Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..

Archives

gravatar

- Kenapa ALLAH ketemukan kita dgn org yang salah -

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥




Permalink
gravatar

Alejandro by Lady Gaga??mkna yg tsirat d sblik yg tsurat!!

Sekadar berkongsi sebuah artikel yg sy terima di emel dr seorang rakan... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..



Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...




Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..




Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..





Dalam video terbaru dia. Ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu. Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro–Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video.




Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala telah ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa penjara agaknya. Salah satu lelaki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram.





Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).




But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? Lepas tu dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapannya tak. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham. Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro ?




Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian memakai satu gogel. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.





Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang tali di badannya, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang sedang mengawal dia. Atau senang kita guna istilah ini adalah ‘mind-control slave’. Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak blur, nampak bingung betul seperti seorang hamba yang dikawal segala pergerakannya oleh si Gaga illuminatist tak guna .




Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih. Okay jadi boleh nampak kan. Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part: “Stop, please, just let me go, Alejandro”. Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .



“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”



Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillonya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .




Selepas sahaja lirik tu. Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu agama yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?



(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)



Saya kata paderi syaitan sebab tengok jubah Gaga di atas. Ada banyak sangat simbol salib terbalik. Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik yang biasa selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan.




Salib terbalik dan pentogram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan. Untuk memuja dan menyeru syaitan.





“In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power, Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall




Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .



Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)




Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.




Lepas tu video menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer. Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi menyembah Lucifer.





I’m not your babe I’m not your babe, Fernando. Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian Katolik kerana pada mereka dianggap Suci. Janganlah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka. Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena cari apa maksud disebalik simbol tu.



Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib. Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia. Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :



"Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus)"




Dan di akhir video. Ditunjukkan Gaga telah menjadi patung dikawal. Pada mulanya Gaga mengawal lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula dikawal. Oleh siapa ? Fikir-fikirkanlah siapa yang mengawal cik Gaga ni. Siapa dalang disebalik semua ni ? Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapannya kan ? InsyaAllah pasti.




Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan perlu untuk ditafsirkan. Boleh jadi macam-macam. Bergantung kepada pengetahuan anda dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang Gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni Gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ? Nauzubillah ya Allah.



Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)



Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain..



Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..


Permalink
gravatar

"Saya Mahu Beli Polis!"

SHATTAH

Suatu ketika, dapur kami kehabisan bekalan serbuk cili kering. Saya bergegas turun membeli bekalan itu di kedai milik tuan rumah Imarah sebelah. Dahulu kedai itu dimiliki Baba Ali Izzat, tetapi selepas kematiannya maka Mama yakni isterinya mengambil alih.

“Ana aiz syurthoh!” (Saya mahu beli polis!) Pinta saya selamba.

Wajah Mama seakan tidak mengerti permintaan saya. Berkerut tanda tanya. Dia termangu-mangu.

“Err… “ Saya pula terpinga-pinga. Lalu lekas menunjukkan isyarat jari ke arah balang serbuk cili yang letak duduknya di sebelah balang kunyit.

“Shattahh..” (Serbuk cili) Mama membetulkan patah kata yang saya tuturkan. Dia tersenyum mengernyih. Tetapi tidak terbahak ketawa.

“Aduiii, malu maluu..” Saya malu sendiri.

Rupanya saya tersilap menyebut dua perkataan yang hampir sama bunyinya. Tetapi makna sebenar adalah terlalu jauh bagi langit dan bumi. POLIS dan SERBUK CILI.

Cepat-cepat saya bayar dan meninggalkan kedai itu. Barangkali wajah sudah bertukar kemerah-merahan menahan segan. Perasaan bercampu baur, sedikit geli hati dan malu. Kalaulah orang Malaysia dengar, pasti terbahak-bahak ketawa mendengar permintaan saya itu. Mahu beli polis!

PEMANAS AIR ROSAK

Di saat musim sejuk menjengah, wajah bumi kinanah menghampiri beku. Tetapi takatnya tidak membeku seperti kepulauan United Kingdom mahupun Ireland. Meskipun begitu, ia sudah cukup untuk menggetarkan seluruh tubuh hingga ke tulang sum-sum.

Tengah hebat musim sejuk melanda pedalaman Gharbiyyah, tiba-tiba pemanas air rumah kami berhenti operasi. Alangkah sukarnya hidup di sini jika pemanas air rosak. Sementelah penggunaan air senantiasa diperlukan 5 kali sehari.

“Boleh tolong beritahu ayahmu, katakan bahawa ‘saqonah’ rumah kami telah rosak.” Pesan saya kepada anak gadis tuan rumah. Saya ke rumah pemilik rumah untuk mengkhabarkan kerosakkan. Rumahnya letaknya di atas rumah saya – tingkat tiga.

“Ehh?” (Apa?) Gadis berkacamata lingkungan umur belasan tahun itu terpisat-pisat kehairanan.

“Waahh, tersilap sebut lagikah aku.” Bisik saya sendiri sambil mengatur ayat.

“Maksud saya ‘soqonah’ di bilik air rumah kami sudah rosak.” Ulang saya berkali-kali.

“Emm… Nanti Baba balik saya beritahu dia.” Jawabnya.

“Ok.”

Saya menebak, ada berlaku kelompangan ayat. Kamus dibelek-belek mencari istilah sebenar penggunaan kata. Duhai, saya tersalah sebut lagi!

Bukan ‘saqonah’ sebagaimana yang digunapakai oleh kalangan mahasiswa melayu sewaktu berbicara sesame sendiri. Istilah betulnya ialah ‘sakhonah’ – pemanas. Aduh, aduh! Malu sendiri lagi.

Namun begitu, rasa malu itu tidaklah berpanjangan. Ini kerana mereka jarang sekali mentertawakan warga asing yang tersilap sebut perkataan arabic. Bahkan memperbetulkan pula bahasanya. Jauh berbeza dengan kita. Barangkali jika seseorang warga asing mahu membeli polis di kedai, sudah tertentu tergolek-golek ketawa sambil mengesat airmata suka yang menghujan!

BETULKAN MAKHARAJ BAHASA ARAB

Sejak berlaku peristiwa di atas, saya lebih berhati-hati dalam menuturkan kata baharu. Sebelum mempraktikkan komunikasi, pasti kamu akan disemak terlebih dahulu. Biar comfirm daripada mengulangi kesalahan. Belajar dari kesalahan demi menggapai kejayaan.

Dan apa yang lebih penting, saya harus berhati-hati apabila berbual atau mendengar pertuturan teman dalam bahasa arab. Bimbang tersalah makhraj lagi. Kadangkala kita terlalu mengambil mudah soal makhraj. Khususnya mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di dalam bidang agama.

Oleh sebab itu komunikasi bahasa arab agak longgar. Sebutan lemah. Kosa kata berterabur. Cubalah belajar menuturkan bahasa dengan betul. Saya percaya, ianya lebih indah didengari.

Bahasa arab ini tidak seperti bahasa-bahasa lain. Bahasa arab ialah bahasa al-Quran. Seandainya kita begitu ‘malas’ menuturkan bahasa dengan jalan makhraj yang betul, kemungkinan besar ia tidak sampai maksud sebenar. Kesalahan ini kerapkali kita gunakan, misalnya:

“Dzo…” Dibaca tanpa mengeluarkan sedikit lidah ke hadapan. Walhal ia sepatutnya dibaca bersama lidah ke depan.

“Ha…” Dibaca besar, sedangkan huruf ح tidak dibaca begitu. Ia lebih nipis ke dalam.

Begitu juga huruf ص , kita seringkali membaca seolah-olah bunyi seperti س , sepatutnya dibaca tebal.

Penting sahabat-sahabiah sekalian. Ia melibatkan soal ibadat sehari-hari kita. Solat kita, doa kita, bacaan al-Quran kita, semuanya melibatkan penggunaan makhraj yang betul. Mari perbetulkannya bersama.

Sungguh, saya suka mendengar perbualan teman-teman (biasanya rakan kuliah qiraat acapkali mempraktikkan bahasa dengan benar) yang menuturkan bahasa arab fushah berserta makhraj jelas, terang dan nyata.

Lazat dan enak untuk dihadam… Pasti!


Permalink
gravatar

TUNTUTAN KERJAYA : Perlukah Sampai Berbogel????

Hilang akal dan x tahu malu.. Itu antara reaksi spontan rakyat Malaysia stelah dikejutkan dgn pengakuan berani mati seorg pelakon lelaki tanah air minggu lalu.. Pelakon berbangga Melayu itu mengaku telah melakonkan adegan panas di dlm sbuah filem trbitan tmpatan.. Demi memastikan lakonannye itu nampak lebih realistik, dia memilih untuk berbogel ketika mnjiwai slah satu babak di dlm blik mndi.. Alasan pelakon baru yg juga beragama Islam itu ckup mudah.. Aksi bogel itu dipilihnya atas tuntutan seni n kerjayanya sbg anak wayang.. Juga dia optimis dgn beraksi sdemikian rupa, mampu mmberi positif kpd masyarakat bkenaan realiti sbenar khidupan glongan transeksual yg diangkat mnjadi tema utama dlm filem trsebut..
Memang x dpt diterima akal.. Tetapi jika ditinjau dlm atmosfera industri perfileman luar negara, isu ini sudah trlalu biasa.. Atas alasan yg sama juga, berbogel atau melakonkan babak dlm apa jua keadaan, sanggup dilakukan mereka pd dasar professionalisme selaku pemain watak.. Ia x prnah mnjadi masalah di sana.. Namun masalahnye kini, dasar trsebut sudah mula mnjadi pegangan segelintir pelakon tmpatan.. Demi populariti dan kebekersanan knonnya, ada yg trlupa garis pnduan sbenar yg seharusnya dijadikan pegangan.. Apabila tntutan kerjaya lebih dilihat mmpunyai nilai tggi brbanding tuntutan agama, maka jadilah apa yg telah trjadi.. Aib bukan lgi mnjadi milik peribadi..
Kontroversi n artis itu sebati bgai isi n kuku.. Jenuh sudah kita disajikan dgn plbagai ragam n kisah golongan ini.. Ada positif, namun perlu diakui byknya negatif.. Baru2 ini, sekali lg darjah termometer industri hiburan tanah air kmbali meledak dgn isu yg ckup panas..
Bukan lagi mngenai kes2 kebiasaan mereka sperti ditangkap basah, positif dadah, brgaduh ataupun mggayakan fesyen pkaian trdedah.. Kali ini lebih berani.. Seorang pelakon lelaki beragama Islam tiba2 tampil mmbuat pengakuan, sanggup berbogel demi mnjiwai watak lakonannya.. Lebih berani lagi, dye juga mengaku melakukan aksi bogel itu dgn niat untuk bekerja..
Ketika mmbaca laporan di akhbar, pasti ramai yg mengurut dada.. Pening memikirkan betapa singkat pemikiran pelakon yg masih bergelar mahasiswa itu merencana baik buruk tndakan trsebut yg dikatakannya sbg perlu..
Sama ada dia rasional mggunakan akal fikiran atau dipengaruhi nafsu serakah semata2, tindakan trsebut jelas brtentangan dgn agama serta melanggar norma budaya masyarakat.. Namun begitu, berhadapan dgn dunia serba maju serba canggih, memungkinkan apa saja untuk berlaku.. Yg bkn artis juga bleh mnjadi popular dlm sekelip mata.. Lebih2 lagi brsangkut-paut dgn prkara yg mmbangkitkn berahi..
Kalau diikutkan, pasti ramai jumlahnya anak2 gadis di luar sana mnjalani rutin hdup ketika ini dlm tekanan.. Terkenal stelah aksi sndiri yg dirakam kononnya untuk koleksi peribadi, telah trsebar ke segenap pelusuk alam angkara silap percaturan..
Kehidupan hari ini mmg ckup mncabar.. Sikap berhati2 serta mnjaga diri sndiri dgn sebaiknya mnuntut komitmen tggi drpd stiap individu.. Jika empunya diri pn seakan x peduli dgn keaiban mlik sndiri, mudah ksilapan trsebut diambil kesempatan pihak yg x btanggungjwb..
Aib yg mula trdedah dimanipulasi untuk mnjatuhkan maruah diri seseorg.. Ataupun peluang itu digunakan untuk mngaut keuntungan.. Ya, itu adalah sebahagian realiti khidupan yg perlu diakui..
Mnjaga khormatan diri sndiri dan org lain mrupakan tggungjwb ke atas stiap umat Islam.. Prkara yg dirasakan boleh memalukan dan menimbulkan kemarahan n rasa x senang masyarakat sepatutnya disembunyikan drpd pngetahuan umum..
Malah perintah mnjaga kehormatan ini juga telah jelas dinyatakan Rasulullah SAW yg brmaksud: "Setiap org Islam ke atas org Islam yg lain itu diharamkan darahnya (tidak boleh mmbunuhnya), haram pula hartanya (tidak boleh merampasnya) dan haram pula kehormatannya (tidak boleh mngumpat." ~Hadis riwayat Imam Muslim~
Keterujaan n rasa ingin tahu yg tinggi mngenai kisah keaiban org lain x dpt dinafikan sudah mnjadi tabiat segelintir masyarakat.. Adakalanya cerita yg sedikit sengaja disensasi n ditokok tmbah hingga x masuk akal.. Allah SWT juga telah mnjanjikan azab yg pedih bg mereka yg gemar mnyebarkan aib org lain.. FirmanNya yg brmaksud: "Sesungguhnya org2 yg ingin agar berita prbuatan yg amat keji trsiar keji trsiar di kalangan org2 yg beriman, bg mereka azab yg pedih di dunia dan di akhirat." ~Surah An-Nur : 19~
Bg stiap kjadian yg telah brlaku brhubung soal kesanggupan individu menggadai maruah n harga diri demi mncapai matlamat peribadi, ini sama sekali x boleh dipandang ringan.. Mmg manusia x dpt lari drpd melakukan ksilapan.. Dan ksilapan tndakan bpandukan hawa nafsu itu sepatutnya dijadikan sempadan..
Juga perlu sntiasa mngingatkan diri bhw matlamat x pernah menghalalkan cara.. Biar apa jua keadaan n situasi, tuntutan agama tetap mnjadi nadi.. Garis pnduan Al-Quran dan As-Sunnah perlu diikuti..
Apa yg pnting, drpd kita terus seronok mncari n mndedahkan keaiban org lain, cermin dlu keaiban ataupun kekurangan yg ada pd diri sndiri.. Agar kita semua dpt mmbebaskan diri drpd melakukan pkara2 yg jelas brdosa dan berunsur mksiat..
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya beruntunglah (thuubaa) mereka yg disibukkan oleh aibnya (sndiri) drpd mmbicarakan keaiban org lain." ~Hadis riwayat al-Bazzaar~
Oleh itu sama2lah belajar drpd kesilapan.. Semoga kita semua trgolong dlm golongan yg beruntung ini.. Jaga diri, hiasi peribadi...........


Permalink
gravatar

FITNAH ANCAMAN UMMAH Akhir Zaman

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi dikalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difitnah. Kini, menyebar fitnah seolah-olah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fitnah. Tidak masuk syurga! Jika tidak masuk syurga ke nerakalah tempatnya. Tidak ada istilah 'duduk ditengah-tengah' bagi mereka yang melakukan kejahatan.

Fitnah dalam bahasa Arab bermaksud ujian dan cubaan. Imam Ibnu Hajar menjelaskan bahawa makna asal fitnah ialah al-ikhtibar, al-imtihan iaitu ujian. Ibnu Manzur pula menyatakan fitnah itu adalahal-ibtila'(cubaan), al-imtihan dan al-ikhtibar (ujian). Manakala Jurjani memberikan definisinya iaitu "Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu."

Manakala makna fitnah menurut al-Quran pula membawa erti syirik dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik." Selain itu fitnah juga membawa makna ujian dan cubaan (surah Toha: 40 dan al-Ankabut:3), seksa (surahal-Ankabut:10, surah az-Zariat:14 dan surah an-Nahl:110), dosa(at-Taubah:49), kekufuran (at-Taubah:48 dan ali-Imran:7), kebinasaan(an-Nisa:101 dan Yunus:83), berpaling dari jalan yang benar(al-Maaidah:49 dan al-Isra':73), sesat (al-Maaidah:41 danas-Soffat:162), alasan (al-An'am:23, sebahagian tafsir memberi maksud jawapan), dan gila (al-Qalam:6).

Fitnah menurut as-Sunnah memberi maksud perselisihan dan peperangan,sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Akan berlaku perselisihandan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Selain itu fitnah memberi maksud ujian dan cubaan, melalaikan dan melekakan,penyeksaan dan pembunuhan, berlaku kemungkaran dan kemaksiatan, memaksa untuk kembali kufur, dan menjauhkan dari agama.

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi dikalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difitnah. Kini, menyebar fitnah seolah-olah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.

Orang yang difitnah akan pergi ke mahkamah dan mengemukakan saman serta menarik balik tuduhan yang dilontarkan. Bagi mereka yang melontarkan fitnah itu akan cuba melawan habis-habisan bagi mempertahankan tuduhannya atau akan menarik semula tuduhan tersebut setelah mengambil masa yang terlalu lama. Betapa ringannya dosa fitnah bagi mereka kerana semuanya disandarkan kepada mahkamah.


Permalink
gravatar

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga?

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


Permalink
gravatar

Bersyukur dgn apa yg kte ada..

Sdkit prk0ngsian buat sahabat2..bsyukur dgn ape yg kte ade,smada nikmat mhupun dugaan yg diberi Allah kpd kte..kte sbg hmba Allah d muka bumi ini,seringkali mrungut pbila diberi dugaan..namun adkh kte sntiase bsyukur tika diberi plbgai nkmat??lbh2 lg kte sbg hmba Allah d muka bumi ni,sdkit skali ibadah yg kte lakukan..tp Allah x prnah jemu,x pnah mrungut tika mberi nkmat kpd kte,nikmat yg jarang skali kte syukuri..jd mgapa stiap kali di uji,kte mrungut.?sharusnye kte bsyukur..krn ini tndanya Allah msh lg pdulikan kte..hanya nk uji smada kte taat kpdNya atau tidak..ya Allah,ampunkan kami ya Allah..kami hmbaMu yg jahil..kami hmbaMu yg sukar nk bsyukur.!ya Allah,ampunkan kami ya Allah..ringankanlah beban kami ya Allah..pmudahkn stiap amalan ibadah kami ya Allah..jgnlah Engkau mguji kami mlbhi thap kmampuan kami ya Allah..alhamdulillah ya Allah..kami masih lg bnyawa pd hari ini ya Allah..kami bsyukur ya Allah..atas sgala nikmat yg dikurniakn kpd kami ya Allah..kpd sahabat2 yg berbuka hanya dgn air masak,atau kurma,bsyukurlah dgn rezeki kte..skurang2nye insyaAllah jika dipanjangkn lg usia kte,kte msh lg bleh mnikmati hdangan yg enak2 pd kees0kn harinya,ataupn brgkali mlm ini juga..tp sdarkah kte bhw msh rmai lg saudara2 kte d luar sne yg kurang bnasib baik..mreka nk mkan sbji kurma pn,ya Allah,sukar skali shbt2..bahkan ad yg x mkan hmpir sbulan..mcari air untk diminum pn susah..ya Allah..renungkn shbt2..maaf andai ad slah slp..ana juga insan biase..x lepas dr mlakukn ksilapan..pringatan untk dri sndri n para shbt insyaAllah..

Wallahualam..


Permalink
gravatar

Hadis:" Keaiban orang bukan modal berlawak "

Hadis:" Keaiban orang bukan modal berlawak "

RASULULLAH bersabda maksudnya : "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"

Hadis di atas mengingatkan umat Islam mengenai tata susila dan ketertiban ketika berbicara. Kita diingatkan tidak berbicara dengan mengarang cerita dusta untuk dijadikan bahan ketawa.

Contohnya, perbuatan seperti melawak, berjenaka atau bergurau senda memang boleh membuatkan seseorang itu ketawa. Ia dapat menggembirakan atau menggelikan hati orang lain.

Membuatkan orang lain senang hati termasuk dalam amal kebajikan. Rasulullah juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat Baginda.

Bergurau mempunyai adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
• Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah.
• Gurauan itu bukan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
• Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
• Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
• Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
• Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau pada waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
• Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
• Sesungguhnya Rasulullah apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

selawat~


Permalink
gravatar

Lawakkah???

Assalamualaikum... Wahai

sahabat² seagama denganku…

Tolonglah ambil masa 3 minit

untuk membaca note ini.... 3

Minit je, tak lama pun.. Kalau

lebih dua minit tu bukan

membaca la tu.. tapi

mengeja.. ;-) Mungkin ada yg

pernah baca kisah ni tapi tak

salah kalau kita ingatkan

sekali lagi.. Dengan Nama

ALLAH yg Maha Pemurah lagi

Maha Pengasih... Bayangkan

benda ini berlaku pada

anda..... Suatu hari pada masa

Sembahyang jumaat yang di

hadiri oleh lebih kurang 1,000

jemaah... tiba-tiba masuk dua

orang lelaki yang menutupi

seluruh tubuhnyer dgn pakaian

hitam.. tak nampak apa cuma

dua biji mata and membawa

mesin gun... lalu salah seorang

lelaki tu bertempik " "Sesiapa

yang sanggup MATI kerana

ALLAH sila berdiri di tempat

kamu" Selepas mendengar

amaran lelaki itu maka

segeralah bertempiaran lari

para jemaah itu utk

menyelamatkan diri....

daripada jumlah yang 1,000

tadi tu hanya tinggal lebih

kurang 20 orang sahaja yang

masih berdiri di tempat

masing-masing termasuk Pak

Imam tu... Lelaki yang

bertempik tadi segera

membuka tutup mukanya lalu

melihat ke arah Pak Imam

sambil berkata: "Ok Pak Imam,

saya dah halau SEMUA yang

hipokrit, sekarang bolehlah

Pak Imam mulakan sembahyang

Jumaat".... Lalu kedua lelaki

tersebut menyertai para jemaah....

Macammana.. adakah anda

rasa lawak dgn cerita di atas.

selain terhibur anda

Fikirkanlah... "Lawak kan, dari

1,000 org yg mengaku dia Islam

hanya 20 yg betul-betul

BERIMAN... " "Lawakkan

berapa banyak manusia yang

mudah lupakan ALLAH bila

menghadapi bahaya... kedua

lelaki hanya membawa mesin-

gun.. dia tak kata pun nak

bunuh.. tapi generasi skrang..

amat lemah.. baru kena ugut

terus lari lintang pukang.. lupa

yg dia tak sembahyang jumaat

lagi..." "Lawak, ada juga yang

agamanya cuma seminggu

sahaja.. tu pun bila time

sembahyang jumaat.. tunjuk

muka kat org kampung.. ada

tu lagi dashyat setahun 2 kali

aje.. bile time sembahyang

raya..." "Lawakkan, ramai

orang percaya kepada gosip

dan apa yang di tulis oleh surat

khabar daripada apa yang

tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg

percaya dunia hanya

sementara, akhirat adalah

tempat yang kekal, tapi

berlumba-lumba mengejar

dunia" "Lawak, kita boleh

bersembang dgn boyfriend

atau girlfriend berejam-rejam

tapi nak berdoa kepada ALLAH

alahai.. tak cukup masa.. Dan

lebih lawak lagi, bila kita boleh

post banyak thread atau note

yang berunsur lawak jenaka

dan lucah kesemua tempat tapi

merasa berat nak berkongsi

dan nak hantar artikel2 yang

berunsur agama Lawak kan???

Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..

berapa orang yang lepas baca

benda ni akan sampaikan kat

orang lain... berapa orang

yang akan buka thread ni

untuk luangkan masa

membaca? berapa banyak????

Wallahualam … Sebarkanlah....

Xperlu minta izin dah.copy n

paste je. :)


Permalink
gravatar

kalau Allah baik,kenapa diciptakan neraka????????

Pernah pada suatu masa dahulu seringkali saya terdengar orang-orangjahil bercakap dan mengatakan kalau tuhan itu baik kenapa adapeperangan di dunia ini? Kenapa buat neraka? Kenapa adanya hukuman? Danlain-lain persoalan yang sering berlegar dan begitu kerap diucapkanterutamanya dari golongan yang tidak percayakan tuhan iaitu "atheisme".Bahkan ada di kalangan umat Islam sendiri yang marah kepada Allah danmengatakan bahawa Allah itu tidak adil dan sebagainya (kisah benar yangsaya alami sendiri)

Ini adalah satu artikel yang amat menarik bagi diri saya. Semoga iaboleh dimanfaatkan dan dijadikan renungan serta muhasabah diri untukkita semua. Insyaallah...

Ini adalah kisah benar..kisah ini mengenai seorang gadis Melayu,beragama Islam, tetapi dirinya terlalu cetek mengenai pengetahuan danhokum-hukum tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yangmelaksanakan dasar Membangun Bersama Islam, kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaandan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premisberkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapakah jumlah denda yang akan dikenakan kepadapesalah sekiranya dia didapati melakukan kesalahan, tapi selalunyamereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jikadidapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnyadalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama denganpara pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untukmenyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan dendasemata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah sebuah lot premis perniagaan diPasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutupaurat. Maka dia pun didenda, setelah surat saman dihulurkan olehpegawai PBT, ustaz ini mula memberikan nasihat kepadanya. "lepas inidiharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan-peratura ini. Iabukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tetapi menutup auratini termasuk juga dalam perintah Allah s.w.t" Ringkasnya.. "kalau kitataat dengan segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmatdi syurga..kalau kita derhaka dan tidak mahu mematuhi perintah-Nya,takut nanti tidak sempat bertaubat. Di takuti kita ini bakal mendapatazab di neraka Allah. TuhanYang Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahukita dicampakkan ke dalam neraka"

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak."Kalau Tuhan itu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak bolehsediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin daritadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah lahati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosakakidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz itu pun menjawab"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sensangat gaji saya sekarang? Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerentin masuk syurgaMungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awaknak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berduajumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang diaterpinga-pinga dengan muka confused, ustaz itu pun menjelaskan "perkaramacam tadi akan berlaku kalau Allah s.w.t hanya menyediakan syurga.Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orangbaik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diujisebab semua orang akan lulus percuma. Pembunuh akan jumpa orang yangdibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yangterima hukuman. Sebab Tuhan itu baik. Adakah Tuhan macam ni yang kitanak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Ah! mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya "Adik, saya bagi nasihat Ini kerana kasihsesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.Sebab itulah neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yangderhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasaawak dah faham sekarang". Ustaz itu berkata lagi.. "Kita sedang diujisemasa hidup di dunia ini. Jasad kita bahkan segala-galanya milikAllah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah;semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kitadapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan dirikita juga".

Jadikanlah kisah ini sebagai renungan dan pemangkin untuk kita lebihdekat lagi dengan pencipta kita iaitu Allah s.w.t. Moga kita berolehrahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Insyaallah...


Permalink
gravatar

Waktu mustajabnya doa

1.Sblm sahur

2.Sblm bbuka

3.Slps wuduk

4.Slps solat

5.Slps mbaca Al-Quran

6.Slps ditimpa musibah

7.Ari Jumaat,slps khutbah ptame



3 keadaan/kedudukan doa:



1.terus mustajab

2.tangguh dahulu,kmudian makbul

3.pkenankan,tp di akhirat



~doa mstilah dgn pnuh khusyu' dan tawadhu'..



*note yg ringkas je...ilmu yg dpt dr tazkirah slps solat trawih


Permalink
gravatar

SATU GEREJA MEMELUK ISLAM

Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu
Biarpun Satu Ayat..."
Assalamualaikum wbt, Ada
seorang pemuda arab yang
baru saja menyelesaikan
bangku kuliahnya di Amerika.
Pemuda ini adalah salah
seorang yang diberi nikmat
oleh Allah berupa pendidikan
agama Islam bahkan ia mampu
mendalaminya. Selain belajar,
ia juga seorang juru dakwah
Islam. Ketika berada di
Amerika, ia berkenalan dengan
salah seorang Nasrani.
Hubungan mereka semakin
akrab, dengan harapan
semoga Allah SWT
memberinya hidayah masuk
Islam. Pada suatu hari mereka
berdua berjalan-jalan di sebuah
perkampungan di Amerika dan
melintas di dekat sebuah
gereja yang terdapat di
kampung tersebut. Temannya
itu meminta agar ia turut
masuk ke dalam gereja. Mula-
mula ia keberatan, namun
kerana desakan akhirnya
pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk
ke dalam gereja dan duduk di
salah satu bangku dengan
hening, sebagaimana
kebiasaan mereka. Ketika
pendeta masuk, mereka
serentak berdiri untuk
memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat
itu, si pendeta agak terbeliak
ketika melihat kepada para
hadirin dan berkata, "Di
tengah kita ada seorang
muslim. Aku harap ia keluar
dari sini." Pemuda arab itu
tidak bergerak dari tempatnya.
Pendeta tersebut
mengucapkan perkataan itu
berkali-kali, namun ia tetap
tidak bergerak dari tempatnya.
Hingga akhirnya pendeta itu
berkata, "Aku minta ia keluar
dari sini dan aku menjamin
keselamatannya. " Barulah
pemuda ini beranjak keluar. Di
ambang pintu, pemuda
bertanya kepada si pendeta,
"Bagaimana anda tahu bahawa
saya seorang muslim." Pendeta
itu menjawab, "Dari tanda
yang terdapat di wajahmu."
Kemudian ia beranjak hendak
keluar. Namun, pendeta ingin
memanfaatkan keberadaan
pemuda ini dengan
mengajukan beberapa
pertanyaan, tujuannya untuk
memalukan pemuda tersebut
dan sekaligus mengukuhkan
agamanya. Pemuda muslim
itupun menerima tentangan
debat tersebut. Pendeta
berkata, "Aku akan
mengajukan kepada anda 22
pertanyaan dan anda harus
menjawabnya dengan tepat."Si
pemuda tersenyum dan
berkata, "Silakan! Si
pendeta pun mulai bertanya, "
01. Sebutkan satu yang tiada
duanya, 02. dua yang tiada
tiganya, 03. tiga yang tiada
empatnya, 04. empat yang
tiada limanya, 05. lima yang
tiada enamnya, 06. enam yang
tiada tujuhnya, 07. tujuh yang
tiada lapannya, 08. lapan
yang tiada sembilannya, 09.
sembilan yang tiada
sepuluhnya, 10. sesuatu yang
tidak lebih dari sepuluh, 11.
sebelas yang tiada dua
belasnya, 12. dua belas yang
tiada tiga belasnya, 13. tiga
belas yang tiada empat
belasnya. 14. Sebutkan sesuatu
yang dapat bernafas namun
tidak mempunyai roh! 15. Apa
yang dimaksudkan dengan
kubur berjalan membawa
isinya? 16. Siapakah yang
berdusta namun masuk ke
dalam syurga? 17. Sebutkan
sesuatu yang diciptakan Allah
namun Dia tidak menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang
diciptakan Allah dengan tanpa
ayah dan ibu! 19. Siapakah
yang tercipta dari api, siapakah
yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari
api? 20. Siapakah yang tercipta
dari batu, siapakah yang
diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari
batu? 21. Sebutkan sesuatu
yang diciptakan Allah dan
dianggap besar! 22. Pohon
apakah yang mempunyai 12
ranting, setiap ranting
mempunyai 30 daun, setiap
daun mempunyai 5 buah, 3 di
bawah naungan dan dua di
bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan
tersebut, pemuda itu
tersenyum dengan keyakinan
kepada Allah. Setelah
membaca bismillah ia berkata,
1. Satu yang tiada duanya ialah
Allah SWT. 2. Dua yang tiada
tiganya ialah Malam dan Siang.
Allah SWT berfirman, "Dan
Kami jadikan malam dan siang
sebagai dua tanda (kebesaran
kami)." (Al-Isra': 12). 3. Tiga
yang tiada empatnya adalah
kesilapan yang dilakukan Nabi
Musa ketika Khidir
menenggelamkan sampan,
membunuh seorang anak kecil
dan ketika menegakkan
kembali dinding yang hampir
roboh. 4. Empat yang tiada
limanya adalah Taurat, Injil,
Zabur dan al-Qur'an. 5. Lima
yang tiada enamnya ialah Solat
lima waktu. 6. Enam yang tiada
tujuhnya ialah jumlah Hari
ketika Allah SWT menciptakan
makhluk. 7. Tujuh yang tiada
lapannya ialah Langit yang
tujuh lapis. Allah SWT
berfirman, "Yang telah
menciptakan tujuh langit
berlapis-lapis. Kamu sekali-kali
tidak melihat pada ciptaan
Rabb Yang Maha Pemurah
sesuatu yang tidak
seimbang." (Al-Mulk: 3). 8.
Lapan yang tiada
sembilannya ialah Malaikat
pemikul Arsy ar-Rahman. Allah
SWT berfirman, "Dan malaikat-
malaikat berada di penjuru-
penjuru langit. Dan pada hari
itu lapan orang malaikat
menjunjung 'Arsy Rabbmu di
atas (kepala) mereka." (Al-
Haqah: 17). 9. Sembilan yang
tiada sepuluhnya adalah
mu'jizat yang diberikan kepada
Nabi Musa 10.
Sesuatu yang tidak lebih dari
sepuluh ialah Kebaikan. Allah
SWT berfirman, "Barang siapa
yang berbuat kebaikan maka
untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160). 11.
Sebelas yang tiada dua
belasnya ialah jumlah Saudara-
Saudara Nabi Yusuf . 12. Dua
belas yang tiada tiga belasnya
ialah Mu'jizat Nabi Musa yang
terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa
memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, 'Pukullah
batu itu dengan tongkatmu.'
Lalu memancarlah daripadanya
dua belas mata air." (Al-
Baqarah: 60). 13. Tiga belas
yang tiada empat belasnya
ialah jumlah Saudara Nabi
Yusuf ditambah dengan ayah
dan ibunya. 14. Adapun sesuatu
yang bernafas namun tidak
mempunyai roh adalah waktu
Subuh. Allah SWT ber-firman,
"Dan waktu subuh apabila
fajarnya mulai menyingsing.
" (At-Takwir: 18). 15. Kubur
yang membawa isinya adalah
Ikan yang menelan Nabi Yunus
AS. 16. Mereka yang berdusta
namun masuk ke dalam syurga
adalah saudara-saudara Nabi
Yusuf , yakni ketika mereka
berkata kepada ayahnya,
"Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi
berlumba-lumba dan kami
tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia
dimakan serigala." Setelah
kedustaan terungkap, Yusuf
berkata kepada mereka, " tak
ada cercaan terhadap kamu
semua." Dan ayah mereka
Ya'qub brkata, "Aku akan
memohonkan ampun bagimu
kepada Rabbku. Sesungguhnya
Dialah Yang Maha Pengampun
lagi Maha
Penyayang." (Yusuf:98) 17.
Sesuatu yang diciptakan Allah
namun tidak Dia sukai adalah
suara keldai. Allah SWT
berfirman, "Sesungguhnya
seburuk-buruk suara adalah
suara keldai." (Luqman: 19).
18. Makhluk yang diciptakan
Allah tanpa bapa dan ibu
adalah Nabi Adam, Malaikat,
Unta Nabi Salih dan Kambing
Nabi Ibrahim. 19. Makhluk
yang diciptakan dari api adalah
Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang
terpelihara dari api adalah
Nabi Ibrahim. Allah SWT
berfirman, "Wahai api
dinginlah dan selamatkan
Ibrahim." (Al-Anbiya': 69). 20.
Makhluk yang terbuat dari
batu adalah Unta Nabi Salih,
yang diazab dengan batu
adalah tentera bergajah dan
yang terpelihara dari batu
adalah Ashabul Kahfi
(penghuni gua). 21. Sesuatu
yang diciptakan Allah dan
dianggap perkara besar adalah
Tipu Daya wanita, sebagaimana
firman Allah SWT?
"Sesungguhnya tipu daya kaum
wanita itu sangatlah
besar." (Yusuf: 28). 22. Adapun
pohon yang memiliki 12 ranting
setiap ranting mempunyai 30
daun, setiap daun mempunyai 5
buah, 3 di bawah teduhan dan
dua di bawah sinaran matahari
maknanya: Pohon adalah
Tahun, Ranting adalah Bulan,
Daun adalah Hari dan Buahnya
adalah Solat yang lima waktu,
Tiga dikerjakan di malam hari
dan Dua di siang hari. Pendeta
dan para hadirin merasa takjub
mendengar jawapan pemuda
muslim tersebut. Kemudian ia
pun mula hendak pergi. Namun
ia mengurungkan niatnya dan
meminta kepada pendeta agar
menjawab satu pertanyaan
saja. Permintaan ini disetujui
oleh pendeta. Pemuda ini
berkata, "Apakah kunci syurga
itu?" Mendengar pertanyaan
itu lidah pendeta menjadi kelu,
hatinya diselimuti keraguan
dan rupa wajahnya pun
berubah. Ia berusaha
menyembunyikan
kekhuatirannya, namun tidak
berhasil. Orang-orang yang
hadir di gereja itu terus
mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun ia
cuba mengelak. Mereka
berkata, "Anda telah
melontarkan 22 pertanyaan
kepadanya dan semuanya ia
jawab, sementara ia hanya
memberi cuma satu
pertanyaan namun anda tidak
mampu menjawabnya! "
Pendeta tersebut berkata,
"Sesungguhnya aku tahu jawapan
nya, namun aku takut kalian
marah." Mereka menjawab,
"Kami akan jamin keselamatan
anda. " Pendeta pun berkata,
"Jawapannya ialah: Asyhadu An
La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar
Rasulullah." Lantas pendeta
dan orang-orang yang hadir di
gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh Allah
telah menganugerahkan
kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan
seorang pemuda muslim yang
bertakwa.


Permalink
gravatar

Baca dan ambil iktibar...wahai putriku...

"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "Saya tak boleh hidup tanpa awak!"..."Saya sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Saya sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..

Itulah antara kata-kata yang indah yang selalu diungkapkan oleh wanita kepada teman lelaki mereka. Seolah-olah teman mereka yang menciptakan dan meniupkan roh ke dalam jiwa mereka. Kata-kata ini boleh menyebabkan menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas ianya berkalimah syahadah mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit hampir RM 100 sehari hanya nak 'topup' handphone untuk bermesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej2 mereka. Bayangkan kalau mereka menggunakan duit tersebut untuk di jalan Allah. Print artikel Islam. Pastu potostat banyak2. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang mereka dapat?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang best. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?. Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebigini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapa mereka yang telah membela mereka berbelas tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana Ibumu betapa seksanya selama 9 bulan mengandungkanmu, membawamu ke sana sini. Ayahmu pula tak henti2 keluar ke sana sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tidak ada rasa malukah kamu?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye.

Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari wanita lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum luaslah teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa pakaian. Ada yang beraksi telanjang. Ada yang beraksi kat taman-taman. Ada yang beraksi kat depan masjid!. Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone untuk buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tidak berguna. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak. Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan dah halau. Ingatkan nak pergi cari Allah. Pergi masuk masjid ambik wudhuk pi sembah Allah. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam anak tu!. Dia cuba sumbat dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek2 anjing!. Celakalah kau perempuan!. Dahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last2. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala2nya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang pastinya akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH2NYA!!!...SAKIT!.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kerana kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati2lah.

Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut yang Allah tidak menerimu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Wanita!. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kau syirik kepada Allah, kemudian kamu bertaubat!. Nescaya Allah menerima mu!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah kepadamu!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!.


Permalink
gravatar

kaki merupakan aurat ataupun tidak??

Aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak(pergelangan) tangan. Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil berikut;

Allah berkata,

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
An-Nur 24:31



Maksud ‘kecuali yang zahir’ dalam ayat ini sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak(prgelangan) tangan wanita.

Aisyah melaporkan,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”

Hadis direkodkan olah Abu Dawud.



Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.

Dalil lain yang menunjukkan dua kaki adalah aurat ialah hadis yang dilaporkan oleh Ummu Salamah. Dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w ,

Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung? Nabi s.a.w menjawab,


إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا
“Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.”

Hadis direkodkan oleh Abu Dawud.



Abu Dawud menyatakan sesetengah perawi hadis ini tidak menyebut ia daripada Rasulullah s.a.w tetapi dari Ummu Salamah sendiri.

Jika ia lafaz Ummu Salamah sekalipun, ia tetap menjadi dalil yang kuat memandangkan Ummu Salamah adalah isteri Rasulullah s.a.w. Sudah tentu Ummu Salamah mengamalkan perkara yang telah diketahui benar dari Rasulullah s.a.w itu sendiri.

Abu Dawud dan Al-Tirmizhi merekodkan hadis daripada Aisyah r.a yang mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w berkata,

لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ حَائِضٍ إِلَّا بِخِمَارٍ
“Allah tidak menerima solat wanita yang telah haid kecuali dengan mengenakan tudung”.



Hadis ini menunjukkan wanita yang telah baligh wajib menutup seluruh kepalanya ketika mahu solat.

Imam Tirmizi mengulas hadis ini di dalam Jami’nya (kitab karya beliau), “Apabila wanita yang telah baligh dan mukallaf melakukan solat dan ada bahagian rambutnya terdedah, maka solatnya dianggap tidak sah”.

Berdasarkan rasional yang telah dikemukakan, adalah jelas aurat wanita ketika solat ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak(prgelangan) tangan. Fuqaha’ sepakat menyatakan demikian kecuali kaki, ada fuqaha’ yang mengatakan ia dimaafkan jika terbuka.

Rasional pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat ialah,

“Menutup dua kaki semasa solat adalah disunatkan (digalakkan) serta bukan kewajipan yang tiada tawaran (rukhsah). Ini adalah kerana dua kaki bukan aurat yang wajib ditutup. Takwilan seperti ini dikuatkan oleh sebab adanya keperluan wanita membuka kedua kaki jika wanita berjalan. Sekiranya mereka menutup kaki, maka keadaan itu akan menyusahkan. Disamping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarik bagi lelaki ketika dia melihat kakinya, tidak seperti ketika melihat wajahnya. Kalau wajah sahaja bukan aurat, walhal ia lebih banyak menjadi daya penarik lelaki, maka apatah lagi kaki. Justeru itu, kaki bukanlah aurat wanita”.



Secara peribadi, saya melihat hujah yang mengatakan kaki bukan aurat agak lemah dibandingkan dengan hadis-hadis yang telah dinyatakan di atas. Hujah yang digunakan lebih kepada logik akal. Sedangkan logik akal bila bertembung dengan nas, maka nas perlu diutamakan.

Berapa banyak perkara agama yang tidak boleh disandarkan kepada logik akal semata-mata disebabkan terbatasnya akal manusia untuk berfikir. Alasan sukar berjalan jika menutup kaki tidak boleh lagi dipakai pada zaman sekarang. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi moden semakin berkembang, wanita masih boleh memakai stokin yang pelbagai fesyen sekarang.

Saya pernah membaca kisah seorang wanita yang meremehkan menutup kaki semasa menunaikan haji. Banyaklah rungutannya akibat terpaksa memakai stokin, lebih-lebih lagi ketika stokinnya basah terkena air. Akibatnya dia ditimpa bala oleh Allah swt. Setelah sedar punca bala tersebut, wanita itu bersungguh-sungguh menjaga aurat kakinya.

Mengambil iktibar dari kisah wanita itu, saya sendiri memakai stokin ketika riadah di taman tema air. Taman tema air seperti di Gambang Water Park, Bukit Merah dan The Lost World of Tambun merupakan kawasan umum yang mencampur aduk lelaki dan wanita. Jadi pilihan yang ada ialah tetap memelihara aurat kaki. Biar stokin dibasahi air asalkan diri tidak dibasahi dosa.


Permalink
gravatar

Bahaya Tidur Selepas Subuh

Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)


Permalink
gravatar

Cinta Maha Tinggi

Hemburan pasir yang beralun menari mengikut rentak angin, dengan lingkaran yang terhasil mencorakkan pemandangan yang indah di padang pasir yang gersang. Butiran pasir yang halus dengan jumlahnya yang maha banyak tidak mampu menandingi jumlah bintang di alam semesta. Siang itu berbeza dengan hari-hari yang lain, kehangatan yang dirasa membayangkan dahsyatnya kepanasan api neraka kelak.Angin dingin yang berhijrah melalui padang pasir beralun dengan lembut menyamankan suasana terang siang waktu itu. Tangisan teriakan seorang insan yang baru lahir ke dunia memecahkan suasana tenang malam itu. Satu suara tangisan yang ditunggu-tunggu selama ini. Tangisan si kecil disahut dengan suara tangisan kesyukuran lelaki tua yang telah lama menginginkan kedatangan anak yang dicintainya.

"Alhamdulillah Ya Allah, aku bersyukur padaMu Ya Allah atas zuriat yang Engkau kurniakan kepada kami, terima kasih kerana mendengar dan mengabulkan doa kami ini Ya Allah, Engkau la Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki, jadikanlah anak ini anak yang soleh dan beriman hanya padaMu, jadikan dia seorang yang sentiasa tabah dan sabar menempuh kehidupan ini Ya Allah." Kegembiraan yang tak terhingga masuk memenuhi relung-relung hati lelaki tua itu. Air mata kegembiraan keluar jatuh meleleh menelusuri kedua pipinya.Lelaki tua itu terus menerus melaungkan pujian kepada Yang Satu. Sujud syukur terus ditundukkan sebagai lambang syukur atas kurnia yang diberikan. Si isteri hanya tersenyum lemah melihat kegembiraan suaminya atas hajat yang dipenuhi oleh Allah Azza Wajalla.

"Bagaimana keadaanmu isteriku, kamu kelihatan sangat lemah, semoga Allah berikan kekuatan kepadamu wahai kesayanganku" Si suami duduk disamping isterinya yang sedang memeluk erat zuriat kurniaan Illahi. Tangisan si suami yang mengalir manuruni pipi dikesatnya berulang kali.

"Aku dalam keadaan baik, tidak perlu pedulikan diriku dulu, bersihkanlah tubuh si kecil ini, aku masih mampu bertahan suamiku" Dengan suara lemah mendayu-dayu si isteri memperlihatkan cintanya kepada anak tunggal kurniaan Yang Maha Kuasa. Pengorbanan mengandungkan anaknya itu tidak terasa tatkala melihat wajah anaknya itu lahir kedunia, tangisan si anak menghapuskan segala kesakitan yang dialaminya, namun si isteri masih terbaring lemah di tempat tidurnya. Si anak masih terus zahirkan tangisanya sambil digendong oleh si ayah dengan penuh kasih sayang.



Hari berganti hari, kegembiraan hari-hari yang berlalu terasa amat indah dalam keluarga pemuda tua itu. Namun pada suatu hari lelaki tua itu mengajak isteri kesayangannya keluar dari rumah yang sederhana binaannya untuk berhijrah ke satu tempat. Suara si suami agak berlainan dari kebiasaanya, namun, sambil menggendong anak yang baru mula membesar dan masih dalam usaha melangkahkan kaki dengan sendirinya, si isteri turuti kemahuan suaminya itu. Si suami menyediakan bekal yang hanya berisi kurma dan membawa satu bejana air sebagai bekalan dalam perjalanan.

Sepanjang perjalanan si suami hanya diam membisu sambil mencari-cari sesuatu dibalik padang pasir yang luas. Anak yang dalam pelukannya terus menerus diusapnya dengan penuh kasih sayang. Si isteri hanya diam kehairanan melihat tingkah laku suaminya itu.

"itu dia..di situ..mari isteriku.." Sambil menuding ke sebatang pohon kurma, si suami segera menghala ke sana.

"ada apa di sana suamiku, kita mahu ke mana sebenarnya" Si isteri akhirnya bersuara tatkala si suami memberikan reaksi selepas sepanjang perjalanan hanya diam membisu.

"ikut sahaja dulu ya isteriku, semoga kamu termasuk dalam kalangan orang-orang yang sabar" Si suami mengajak isterinya dengan nada kasih sayang sambil menatap isterinya dengan penuh cinta. Anak di pelukan terus dipegang erat dengan ikatan kasih sayang.

"baiklah isteriku..kamu berehat la disini..tolong jaga anak kita..aku ada urusan yang perlu dilaksanakan"

Sambil menghulurkan anak di pelukan si suami menyatakan dengan nampak kepada isterinya. Si isteri terkejut dengan apa yang dituturkan suaminya itu. Bermain-main dalam benaknya adakah si suami hendak meninggalkan mereka bedua di tanah yang gersang yang hanya berbekalkan kurma serta bejana air yang dibawa.

"wahai suamiku, kemana kamu mahu pergi..adakah kamu mahu tinggalkan kami berdua padahal di lembah ini tidak terdapat seorang pun di kawasan ini." Si suami hanya diam membisu sambil mulakan langkah meninggalkan mereka berdua. Tanpa melihat ke belakang si suami terus mengorak langkahnya walau di dalam hati siapa yang tahu. Air matanya yang mula mengalir di tahan agar tidak menzahirkan kesedihannya.

"wahai suamiku, apa semua ini, sanggupkah kamu tinggalkan anak kita yang kecil ini sedangkan kamu mahu pergi jauh dari kami, tolong katakan wahai suamiku." Tangisan mula mengalir membasahi kelopak mata si isteri. Si suami hanya berdesit di dalam hati.:

maafkan aku isteriku, aku ada amanah yang harus dilaksanakan bagi memnuhi seruan Illahi. Semoga Allah menjaga kalian berdua dan semoga kita dipanjangkan umur unutk kita bertemu lagi. Aku sayang kalian berdua, namun sayang kepada Yang Satu lebih tinggi dari kalian.

"wahai suamiku, adakah ini perintah dari Allah untuk kamu pergi ke tempat itu, jika ya, kami rela suamiku."

Si suami terus menoleh dan memeluk isterinya dengan tangisan mengalir di matanya.

"ya isteriku, aku ada amanah yang perlu dilaksanakan, tolong jaga anak kita dengan penuh kasih sayang, asuhla dia menjadi insan yang dekat dengan penciptanya, jika dengan izin Allah, kita akan bertemu lagi suatu hari nanti isteriku" Tangisan yang cuba ditahan akhirnya mengalah dengan kepribadian isternya.

"Jangan bimbang suamiku, kami yakin Allah tidak akan membiarkan kami, pergilah laksanakan amanah dari Illahi,kamu akan mendapati kami termasuk dari orang-orang yang sabar." Sambil si isteri mengesat tangisan suaminya, si isteri terus menatap wajah suaminya itu. Bermain dalam hatinya kapan lagi dia akan bertemu dengan suaminya itu.

"tataplah wajah anakmu ini suamiku, akan aku jadikannya seperti ayahnya yang meletakkan cinta tertinggi hanya padaNya, pergilah laksanakan perintahNya dengan yakin dan sabar."

"terima kasih isteriku, semoga Allah sentiasa menjaga kalian berdua."

Dalam kejauhan si isteri terus memerhatikan susuk tubuh suaminya yang makin kabur dari pandangannya. Hemburan pasir umpama kabus yang melesapkan suaminya dari pandangan. Si isteri terus memohon kepada Allah dalam hatinya agar sentiasa memberikan pelindungan kepada suaminya. Matanya menatap anak kesayangannya. Tangisan tiba-tiba mengalir dari matanya yang berpunca dari hatinya yang memikirkan nasib anaknya yang masih kecil. Dalam kalbunya terus bermain dengan perasaan akan peninggalan suaminya, sering bermain di fikirannya adakah ini kali terakhir dia akan melihat suaminya. Bagaimana pula dengan si anak jika membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Namun kebergantungan kepada Allah mengatasi segalanya, si isteri terus tegar mengharungi ujian yang diturunkan kepadanya. Dalam hatinya sudah bulat memohon perlindungan kepada Yang Maha Penyayang.



"Ibu..ayah mana ibu..bila ayah akan pulang ibu" Suara si anak yang sudah semakin membesar dibalas dengan senyuman dari si ibu. Pertanyaan yang hampir setiap hari dituju kepadanya. Walau kesedihan sering bergolak di hatinya, namun tidak dizahirkannya.

"Ayahmu pergi laksanakan perintah Allah anakku, perintah yang suci dalam memenuhi seruan Illahi, sabarlah ya anakku, ayah pasti akan datang semula untuk berjumpa dengan kamu." Si ibu sering memberi kata-kata harapan kepada si anak walau si ibu sendiri tidak tahu kondisi suaminya saat ini. Namun dia sering bermunajat memohon kepada Allah siang malam agar keselamatan sering mengiringi suaminya.

"Ayah mesti seorang yang hebat kan ibu, besar nanti aku mahu jadi seperti ayah yang sanggup berjuang demi menegakkan seruan illahi..boleh kan ibu.."Suara keriangan kanak-kanak namun disertai dengan semangat yang berkobar-kobar sering mengubat hati ibunya.

"iya..iya..insyaAllah..anak ibu pasti mampu menjadi seperti ayahnya, bahkan lebih hebat lagi"

"mana boleh ibu..ayah mesti lebih hebat..aku jadi kedua hebat..nanti bila ayah dah balik..aku mahu bersama-sama ayah berjuang di jalan Allah...baiklah ibu..aku mahu pergi main memanah dulu ya ibu..aku sayang ibu"

"iya..iya..semangatnya anak ibu ni..semoga Allah sentiasa menjagamu anakku..ibu juga sayang padamu..main hati-hati ya"

"baik..jangan risau..mahu jadi hebat kena berlatih dari sekarang ibu..kawan-kawan dah menunggu tu ibu.." Si anak dengan girang berlari meluru kawasan permainannya. Si ibu terbayang waktu dia ditinggalkan bersama anaknya di tempat ini. Sekarang sudah menjadi kota yang maju selepas peristiwa air yang memancut keluar dari tanah bawah kaki anaknya pada masa dahulu. Air yang menjadi sumber harian membuat tempat ini menjadi satu kota yang sering dikunjung orang ramai. Si isteri terbayang wajah suaminya yang sudah bertahun-tahun tidak ketemu. Kesedihan menyelubungi hati si isteri, air mata mengalir tanpa disedari.

"ibu..ibu menangis ka ibu" Si anak tiba-tiba menergah mengejutkan si ibu dari lamunan.

"eh..tidak la..ada pasir masuk di mata ibu ni..yang kamu pula ni..sudah habis main ka" Si ibu cuba sembunyikan kesedihan dihadapan anaknya itu.

"tidak la..belum mula lagipun..busur tertinggal tadi..mata ibu dah baik belum..mari aku tiupkan"

"sudah baik..dah..pergilah main..kesian kawan-kawan tunggu tu.."

"baik la ibu..gerak dulu.."Si ibu mengesat air matanya sambil menatap anaknya dari kejauhan, seperti

menatap suaminya dahulu. Tiba-tiba susuk tubuh suaminya kelihatan samar di balik hembusan pasir berdekatan dengan kawasan permainan anaknya. Si isteri menggosok matanya untuk pastikan adakah ini hanya lamunan semata-mata. Hati si isteri mula berbunga-bunga tatkala melihat susuk tubuh itu dari kejauhan.

Benarkah itu suamiku. Adakah dia lelaki yang selama ini aku tunggu kepulangannya.

"maaf paci..aku tidak sengaja tadi..kawan aku tadi yang mengganggu perhatian aku..itu la sasaran agak jauh tersasar lalu terkena paci pula."

"tidak mengapa hai anak kecil..nasib baik panahnya hanya kayu biasa..paci baik-baik sahaja."

"hehe..baikla paci..aku mahu sambung main dulu ya..maaf lagi sekali..assalamu'alaikum paci."

"wa'alaikumsalam warahmatullah" Lelaki itu berlalu menghala kearah ibu anak tersebut. Si ibu makin berdebar hatinya, mata yang kurang jelas membuatkan si ibu tidak mampu memastikan wajah sebenar lelaki itu. Lelaki itu makin menghampiri tempat si ibu.

Astaghfirullah..bukan rupanya..susuk tubuhnya agak sama rupanya..tapi aku yakin itu bukan dia..Maafkan hambaMu ini Ya Allah.





Masa berlalu dari hari ke hari, minggu ke minggu, bahkan tahun ke tahun. Penantian tetap tabah diharungi dengan penuh kesabaran. Malam dan siang yang silih berganti menemani perjalanan kehidupan si ibu bersama anaknya.

"kamu mahu pergi kemana malam-malam ini anakku" Si ibu yang keluar dari biliknya mengejutkan anaknya yang kini meningkat dewasa.

"owh..minta maaf ibu..aku fikir ibu sudah tidur tadi..aku hanya mahu mengambil udara di luar ibu."

"owh..ada apa yang mengusarkan hatimu anakku." Seorang ibu yang mempunyai naluri membaca perasaan yang bermain di hati anaknya.

"tidak apa-apa ibu..sekadar menghirup udara nyaman di luar."

"kamu teringat akan ayahmu? Sabarlah anakku..sesungguhnya ini semua ujian dari Allah. Jika Allah mengkehendaki kita bertemu dengannya, pasti kita mampu dengan izinnya."

"aku rindu ayah ibu..aku ingin menatap wajah ayah yang menggendongku di kala kecil, yang mengusapku di kalaku menangis, walau ketika itu aku hanya anak yang kecil, namun kasih sayang ayah masih dapat kurasa sehingga sekarang ibuku, Setiap malam aku merintih kepada Allah agar pertemukan aku dengan ayah. Aku rindu kepadanya ibu." Pemuda gagah yang mempunyai hati yang bersih mudah menangis atas kelembutan hatinya.

"sabarlah anakku..ibu juga rindu dengan ayahmu.. teguhkan kesabaranmu anakku..tabahkan hatimu mengharungi semua ini..ibu sendiri tidak tahu sempat ka tidak ibu bertemu semula dengan ayahmu, kita serahkan semua pada Allah.. Dia lah yang mengatur segala urusan. teruskan berdoa anakku" Ibu terus mendakap anaknya sambil mengesat air mata anaknya sepertimana si ibu pernah mengesat air mata suaminya dahulu.

Malam itu menguatkan lagi ketabahan dan kesabaran si anak mengharungi ujian Allah. Ibadat dan doa terus ditingkatkan sebagai lambang cinta kepada Allah. Si anak tertidur di tempat ibadat selesai berdoa memohon kepada Yang Maha Melihat. Si ibu perhatikan anak kesayangannya itu.

Malam sunyi di luar dipayungi langit yang dihiasi dengan bintang-bintang yang gemerlapan. Kedinginan pada waktu malam jauh berbeza suhunya di kala siang. Langkahan tapak seorang lelaki tua memecah lingkaran angin malam. Lelaki tua itu menuju ke sebuah rumah.

'tuk..tuk..tuk.." lelaki tua itu mengetuk pintu rumah tersebut.

"tul..tuk..tuk.." kali kedua diketuknya lebih perlahan berbanding yang pertama.

"tuk..tuk..tuk.." kali ketiga hanya sekadar bunyian halus yang menambah seri irama angin malam.

**********************************************

Keesokan paginya, alangkah terkejutnya si anak melihat ada seorang lelaki tua yang tidur dihadapan pintu rumahnya. Dia mengejutkan lelaki tua itu dengan kelembutan disertakan suara yang halus lembut.

"paci..bangun..paci..ada apa boleh aku bantu?" Lelaki tua itu bangkit dari tidurnya lalu menatap wajah pemuda di hadapannya.

"ada apa anakku..siapa yang datang ke rumah.." Si ibu melulu ke muka pintu selepas mendengar anaknya berbicara dengan seseorang. Alangkah terkejutnya si ibu tatkala melihat suaminya berdiri di hadapan pintu.

"suamiku..akhirnya kamu pulang suamiku..lama kami menunggumu suamiku..anakku..itu ayahmu nak.." Si ibu terus menangis kegembiraan berjumpa insan yang selama ini dinantikan.

"Ayah..ayah ka ni..kemana ayah menghilang ayah..ayah tahu tak betapa aku rindukan ayah..jangan lagi pergi meniggalkan kami ayah.." Si anak terus memeluk tubuh tua ayahnya itu. Si anak terus mengeratkan lagi pelukannya sambil tangisan terus membasahi pundak ayahnya.

"maafkan ayah anakku.." Si ibu hanya melihat dahulu si anak bersama ayahnya beramah mesra dalam pelukan kerinduan sambil mengucapakan kesyukuran kepada Allah.

"kemari isteriku, maafkan aku kerana pergi terlalu lama isteriku, aku rindu kalian berdua, syukur kepada Allah yang mempertemukan kita sekeluarga selepas lama terpisah.."Si isteri terus mendakap kedua lelaki kesayanganya itu dalam keadaan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

"baiklah kalian berdua..aku ingin berehat sebentar..selepas ini banyak lagi masa kita akan bersama.."

"terima kasih Ya Allah kerana memperkenankan doaku untuk bertemu dengan ayahku..sesungguhnya Engkau la Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang." si anak memanjatkan kesyukuran kepada Rabbul 'Izzati.sambil mengesat air matanya.

"sudah la isteriku..hentikan tangisan itu..aku tahu apa yang kamu rasakan selama ini..sesungguhnya kamu memang orang yang sabar" Si suami mengesat air mata isterinya yang mengalir tiada hentinya.

Si isteri terus bertasbih memuji Allah dalam tangisannya. Tidak dapat digambarkan kerinduan yang terubat setelah sekian lama menahan sebak di dada. Si isteri menarik nafas agar kembali tenang mengawal emosinya.

"ayah..mengapa ayah tidur di luar semalam..kenapa tidak ketuk sahaja pintu sehingga kami bukakan untukmu"

Suara si anak yang masih berbau serak kesedihan cuba menceriakan semula keadaan.

"aku takut mengejutkan kalian berdua yang sedang tidur, tidak mengapa, perkara biasa bagi ayah." Keluhuran pribadi si ayah menggamit kembali tangisan si isteri dan anak. Itulah pagi yang paling bermakna dalam kehidupan keluarga tersebut.

*********************************************

Setiap kesedihan bakal dihiasi dengan kegembiraan, namun setiap kegembiraan juga pasti disusuli dengan kesedihan. Suatu malam yang dihiasi bulan purnama. Si ayah yang tidur bersama anaknya terkejut dan terbangun dari lenanya.

Apakah benar mimpi yang aku alami ini Ya Allah..berilah aku petunjuk Ya Allah

Si ayah mengalami mimpi yang sama selama 3 hari berturut, lalu bangun la si ayah pada malan ketiga lantas berdoa memohon petunjuk Yang Maha Mengetahui.

Jika benar mimpiku ini Ya Allah, Jika benar ia suruhan dari Mu, aka aku laksanakan untukMu Ya Allah..Aku cinta pada Mu lebih dari segalanya..Cintailah aku sebagai hambamu yang ingin mencintaimu.

Si ayah terus bermunajat dengan Allah dan tanpa disedari si anak bangun lalu melihat si ayah sedang menangis merintih di malam yang sepi.

"ada apa ayah..apa yang membuatmu bersedih ayahku." Si anak gerak menuju kepada ayahnya bagi berkongsi rintihan ayahnya.Si ayah lalu menatap wajah anaknya itu lalu dipeluk seeranya anak kesayangannya itu.

"wahai anak kesayanganku, sesungguhnya! sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku akan menyembelihmu anakku..maka fikirkanlah apa pendapatmu anakku" Si ayah yang baru berapa tahun berkumpul semula dengan keluarganya diberikan satu ujian yang amat berat. Satu ujian yang bakal menguji keimanan dan pengorbanan yang tertinggi. Tangisan kasih sayang terus mengalir membasahi bumi.

"wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu, insyaAllah ayah akan mendapati aku termasuk dalam orang-orang yang sabar." Si Ayah terus memeluk anaknya yang sabar menerima ujian dari Allah.

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan anak yang soleh dan penuh dengan kesabaran, sesungguhnya kami semua milikMu, dan kepada Engakau la kami akan kembali. Tabahkan la hatiku dalm ujian ini Ya Allah. Sesunggunya kepadaMu la cinta yang hakiki.

"Semoga kita berada dalam redhaNya anakku, insyaAllah kita akan laksanakan perintah dari Allah pada esok pagi, semoga kita tabah dan ikhlas hadapi semua ini anakku" Malam itu mengungkap seribu makna kehidupan yang selama ini dilalui. Si anak yang sudah lama menantikan kepulangan ayahnya kini akan berpisah semula. Si ayah pula yang sudah terlalu lama menantikan kelahiran anak kesayangannya itu kini bakal berpisah buat selamanya. Malam itu, kedua hamba Allah itu tunduk sujud kepada Yang Maha Hidup dan terus beribadat kepada Pencipta Alam Raya.

**********************************************************

Keheningan pagi itu seperti beralun mengikut rentak kesedihan si ayah dan anaknya. Sepanjang malam kedua lelaki itu bermunajat ibadat kepada Yang Maha Esa. Namun kesedihan disembunyikan di hadapan si ibu tatkala keluar dari bilik.

"Ibu..kami hendak pergi bersiar-siar dahulu ya ibu..sesungguhnya aku sangat sayangkan ibu..semoga ibu sentiasa dalam rahmat Allah." Si anak cuba meluahkan perasaan kepada ibu tercinta tanpa menzahirkan kesedihan yang bakal melihat ibunya buat kali terakhir.

"kamu mahu kemana anakku..jangan lama sangat ya..ibu juga sentiasa sayang kamu berdua." Si ibu hanya membalas kehairanan akan tingkah laku kedua lelaki yang ibarat kedua belah tangan baginya.

"baik ibu..semoga berjumpa lagi ya ibu.." Si anak mencium tangan ibunya dengan penuh kasih sayang. Tangan ibu yang telah menggendongnya di waktu kecil, tangan yang menyuap makanan masuk ke dalam mulutnya, tangan yang tidak kenal erti penat lelah menjaga dirinya serta tangan yang sering mengusapnya di kala dilanda kesedihan. Si anak memegang erat tangan ibunya sambil menatap wajah ibunya yang dicintai.

"dah la tu anakku..kita sudah lambat ingin bersiar bersama..insyaAllah kalian akan bertemu kembali juga..mari anakku."

kalian akan bertemu di syurga kelak atas janji yang telah ditetapkanNya. Moga-moga kita termasuk dalam kalangan orang yang benar-benar sabar dalam ujian ini.

"baiklah ibu..kami pergi dulu ya ibu..semoga ketemu lagi..assalamu'alaikum" Si anak berlalu pergi selepas tangan yang menggenggam tangan ibunya dilepaskan secara perlahan. Si ibu hanya diam seribu suara walau di hati mampu membaca apa di balik semua itu. Si ibu hanya menatap kedua insan yang disayanginya berlalu meninggalkan rumah. Lambaian si anak dibalas dengan penuh kemesraan.

*****************************************************

Langkahan kaki memecahkan aliran angin yang bertiup sayu pagi itu. Pegangan tangan yang erat terus digenggam kedua lelaki yang meletakkan cinta tertinggi pada Yang Satu. Suara si anak memecahkan suasana suram dalam perjalanan.

"Ayah..mari kita laksanakan perintahnya di atas bukit sana..agar ibu tidak sedar akan apa yang kita lakukan.." Si ayah hanya mengangguk bersyukur mendapat anak yang sebegini sabar tingkatannya.

"Anakku..ikhlas hati hanya padaNya..moga ini menjadi bukti buat kita berdua..kerana Cinta Yang Maha Tinggi hanya layak diberikan kepadaNya.."

Kedua lelaki itu berlalu melalui padang pasir. Masa-masa yang tinggal terus dimanfaatkan bersama. Bibir yang tidak henti memuja Allah Yang Esa terus direntakkan.

"situ ayah.." Si anak menuding kepada sebuah batu rata yang besar. Lalu si anak terus berjalan menuju ke arah batu itu dan membaringkan tubuh sucinya itu. Pakaian atas dibukanya serta merta.

"tolong alihkan baju aku ayah..aku tidak mahu darah yang mengalir mengenai bajuku..aku takut ibu akan bersedih hati ayahku." Si anak dengan sabar bersedia melaksanakan perintah dari Allah.

"baiklah anakku..Ya Allah..Saksikanlah hambaMu ini tunduk patuh kepada perintahMu. Walau cintaku kepada anakku amat tinggi namun Cinta Yang Maha Tinggi hanya untukMu wahai Tuhanku..akan ku buktikan kecintaan dunia tidak menyaingi kecintaan ku padaMu..Engkau lah yang aku cinta selamanya. Engkau la cinta yang hakiki.. ALLAHUAKBAR.." Si Ayah terus meletakkan pisau di leher anaknya untuk terus melaksanakan perintah Yang Maha Agung.

"CUKUP WAHAI IBRAHIM..SUNGGUH..KAMU TELAH MEMBENARKAN MIMPIMU ITU..SESUNGGUHNYA INI MERUPAKAN UJIAN YANG NYATA BAGIMU"

Suara Yang Maha Dahsyat kedengaran menghentikan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya. Tangisan yang mengalir di matanya terus dialihkan ke tempat pembaringan anaknya. Alangkah terkejut pabila melihat tempat anaknya diganti dengan satu haiwan sembelihan yang besar.

"aku di sini ayahku" Nabi Ismail berdiri gagah di belakang ayahnya.

"Alhamdulillah Ya Rahman..terima kasih atas segala pemberian yang telah Engkau berikan kepada kami..sesungguhnya Engkau la yang kami cintai lebih dari segalanya..terimalah amalan kami Ya Allah.." Si ayah terus menangis kesyukuran memanjatkan kepada Illahi. Nabi Ismail terus memeluk ayahnya dengan penuh kasih sayang.

"semoga kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang sentiasa sabar akan ujianNya." Kedua hamba Allah yang dijanjikan syurga baginya atas pengorbanan dalam melaksanakan perintah yang amat berat.

******************************** TAMAT ***************************

Saudara dan saudari sekalian..salam sejahtera keatas baginda Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail..moga pengorbanan yang Maha Tinggi meletakkan mereka dalam kalangan orang yang mendapat janji rahmat dari Illahi. Bagaima puala dengan kita..setakat manakah pengorbanan yang telah kita persembahkan kepada Allah. Berapa banyak lagi cinta yang kita dahulukan melebihi cinta kita kepada Allah. Mengapa sering kita ragu-ragu dalam meletakkan Allah tempat tertinggi di hati kita. Berepa sering kita beribadat bukan kerana cinta kita kepadaNya yang telah memberikan kita nikmat yang terus menerus kita ingkari. Berapa banyak dosa yang kau lakukan setelah segala nikmat yang banyak yang telah diberikan kepadamu. Mengapa berat untuk kau berkorban bagi mencari cintaNya. Kemana kau bawa hidupmu selama ini. Tidak kah kau yakin akan pertemuan denganNya kelak. Adakah kau ragu akan segala tingkah laku yang bakal dihisab dan dibalas di akhirat kelak. Tunduk taubatlah kepada Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Luas nikmatNya. Janganlah lagi sering kita meletakkan cinta dunia di hati kita. Beribadatlah kau dengan ikhlas sebagai lambang cintamu kepadaNya.bukan hanya sekadar amalan yang berlalu ringan sahaja, bukan amalan hanya sekadar ikutan sahaja, bukan amalan hanya kerana takur akan nerakanya, atau amalan kerana mengaharapkan syurganya, beramal-lah kamu kerana cintamu kepadaNya sebagai seorang hamba yang hina dihadapanNya. Semoga kita sentiasa berada dalam redha dan kasihNya. Moga kita akan mencintai Allah Tuhan Alam Semesta melebihi segalanya agar kita mendapat cinta dariNya. Amin Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salam, Ya A'lim, Ya Sami', Ya Hadid, Ya Allah, Ya Allah. Terimalah segala amalan kami ya Allah. Jadikanlah kami hamba yang sentiasa mencintaimu, yang sering takut melanggar laranganMu dan yang sentiasa berjuang melaksanakn perintahMu sebagai lambang cinta kamu kepadaMu. Al- Fatihah........................................

*perjalanan kisah diatas hanya sekadar menghidupkan suatu kisah agar kita lebih mengahyati kisah tersbut. Moga buat kebaikan kita bersam..InsyaAllah Ta'ala.."


Permalink

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time