atas pusaranya. Aku sentiasa menyakiti hatinya tapi dia tidak pernah menunjukkan reaksi sakit hatinya. Dia terlalu tabah…terlalu tabah…aku walaupun aku terus menerus menyakiti hatinya dan mengabaikannya tanpa aku sedar yang dia akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku perlukan sedikit masa untuk merawat hatiku yang terluka..

Fariz menutup dairinya perlahan-lahan. Cinta membuatkan dia amat lemah tapi cinta jugalah yang membuatkan dia bersemangat. Cintanya pada Zainah yang tidak sempat dihulur dan diucapkan sekarang akan dihulurkan pada permata hatinya yang mengikat hati dan menghidupkan perasaanya terus pada Zainah. Semoga rohmu dicucuri rahmat dari-Nya, Zainah.


Permalink
gravatar

Jamak Atau Qada????

Pd hari itu, Dr. Muslih dijadualkan untuk memasuki dewan bedah pd sblh tgh hari. Stlh mnyiapkan kerja2 di wad, Dr. Muslih mula memasuki dewan bedah ortopedik tepat pd pkul 1 tgh hari. Dia akan mnolong seorg pkar mbuat pmbedahan TKR (total knee replacement) bg pesakit yg prnh diberi heparin tmpoh hari. Pmbedahan trsebut biasanya mngambil masa slama 3 jam. Tetapi bleh mjadi lbih lama jika pmbedahan trsebut didapati rumit.

Dikerling jam tangannya, smbil brfikir, 'Kan bagus kalau pmbedahan ini mula setengah jam lebih lewat, smpatlah aku solat zuhur dulu. Harap-harap tiga jam siaplah kes ni. Moga Allah mmpermudahkan urusan kami semua'.

Stlh hmpir tiga jam pmbedahan brlangsung, Dr. Muslih melihat muka Pakar Ortopedik brkerut2. Dahinya dibasahi peluh meskipun suhu di dlm dewan trsebut serendah 16 drjah Celsius.

'Tak mungkin boleh habis dlm masa 3 jam, dah nk masuk pkul 4 ni. Nmpaknya kena jamak takhir', fikir Dr. Muslih.

Pmbedahan trsebut mnjadi brtambah rumit. Pesakit khilangan byk darah. 2 paket darah dimasukkan ke dlm bdannya semasa pmbedahan. Bdn Dr. Muslih terasa penat dan kakinya terasa lenguh kerana trlalu lama brdiri.

Pmbedahan trsebut akhirnya siap 20minit sblm pkul 7 ptg. Dr. Muslih terus meluru ke surau di tepi pintu masuk dewan bedah untuk solat jamak.

'Alhamdulillah'. Badannya terasa segar kmbali stlh trkena air wudhuk. Solat menambahkan kesegaran. Terubat sedikit kletihan. Sungguh, solat itu suatu kerehatan bagi org beriman.

Stlh selesai solat, Dr. Muslih melihat seorg MA yg mmbantu pmbedahan td, solat di satu sudut secara brasingan. MA Rahim gelarannya. Dr. Muslih duduk sebentar di satu sudut untuk mmbaca zikir ma'thurat. Terasa tenaga baru mula menyerap masuk ke segenap urat dan nadinya.

Hati Dr. Muslih brbisik, 'Alhamdulillah, solat mmbawa sseorg mghadap Allah walau sesibuk mana pun kerja. Inilah hikmah solat. Hubungan hamba dgn Allah x trputus plg kurg 5 kali sehari smlm. Hati pun mjadi lebih tenang bila keluar seketika drpd hiruk-pikuk tugas seharian. Benar kata Allah, sesungguhnya dgn mgingati Allah itu hati akan mjadi tenang'.

MA Rahim mnyapa Dr. Muslih usai solatnya, "Penat betullah minggu ni, doktor. Kes selalu cmplicated. Hari2 kena qada solat".

"Abang Rahim qada ke td?" tanya Dr. Muslih.

"Ya lah, solat zuhur da burn. Kena qada lah. Nk tggal keluar solat jap masa operation mana smpat", kata MA Rahim.

"Kenapa x jamak aje? Kn bleh jamak solat zuhur dan asar?" kata Dr. Muslih.

"Eh. boleh jamak ke? Bkn solat jamak hanya dibuat jika pjalanan jauh aje?" tanya MA Rahim smbil mggaru2 kepalanya. Kehairanan.

"Boleh. Jamak x smestinya dlm pjalanan jauh. Waktu2 yg trlalu sibuk pun dibolehkan jamak. Sibuk yg mnyebabkan tiada plihan lain. Cntoh yg trbaik dlm kes td. Kalau qasar, barulah disyaratkn musafir", jelas Dr. Muslih.

"Jamak dan qasar tu x sama ke?" MA Rahim brkerut dahi.

"Jamak ni mghimpunkan 2 solat. Qasar pula memendekkan solat yg 4 rakaat mjadi 2 rakaat. Selalunya dlm musafir kita gbung kedua2nya sekali, hmpun dan pndekkan. Tapi bila dlm kesusahan mcm td atau dipanggil masyaqqah, kita boleh jamak saja, x boleh qasar."

"Subhanallah! Saya dah lima tahun kerja kt sini. Saya x tahu pun bleh jamak. Saya qada aje kalau kena kes2 cmplicated mcm td", kata MA Rahim smbil mggeleng.

MA Rahim mgajukan lg soalan kpd Dr. Muslih.

"Apa cntoh lain keadaan yg mmbolehkan kita jamak? Mksud sy selain musafir?"

"Islam ini agama cntik, Abang Rahim. Islam selalu mmberi kemudahan kpd kita dlm semua hal. Cntoh lain, katakanlah kita trlibat dlm jam. Sesak sgt, berjam-jam, langsung x bleh lari. Dibolehkan juga untuk jamak," jelas Dr. Muslih.

"Oh, itupun boleh? Saya mmg selalu kena jam teruk kt MRR2." MA Rahim takjub dgn praktikalnya ajaran Islam.

"Saya tringat ada 1 kisah Rasulullah SAW prnah solat zuhur dan asar secara jamak di madinah, tnpa sebab ketakutan atau musafir. Tp adalah kerana hajat atau ksusahan trtentu, bkn saja2. Seorg sahabat Nabi brtanya tntang hal itu, dan jawapannya krn Nabi x mahu umatnya trbeban," smbung Dr. Muslih lg.

"oh, bru sy fhm. Trima kasih byk2 ye doktor. Doktor ni mcm ustazlah. Doktor skolah agama ke dlu?" kata MA Rahim.

"Eh, sy biasa2 saja. Bkn apa, kn kewajipan kita untuk mngetahui tntang agama kita. Prkara ini fardhu ain, Abang Rahim. Walaupun kita kerja bidang lain, kita juga kena tahu soal2 hukum fiqah ni," kata Dr.Muslih.

"Hmm, ye x ye juga. Bkn glongan ustaz saja nk msuk syurga, kita semua pn nk msuk syurga. Jd ilmu fardhu ain ni bkn ustaz saja yg kena pndai, kita pn kena pndai juga," simpul MA Rahim. Dr. Muslih trsenyum dgn ksimpulan yg matang itu.


DALIL:

Ibn Abbas bkata: "Nabi Muhammad prnah mnjamakkan antara zuhur dan asar srta antara maghrib dan isya' di madinah bkn sbb musafir dan hujan. Ibn Abbas ditanya: "Mengapa Nabi Muhammad melakukannya?" Dia bkata: "Baginda mahu mmberi kelapangan kpd umatnya". (Sahih Muslim).

Menurut Mazhab Syafi'i, keadaan2 lain yg dibenarkn melakukan jamak selain drpd keadaan musafir ialah jamak krn hujan (ada syarat2nya), jamak krn sakit dan jamak krn hajat atau kpayahan yg tmbul.

Imam Nawawi meluaskan sebabnya krn salji, angin kuat, sejuk, keadaan jalan brlumpur, becak, dan sebagainya seperti keadaan di luar negara. Beliau juga bkata: "Segolongan ulama besar mmbenarkan jamak dlm keadaan x musafir krn kperluan asalkan x dijadikn adat yg tetap. Demikian pndapat Ibn Sirin dan Asyhab drpd Ashab Malik. Dilaporkan juga oleh Khathabi drpd Qaffal Kabir, kalangan pengikut Syafi'i."

~Rujuk Fikah Luar Negara oleh Maszlee Malik dan Hamidah Mat, trbitan PTS Millenia.


Permalink
gravatar

Neraka juga x terima pmbunuh Sosilawati???????

Assalamu'alaikum ya akhi ya ukhti..moge2 sume sihat n berada dlm lingkaran rahmat Allah..

Terasa sayu bila trdengar berita mengenai kematian Datuk Sosilawati Lawiya n 3 rakannye yg lain..pmbunuhan mereka yg disifatkan sbg pmbunuhan yg amat tragis n kejam mmg x dpt nk dinafikan..mereka diculik,dirompak n kmudian dibunuh..disiksa,disembelih dgn mggunakan pisau sabit,dilumur dgn najis lembu dan kmudian dibakar!mlahan,abu mayat mereka dihanyutkan??ya Allah,sgguh kejam sekali..x trbayang betapa sedih ahli keluarga mereka apabila menerima berita ini..tmbahan lg prkara ini berlaku di sekitar bln ramadhan mnjelang syawal..betapa x brmakna syawal pd tahun ini buat mereka..

ana ada trbace keratan akhbar..ana paste di sini ye..

Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat

Shahrizat (kanan) menenangkan Balqis Dayana (berselendang hitam) sambil diperhatikan anak Sosilawati pada majlis tahlil di rumah pengasas kosmetik itu. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah yang dilakukan sangat kejam dan menyifatkan 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah' seperti itu.

"Kami mendesak supaya keadilan dilaksanakan. Kami meminta pihak polis untuk menyelesaikan siasatan dengan secepat mungkin.

"Mereka yang terlibat hendaklah dibawa ke mahkamah dan kes juga didengar secepat mungkin, diberi keutamaan dan tidak ditangguh.

"Jika disabitkan, mereka mestilah dikenakan hukuman maksimum," katanya.

Majlis tahlil diadakan di rumah Sosilawati pada Selasa. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil di kediaman Sosilawati dekat sini, Selasa.

Shahrizat yang mengenali Sosilawati sejak kira-kira tiga tahun lalu menyifatkan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu sebagai seorang wanita yang sangat positif dan menjadi inspirasi kepada individu lain.

"Beliau (Sosilawati) datang ke kementerian sebagai seorang yang berjaya dan mahu membantu golongan wanita.

"Beliau seorang selebriti yang mempunyai banyak pengikut dan tarikannya adalah sikap yang cekal, sering fokus, rajin bekerja dan mempunyai impian serta tidak mudah mengalah," katanya mengulas penampilan Sosilawati.

Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dibunuh dengan kejam sebelum dibakar.

Mereka dilaporkan hilang hampir dua minggu yang lalu selepas dikatakan menuju ke Banting, dekat sini, untuk bertemu seorang peguam bergelar Datuk bagi membincangkan isu pembelian tanah.

Pada Isnin, polis mengesahkan abu mayat mereka telah dibuang ke beberapa sungai berhampiran Tanjung Sepat, Banting.


begitulah kenyataan yg dikeluarkan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil..dimana beliau nyatakan bahawa 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah seperti itu'..
tp betul ke kenyataan beliau ini??cuba kita fkir ye..kalau neraka pn xnak terima mereka yg sgt kejam ini,xkan la syurga kot nk terima mereka???????krn di akhirat cuma ada syurga n neraka je..jd sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian,kita kena berhati2 dlm stiap tutur kata yg disampaikan...nmpk mcm kecik je,tp sbnrnye BESAR...hehe..kalau ade yg terikut2 statement beliau ni,ya Allah,bleh rosak aqidah..

so,moral of the story,nk brcakap kne ade ilmu..kne fkir dlm2..bru la lafazkan ye..
peace no war ^_^


Permalink
gravatar

raya???ramadhan dulu.....

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti..sbnrnye da lme nk post kt sini..da siap taip,tp last2 line blogger bz...dpt post kt fb je...maaf la ats ksilpan2 tknikal n bkn tknikal..hehehehe..

Dalam bulan Ramadhan ini,kalau kita mnfaatkan sepenuhnya..masyaAllah..mmg bleh jd seorg yg sgt hebat..insyaAllah..yg prtama adalah 17 Ramadhan..ape yg brlaku pd 17 Ramadhan??iya....Nuzul Al-Quran...17 Ramadhan ini,Allah mnurunkn Al-Quran dr Luh Mahfuz ke langit yg pertama..kmudian dr langit yg pertama, diturunkn sdikit demi sdikit kpd Rasulullah..bkn spertimana ketika Nabi Musa memberi muktabar,masa tu beliau dgn pengikutnya dkt gurun,dkt pdg pasir,nak balik dr palestin ke mesir..Dlm prjalanan tu,mereka brhenti di Lembah Tua,Nabi Musa nmpak cahaya..cntik cahaya tu..jd Nabi Musa ckp aku akn pergi lihat apa yg ada di cahaya tu..pengikut2 nya ditinggalkan brsama Nabi Harun..iaitu abang kpd Nabi Musa..smpai di sana,Allah berikan beliau kitab Taurat,dlm kepingan2 batu..Allah bg sedebuk, nah ambik....hehehe..dan Nabi Musa ini digambarkan antara nabi yg plg kuat antara nabi2 yg lain..beliau angkat n pikul,bwk balik..tp Nabi Muhammad tidak,,Nabi Muhammad dpt wahyu secara sedikit2..drpd iqra' itu smpai ayat yg terakhir dlm tmpoh masa 23 tahun..tp kali yg prtama dtg sedebuk,masa diturunkan ke langit yg prtama..iaitu pd 17 Ramadhan..dan pd bulan ramadhan ini juga lah,ayat yg prtama iaitu iqra' dismpaikan kpd Rasulullah..hebat ni nuzul quran..satu peristiwa yg ana rasa ghirah,yg telah mngubah manusia drpd kegelapan kpd cahaya..rupa2nya para sahabat di masa dahulu,bila dpt shaja ayat2 tu,mereka terus smpaikan..kalau sekarang ni,kita nk smpaikan...punya la susah...ade 2 org sahabat yg digambarkan..salah 1 ialah Abu Dzar Al-Ghifari,dia dr prkmpungan Al-Ghifar,sbb tu dinamakn Al-Ghifari..ketika dia dtg ke Madinah,dia blajar dr Rasulullah tntg Islam dlm masa 3 mggu je..Rasulullah brpesan,baliklah Abu Dzar,smpaikanlah kpd kaum mu dan ajaklah mereka masuk ke dlm Islam..Abu Dzar patuh..dia pergi ke prkampungannya dan smpaikan..dan ketika pmbukaan kota Mekah,Abu Dzar dtg mmbawa 1 kmpung..ya Rasulullah,ini kmpung Al-Ghifar,mereka semua dah masuk Islam..dah masuk Islam!!haa,,dlm masa 3 mggu je blajar..betapa dahsyatnya org2 pd ketika itu...dpt je Al-Quran terus smpaikan..jd sahabat2 sekalian..dpt je terus smpaikan ye..hehe..yg seorang lg ana x ingat..tp same juga..dia balik ke kmpungnya,x lame kmudian..dia dtg mnemui Rasulullah,3 org lg msuk Islam..2,3 hari je..blajar 3 mggu..ya Allah..dan salah seorang yg dibawanya masuk Islam ialah Abu Hurairah r.a. dimana betapa hebatnya Abu Hurairah ini,hmpir semua hadis diriwayatkan drpd beliau..dan ramai lg..betapa hebatnya proses pnyampaian pd masa itu..dan seorang lg yg ana x ingt namanya..orgnya tidaklah tua,muda je..Rasulullah mmberikannya tugas yg amat besar..pergilah ke kota Madinah..masa tu Rasulullah berada di kota Mekah..kalau ada blajar dlm sejarah dlu,13 tahun Rasulullah berada di Mekah,11 tahun di Madinah..masa tu,nabi,,ya Allah..nabi dipulaukan,dihina...Nabi berdakwah pg ptg siang mlm..pergilah berdakwah ke madinah..ketika dia pulang dr Madinah,dia berjaya menyatukan golongan Aus dan Khazraj..hmpir 1 kota madinah..Rasulullah,mereka semua telah bersedia,taat kpd engkau ya Rasulullah dan jika Rasulullah dtg ke madinah,mereka akan sntiasa mmpertahanhan Rasulullah sehingga ke titisan darah dan airmata bahkan nyawa sekalipun..haa..orgnya muda je..xperlu sbnrnye tua ke apa..org muda ni,jika energetik dlm mnyampaikan sesuatu..ya Allah..ini la sedikit sebnyak mngenai nuzul quran..dan kmudian,1 lg peristiwa yg cukup hebat..ketika dtg sahabat2 nabi,dtg nk tnya nabi tp nabi x ada..yg ada cuma isteri nabi,siti aisyah..mreka brtanya,bleh x khabarkan kpd kami,bagaimanakah akhlak nabi..lalu siti aisyah mnjawab,akhlak nabi adalah Al-Quran..mknanya,apa yg ada dlm Al-Quran itulah akhlak nabi..dan kmudian,digambarkan lagi,nabi ni,bila baginda mndidik sahabat2nya,mereka telah mnjadi..semuanya,berakhlak dgn akhlak Al-Quran..sehingga digambarkan,Rasulullah telah 'mengecop' mereka semua sbg Generasi Al-Quran..dan pd 18 Ramadhan,berlakunya Badar Al-Qubra atau perang Badar,,peperangan yang prtama dlm Islam..dan siapakah yg mgganggotai atau tnteranya?merekalah sahabat2 yg di'cop' td..sahabat2,rupa2nya,kita x perlu hebat dgn kereta kebal n sebagainya..kalau keperibadian kita seperti Al-Quran ini,kita boleh kalahkan semua musuh2,,krn digmbarkan dlm peperangan itu,sahabat2 xde ape2..hanya sebahagian je yg ade pedang,pisau..yg lain xde ape2..1ribu org tntera musyrikin mekah,dgn alat2 perang mereka..dgn hanya 313 org,1 nisbah 3,mereka dpt mnewaskan 1ribu org..mskipun berada di bln Ramadhan..smpai skrg ana x dpt nk imagine la..dan Lailatul Qadar....mlm yg lbih baik dr 1000 bulan..andai dpt kita temui..ya Allah..apa jua prmintaan pd mlm itu..insyaAllah diperkenan segalanya..dirakamkan dlm sejarah itu,Rasulullah meminta izin drpd isteri..baginda jumpa seorng demi seorang..wahai isteriku,izinkanlah kekanda menyahut panggilan lailatul qadar..dan baginda brpesan kpd para sahabat,,kukuhkan ikatan kain kamu pd mlm lailatul qadar..mknanya x jumpa isteri.. kesimpulannya,ketika kita berada di bulan ramadhan,mnfaatkanlah masa2 yg ade dgn sebaiknye,mudah2an kita mendapat rahmat dan segala kebaikan drpd Allah SWT..kejarlah Lailatul Qadar itu..insyaAllah,jika kita dpt,kita akan mnjadi insan yg trbaik yg dilahirkan dr madrasah ramadhan al-mubarak..


Permalink

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time