Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..

Archives

gravatar

Keistimewaan Seorang Isteri

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak..
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak..ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu .
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


*prkongsian dr seorg shbt n_n >> hafizi berhan


Permalink
gravatar

Terus Berdarah

www.iluvislam.com
Oleh: ameenalif
Editor : everjihad

“Sejak bila kamu merasakan ini adalah tindakan yang betul,akhi?”. Aazad memandang ke dalam mata Abbas sahabatnya.

“Sejak bila?”. Abbas memandang tepat ke langit.

“Kamu berdiam tidak akan menyelesaikan apa-apa akhi”. Abbas mengalih pandangan dari langit kepada Aazad. Menarik nafas dalam-dalam.

“Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?”.

“Adakah kamu sudah tetap pendirian?”.

“Setelah kamu berazam, maka bertawakallah (Ali Imran 3:159) ”.

“Jaga akhi,mungkin sahaja kamu memahamnya dengan salah…”.

“Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku”.

----------------------------//---------------------------------

Sudah dua minggu tiada perkhabaran daripada Abbas. Seusai menunaikan solat Isya’, Aazad bermalas-malas di hadapan televisyen. Alat kawalan sudah berada di dalam tangan dan 'beep….' t.v dihidupkan. Sekarang belum lepas jam 9, jadi hanya siaran berita yang menjadi santapan untuk Aazad. Aazad menatap kosong kaca t.v Berita-berita yang tersiar tidak sedikit menarik minatnya. Aazad berbaring. T.v masih dihidupkan. merenung kipas syiling yang berputar malas-malas.

“Berita tergempar, kami baru mendapat berita yang kediaman rasmi wakil kedutaan Amerika Syarikat telah diceroboh seorang pemuda yang membawa bersama-samanya sejumlah besar bahan letupan. Menurut pegawai polis yang berada di kawasan kejadian, melaporkan penceroboh itu tidak ingin berunding tetapi hanya mahu satu siaran langsung dari kediaman wakil kedutaan itu mengenai kejadian yang berlaku sekarang disiarkan di setiap kaca televisyen. Walaubagaimanapun, pihak polis masih sedang berusaha”.

Aazad terbangun dari baring. Matanya tepat memandang kaca t.v.

“Allahu, Abbas apakah engkau disebalik semua ini?”.

Alat kawalan dicapai dan cepat-cepat Aazad menukar ke siaran lain jika ada berita lanjut mengenai kejadian itu. Ditukarnya pantas-pantas. Dia ingin lihat jika ada siaran televisyen yang memaparkan lakaran wajah ‘suspek’. Jarinya berhenti memicit punat alat kawalan bila terpandang satu lakaran wajah.

“Ya, Allah, Abbas…”. Aazad dengan pantas memakai jaket dan keluar.

----------------------------//---------------------------------

“Wahai orang muda! Lebih baik kamu menyerah. Apa yang kamu lakukan adalah sia-sia”. Seorang pegawai polis cuba berunding.

Pada masa yang sama dia mengarahkan anak buahnya mengelilingi kawasan kediaman kedutaan dan bertindak menahan ‘suspek’ jika ada peluang untuk berbuat demikian. Orang ramai mula meramai sekitar kawasan. Ada pegawai polis cuba menenangkan keadaan. Aazad berhimpit diantara lautan manusia cuba melepasi sekatan pegawai polis. Lautan manusia kian bersesak, pegawai polis yang cuba berunding kian mendesak, Aazad makin hebat berasak lepas dari sekatan.


“Jika kamu ada peluang, lepaskan tembakan kepada suspek tapi jangan sampai membunuh. Suspek akan kita tahan untuk siasatan, mungkin dia ada kaitan dengan mana-mana cawangan penjenayah”.

Pegawai polih mengarah anak buahnya terarah.

“Jika kamu ada apa-apa tawaran supaya kami dapat membebaskan tebusan sila nyatakan”.

Terus memujuk. Jeda sekejap.

“Saya ulangi, jika kamu ada apa-apa tawaran, kami bersedia mendengarnya”.

Semua yang berada di situ menanti. Menanti. Menanti.

“Jika kamu ada apa-apa…”.

“Apa ketika anak-anak kecil di bumi yang diperang tentera syaitan Zionis dan Amerika merayu nyawa, rayuan mereka didengar?Apa ketika anak gadis Afgan meminta jangan sampai mereka mengusung zuirat busuk tentera-tentera Zionis dan Amerika, mahkota mereka tidak diusik? Apa ketika orang-orang tua Iraq meminta kepada tentera-tentera yang dilaknat Allah itu, nyawa mereka tidak dihabisi?”.

Satu suara kedengaran dari dalam kediaman. Aazad kenal suara itu. Itu sememangnya tanpa ragu, adalah suara Abbas. Semua terdiam.

“Tapi tindakan kamu ini tidak mewajarkan semua ini. Adakah kerana mereka-mereka itu, orang lain dijadikan sasaran?”.

“Apakah anak-anak kecil, gadis-gadis sunti, ibu-ibu dan bapak-bapak, nenek-nenek dan datuk-datuk yang terkorban itu ada mengusik kepentingan atau keegoan Zionis laknatullah dan Amerika-Amerika itu semua?”.

“Atas dasar apa kamu mengatakan tindakan kamu ini wajar?”.

Nyata pegawai polis itu masih belum mahu mengalah. Masih mencari ruang dan peluang untuk berdamai.

“Tuan, saya tidak tahu sama ada Tuan beragama Islam atau apa kerana sungguh saya tidak melihat Tuan. Dan jika Tuan beragama Islam, saya tidak tahu sama ada Tuan ada membaca Quran atau tidak. Tuan menanyakan saya atas dasar apa saya lakukan semua ini, maka dengarlah ayat ini –Perangilah oleh kalian mereka (orang-orang kafir) hingga tidak ada lagi fitnah (kekafiran) sehingga agama ini hanya milik Allah semata. (A-Anfal 8: 39). Maka atas dasar ini, atas dasar untuk menghentikan fitnah yang dibuat dari tangan-tangan mereka maka perbuatan ini wajar. Jika kalian tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah akan menyeksa kalian dengan seksa yang pedih dan digantinya dengan kaum yang lain(At-Taubah 9: 38-39). Maka atas dasar takutkan seksa Allah maka tindakan saya ini wajar”.


“Sedarlah kamu mungkin tersalah faham mengenai ayat-ayat itu”.

“Jika saya yang tersalah faham, berbahagialah saya dengan kesilapan saya kerana ini jalan yang saya yakin. Dan dengan Tuan mengatakan ‘mungkin’ lebih-lebih meyakinkan saya kerana jelas Tuan sendiri tidak yakin sama ada tindakan menghalang saya ini tindakan yang benar atau tidak”.

“Jadi adakah kamu akan puas dengan begini? Adakah kamu sukakan ini?”

“Diwajibkan atas kalian berperang, sementara berperang itu adalah sesuatu yang kalian benci. Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian; boleh jadi pula kalian menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah mengetahui, sedangkan kalian tidak mengetahui (Al-Baqarah 2:216)”.

----------------------------//---------------------------------

Pegawai polis itu kehilangan kata-kata. Dalam kekalutan, Aazad berjaya melepasi sekatan dan telah berada di sebelah pegawai polis yang cuba memujuk Abbas. Dia menyentuh bahu pegawai polis itu dan membuatnya terkejut.

” Siapa kamu?”.

Pertanyaan itu tidak diendahkan, Aazad lantas mengambil pembesar suara dari tangan pegawai polis itu.

“Wahai Abbas, mahukah engkau mendengar perkataanku?”.

Pegawai polis itu tersentak. Anak buahnya ada yang cuba menangkap Aazad yang disangka segerombolan dengan ‘suspek’. Akan tetapi tindakan itu dihalang. Abbas kenal suara itu, tetapi dia lebih suka berdiam.

“Memang benar orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (Al-Ankabut 29:69).Tidak ada sedikit cela dalam ayat itu dan tindakan kamu yang mengikut fahaman kamu. Tahukah kamu ada yang lebih tinggi darjatnya jika kamu lakukan dari apa yang kamu lakukan ini dan nyata ia lebih praktikal dari apa yang kamu cuba lakukan sekarang. Lupakah kamu pada titah baginda - Jihad yang paling agung adalah kata-kata yang benar yang disampaikan kepada penguasa yang jahat? Nah, jika kamu katakan dan memang semua akui Zionis, Amerika dan para pengampu mereka itu orang-orang yang jahat dan tidak harus dibiarkan hidup supaya fitnah pembunuhan dapat dihentikan. Tapi bukankah jika kita menentang mereka dengan kata-kata iaitu melalui diplomasi itu lebih elok, dan ingatlah Abbas kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang maka kata-kata itu lebih praktikal untuk ‘berperang’ dengan mereka”.

Semua terdiam. Aazad menunggu jawapan.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (At-Taubah 9: 111)”.

Aazad tersenyum. Dia tahu dengan sangat Abbas memang fasih jika berbicara soal tafsir dan hadis.

“Jihad itu terus berjalan sejak aku (Rasulallah) diutus oleh Allah Swt. hingga orang terakhir di antara umatku yang berperang melawan Dajjal. Maka jika kamu membunuh mereka-mereka ini, adakah peperangan akan terus terhenti? Kamu sudah tiada, mungkin kerana terkorban, tetapi peperangan lain akan terus-terusan berjalan”.

“Akan ada yang lain yang akan mengikut jejakku insyaAllah ta’ala”.

“Jadi adakah kamu berkata kamu melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain sedang mereka sendiri mungki belum ada niat untuk melakukannya. Bukankah lebih baik kamu sendiri yang melakukannya. Nah, di sinilah lebih praktikal kata-kata Rasullah iaitu berjihad dan berperang dengan kata-kata. Apa salah kataku, Abbas?”.

----------------------------//---------------------------------

Sessi memujuk bertukar kepada sessi soal jawab hadis dan tafsir. Pegawai polis yang tadinya cuba memujuk nyata kagum dengan kepetahan Aazad kerana dia sedar dia tidak mungkin mampu berdebat sefasih itu jika ia melibatkan hadis dan tafsir. Perlahan-lahan dia merasakan perundingan ini akan berjaya.

“Oh Abbas, dengarkan kataku, hentikan tindakan ini. Aku tidak mengatakan kamu salah, malah jika kamu betul,aku sendiri akan mengangkat tanganku dan bersama-sama denganmu. Dengarkan kataku, apakah kamu lupa jihad itu bukan sekadar mengangkat senjata. Kamu masih punya ibu dan ayah dan membela mereka itu sebesar-besar jihad juga,”

Ada terdengar bisik-bisik dari lautan manusia yang menonton. Ada juga yang terkesan dengan kata-kata Aazad sehingga menitiskan air mata. Suasana sunyi. Suara siren kereta polis bertimpa-timpa dengan suara-suara orang ramai. Kata-kata itu turut membuatkan Abbas terusik hatinya.

“Apakah aku akan dilepaskan jika aku menyerah?”.

Aazad menarik nafas lega kerana merasakan usahanya berhasil. Pegawai polis itu tersenyum lega kerana merasakan namanya akan tercatat di dada akhbar kerana berjaya membenteras ‘kepincangan’ ini.

“Ya, insyaAllah sesiapa yang berada di atas jalan Allah, maka mereka tidak akan sunyi dari pertolongan-Nya”.

Disebalik urusan antara Aazad dan Abbas, secara sembunyi-sembunyi seorang pegawai polis telah berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan kediaman tanpa disedari. Pegawai polis yang berdiri di sebelah Aazad mengambil pembesar suara dari tangan Aazad.

“Ya, benar kata lelaki ini, kamu akan dilepaskan jika didapati tidak bersalah. Dan kami tidak akan mengapa-apakan kamu”.

Pegawai polis telah lupa mengenai arahannya untuk menembak Abbas kerana terlalu seronok dengan keputusan ‘pemujukan’ yang menyebelahinya.

Abbas merasakan ada betul dalam kata-kata Aazad, dia berkira-kira untuk melepakan tebusan dan ‘menyelesaikan’ jihadnya dengan cara diplomasi. Ketika itu pegawai polis yang berada di dalam kawasan kediaman itu terlanggar pasu dan kehadirannya disedari Abbas. Pegawai polis itu terperanjat dan secara tidak langsung melepaskan tembakan dan mengenai bahu kiri Abbas. Suasana jadi kelam kabut di luar. Aazad meandang pegawai polis di sebelahnya mengahrap jawapan.

“Allahu Akhbar! Demi Allah mereka ini tidak lebih dari penipu dan penganiaya!” Abbas membaling pasu yang berada di sebelahnya dan tepat mengenai kepala pegawai polis tadi.

“Demi Allah yang nyawaku di dalam tangan-Nya, terimalah korban hamba-Mu ini”,

Aazad berlari deras ke arah kawasan kediaman. Pegawai polis tadi memberi arahan kepada anak buahnya untuk bersedia. Abbas memicit punat pengaktif bahan letupan yang berada di dalam tangannya.

Boom!!!

Satu letupan besar kedengaran. Kawasan kediaman wakil kedutaan itu hancurmusnah separuh. Semua mata terpana. Mata Aazad bergenang. Pandangan menjadi kabur dan perlahan-lahan tampang tubuh Abbas terpapar di tubir mata.

“Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?”

Mata Aazad bergenang.

“Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku”.

Bergenang dengan lebih hebat…

“Berbahagialah sahabat, moga jihad-Mu diterima Allah jika itu yang engkau yakin… Berbahagialah…Allahu...Allahu…Allahu. Teruskah berdarah tangan-tangan dan tubuh-tubuh mereka yang merindui janji-Mu ya Alalh. Tempatkanlah mereka di jannah tertinggi jika sesungguhnya mereka orang-orang yang benar. Ameen, ameen ya Rabb al-ameen”.


Permalink
gravatar

Angkat Boleh???????

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "

selawat~


Permalink
gravatar

Seutas Tasbih, Sebuah Janji

AIR mata Pak Long sudah terkumpul dan tergantung di dagu. Perlahan-lahan ia memberat lalu menitis setitik demi setitik ke atas sejadah. Ada setitik dua mengena tasbih di tangan kanannya. Tangan yang sudah nampak berkedut sedikit, tetapi menegang urat-urat hijau. Aku memejamkan mataku seketika, cuba menghalau semacam keterharuan dan kesedihan. Jelas, aku tidak berjaya menghapuskan perasaan yang amat mengusik hati. Usikan itu bagaikan mendorong mataku (yang melihat Pak Long berwirid di satu sudut ruang tamu) supaya turut menitiskan air jernih seperti Pak Long. Ketika berjalan menuju ke bilikku dengan bibir terketap, aku dapat merasakan jolokan hatiku tadi benar-benar terlaksana.


Setelah menghempaskan tubuhku ke atas tilam katil dan menyembamkan mukaku di bantal, beberapa titik air jernih sudah tertitis ke bantal itu, membentuk satu bulatan besar, seolah-olah membentuk huruf 'O', kebetulan huruf pertama bagi nama Pak Long - Omar. Bahuku terenjut-enjut. Sebak dadaku bukan main. Kupejamkan mataku rapat-rapat. Dalam pejam mataku, aku dapat melihat kisah-kisah silam berputar semula seperti tayangan filem. Sungguh jelas. Mula-mula aku dapat melihat Pak Long seperti biasa menegurku dengan penuh sinis, panjang lebar pula seperti orang berkhutbah:

"Ini bukan cerita Hindustan, di mana kau boleh atasi masalah dengan menyanyi rayu atau beritahu masalah dengan hanya menyanyi tanpa berbuat apa-apa. Kau fikir cukup ke dengan air mata sebagai ubat untuk perasaan yang pilu? Ini hidup nyata, Tini. Kau mesti lakukan sesuatu dengan bijak dan realistik. Caranya tiada lain daripada belajar dan berusaha bersungguh-sungguh, kalau hendak lulus peperiksaan penggal akhir."

Berdesing telingaku pada ketika itu. Ketika aku dalam Menengah Lima dahulu. Pak Long tidak akan tahu kalau ibuku tidak memandai-mandai mengadu kepadanya. Benciku kepada Pak Long usah dikira lagi. Habis adegan itu, adegan lain menyusul di benakku. Kali ini disebabkan kenakalanku. Ibu amat marah dan kecewa. Marah kerana lidahku telah menderhaka kepada diriku sendiri. Kecewa, kerana aku tidak menunjukkan diriku sebagai wanita yang harus bersifat baik dan dihormati. Aku melihat Pak Long berkhutbah panjang lagi, tidak berhenti-henti macam kereta api ekspres dan dalam satu nafas. Kesian aku tengokkan.

Dia menukas: "Dalam hidup jangan suka berbohong. Jangan suka menipu. Berbohong dan menipu tak menguntungkan. Ini tandanya hati orang itu busuk dan jahat. Dan tidak Islamik. Juga membuat hati seseorang itu tak senang dan tenang. Tak kurang resah. Kalau hendak berhati tenteram kenalah bersikap jujur. Jujur kepada orang lain dan jujur kepada diri sendiri."

Aku membuka mataku. Berbinar-binar seketika. Apabila sudah menjadi sebati dengan keadaan dalam bilik yang diterangi lampu 40 watt, aku memusingkan badanku menghadap siling. Hidungku terasa berair juga. Aku mengesat-ngesat dengan belakang jari telunjuk. Dadaku terus sebak.

Pak Long, teguran Pak Long pada masa itu begitu pedas dan keras. Juga tajam. Dalam diam, Pak Long lebih menunjukkannya kepadaku. Pada tahap ini, aku merasakan apa yang Pak Long katakan itu sedikit pun tidak salah. Memang orang atau lebih tepat aku yang tidak jujur. Sentiasa hidup dalam ketakutan dan keresahan. Takut kerana rahsia buruk dan busuk diketahui orang. Resah kerana orang lain, lebih tepat si Jamil tidak mempercayaiku lagi. Perempuan apakah aku ini?

Pada Hassan aku kata 'cinta'. Pada Jamil pula aku kata 'sayang'. Dan akhirnya tembelangku pecah. Jamil yang amat menyayangiku terluka hatinya. Tergores, disiat-siat pedih dengan belati paling tajam. Maafkan aku, Jamil. Aku telah melaknati kasihmu. Maafkan aku juga Hassan. Astaghfirullah Al –Adzim.

Kini mataku terus memandang siling. Kali ini dalam mata terbuka, adegan lain ligat berputar di ruang mata. Aku dapat melihat Pak Long tidak habis-habis marah dan seperti berkhutbah lagi apabila dia mendapat tahu sikap ibu yang menjengkelkan hatinya. Tetapi puncanya tetap aku juga.

"Bedah, aku sangkakan kau telah berjaya membawa Tini balik ke pangkal jalan. Mengenal Allah setelah dia bertaubat dahulu," tekan Pak Long.
"Memang dia telah bertaubat," tingkah ibu bersungguh-sungguh.

Pak Long menggigit-gigit bibir. Kuat-kuat. Dia memandang ibu seperti hendak makan ibu layaknya. Matanya benar-benar mencerlang garang. Merah seperti biji saga. Dahsyat. Aku tahu Pak Long bukan saja marah. Dia sebenarnya berasa pilu berbaur kesal. Pilu kerana ibu katanya hanya pandai menyediakan wang yang mencukupi untuk aku melanjutkan pelajaran ke universiti. Pandai menyediakan selimut dan bantal serta pakaian tebal untuk aku tidur nanti di bilik sewa berhawa dingin di Kuala Lumpur. Kesal kerana ibu katanya lagi, sudah lupa satu perkara yang tidak boleh diambil ringan. Ibu hanya bijak mengambil berat akan kebajikanku termasuk perbelanjaan yang mencukupi serba-serbi itu. Kesian ibu dimarahi Pak Long. Ibu diam dan tidak berani menentang mata abangnya.



Sejak arwah ayah berpulang ke Rahmatullah beberapa tahun lalu itu, dialah yang banyak menolong kami. Pada tahap ini aku berasa lebih kesian kepada Pak Long. Tidak dapat dinafikan kerana daripada mata yang mencerlang garang, dia seperti kanak-kanak yang tiba-tiba kaya dengan air mata. Oh, Pak Long!

Kemudiannya aku tertanya-tanya apakah yang Pak Long kesalkan? Mengapakah ibu dimarah-marah hebat? Aku tidak kecewa kerana dari mulut Pak Long sendiri, dia menyahut pertanyaanku yang satu-satu itu. "Manalah Pak Long tak kesal, Tini," suara Pak Long bergetar panjang. Aku memandang tepat ke muka Pak Long yang air matanya sudah meleleh membasahi pipinya yang cengkung. Aku ingin benar bertanya apa yang begitu dikesalkan sampai ibu kecut apabila dimarahinya. Tetapi sebelum aku sempat berbual demikian, Pak Long yang berusia 60 tahun, lapan tahun lebih muda daripada ibu itu berkata, "Mak kau sudah lupa. Lupa menyediakan sejadah, buku Yasin dan telekung. Apa gunanya bertaubat kalau itu tidak dibekalkan untuk kau, Tini?"

Tersentak aku dibuatnya. Kecur air liurku. Terasa pahit apabila aku cuba hendak menelannya. Manalah tidak pahit kerana kata-kata Pak Long dalam dua ayat itu memang benar belaka. Aku mengutuk diriku sendiri kerana tidak terfikirkan perkara itu. Tidak terfikirkan begitu daifnya aku dan ibuku sendiri. Apakah dalam mengejarkan ilmu dunia, aku menjadi lalai? Kesian ibu. Lebih kesian kini Pak Long yang penyayang itu. Aku tahu kini perasaan Pak Long yang sebenarnya. Betapa remuk hatinya apabila kematian isteri dan anak perempuannya, Azizah. Kalau sepupuku tidak terkorban dalam nahas jalan raya bersama ibunya dulu, tentu dia sebaya denganku. Mungkin inilah agaknya Pak Long begitu mengambil berat terhadapku, seolah-olah aku adalah Azizah yang amat disayanginya. Seolah-olah akulah pengganti Azizah. Seolah-olah akulah penawar rindunya pada arwah Azizah. Seolah-olah aku adalah anaknya sendiri. Pak Long!

Bercakap tentang kesian, aku kini dibawa ke satu masa silam juga yang membuat kesianku kepadanya bercambah. Bercambah kerana Pak Long tidak habis-habis menegurku. Mulutnya seperti murai dicabut ekor, tetapi hatinya pada ketika itu tulus. Susah hendak mendapatkan orang yang baik seperti Pak Long. Aku masih ingat betapa Pak Long terbakar hatinya. Terbakar memikirkan satu lagi halku. Aku tahu kini kalau sikapku yang tamak ketika itu tidak dibetulkan, aku tentu tidak akan selamat dunia akhirat. Aku akan terus khayal dengan hal-hal keduniaan.

"Apa yang kau fikirkan tu, Tini?" Aku tidak segera menjawab. "Eh, budak ni. Mengapa Tini?" "Saya risau dan malulah Pak Long." "Risau? Malu?" "Manalah tak risau dan malu Pak Long. Saya sudah gemuk," sahutku sambil melihat diriku di cermin almari. Jelas terlantun wajahku yang berkulit cerah, berambut panjang, beralis tipis hitam pekat, berbaju agak besar dan berseluar panjang yang tidak pula menampakkan luruh punggung yang kental. Dan yang menjadi isu tubuhku yang sudah bertambah berat. Pak Long tersentak. Sampai kelu lidahnya. Agak lama baru dia menekan keras-keras, "Oh, risau dan malu. Orang-orang zaman sekarang termasuk kau sungguh menjengkelkan. Risau dan malu kerana gemuk konon. Tapi tak pula risau dan malu bila tak sembahyang. Kau nak jadi ahli neraka?"




Kini giliran aku pula tersentak. Lupa sekejap pada rasa malu dan risau kerana sudah gemuk. Terasa teguran Pak Long amat pedas. Amat tajam. Amat pedih. Dalam keadaan tersepit seperti itu, aku menjadi manusia yang tidak berani membantah. Kata-kata Pak Long yang pedas, tajam dan pedih telah terkumpul menjadi satu. Aku memang masih ingat lagi dengan jelas semua itu dan yang paling jelas ialah sesuatu yang paling tidak didugakan menimpa diri Pak Long sendiri. Ibu bagaikan tidak percaya. Mungkin tersalah orang, tekaannya.
Bagaimana mungkin Pak Long yang kaya dengan tegurannya padaku suatu masa dulu boleh tersasar begitu rupa? Aku hanya menenangkan hatiku dengan mendesis: "Pak Long juga manusia biasa. Lemah dan serba kekurangan juga. Sekali manusia tersalah langkah, parah. Pada tahap ini tidak dapat disangkalkan telingkah iman dan kufur selalu terjadi setiap detik dan hari. Sekalipun dia kuat sembahyang. Bukankah iblis dan syaitan memang menunggu peluang ke atas mereka yang lalai. Tetapi bagaimana Pak Long boleh lalai?

"Betul mak. Pak Long telah cedera parah. Kepalanya dipukul dan kakinya patah sebelah kanan. Banyak kehilangan darah, tapi Tuhan masih sayangkan dia," terangku kepada ibu apabila mendapat berita daripada kenalannya di Batam. Ibu hanya kaya air mata. Tersedu-sedu menahan sebak dan kesal berbaur marah? Aku ingin mengatakan perbuatan Pak Long amat memalukan, mengecewakan dan mengesalkan. Malu kerana bukankah Pak Long sembahyang tak tinggal. Puasa setia dikerjakan. Zakat fitrah tak pernah lupa. Sedekah tak usah dikira lagi. Kecewa kerana seorang lelaki Muslim seperti Pak Long tergamak menderhaka kepada Tuhan. Kesal kerana seorang yang dihormati seperti Pak Long boleh mudah terpengaruh dengan ajakan kenalan yang jahat dan kerana seorang perempuan muda lagi jelita di Batam itu, dia habis. Imannya tergugah. Punah! Juga aku ingin menambah lagi kerana setitik madu Pak Long menjadi pelupa dan hanyut. Masya-Allah.

Tetapi aku padamkan saja keinginan itu. Tidak mahu hati ibu bertambah luka dan duka. Cukuplah. Hatinya benar-benar terguris. Tersiat maha pedih. Sekalipun Pak Long tersasar, dia tetap abang ibuku. Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga. Tetapi apabila difikirkan masak-masak, aku menjadi tidak peduli. Kalau kepada ibu tak akan kukatakan dengan lebih lanjut, kepada Pak Long aku masih mahu menegurnya. Kalau Pak Long hendak mengecapku kurang ajar, biarkan. Kalau Pak Long hendak menuduh aku semata-mata membalas dendam ke atasnya, biarkan. Dan jika dia hendak memarahi aku kerana tidak menghormatinya lagi kerana setitik madu itu, aku lebih tidak peduli. Juga biarkan. Ya, aku tidak peduli langsung kalau Pak Long atau ibuku sendiri akan membidas aku sebagai ada jebat yang derhaka dalam jiwaku. Ataupun di dalam hatiku pula ada api yang membara. Yang penting, Pak Long mesti diingatkan. Mesti!

Dan aku pun menunggu masa yang sesuai. Menunggu sehingga Pak Long dipindahkan dari hospital di Batam ke Hospital Besar di tanah air. Pak Long tidak perlu bercerita apa-apa yang terjadi di Batam. Semua orang sudah tahu. Seorang lelaki 60 tahun telah dirompak dan dipukul hingga cedera parah selepas menjunjung piala kasih sayang dengan perempuan muda yang lebih kurang seusia dengan anak saudaranya - 25 tahun. Berdesing telinga apabila ada orang sengaja mempersendakannya dengan penuh sinis: "Orang tua tu 'bum boat'. Mana dia ada tenaga hendak lawan 'speed boat'? Nasib baik dia kena rompak, kalau kojol terus atas katil, macam mana? Kena pelukan perempuan muda, habis! Sejadah tercampak entah ke mana? Kiblat pula entah ke mana arahnya? Cakap saja bijak, tetapi satu habuk pun tak boleh pakai."

Dalam kekesalan dan kekecewaan bebaur marah, terasa kesian pula apabila aku melihat kepala Pak Long yang berbalut. Mukanya lebam-lebam dek ditumbuk. Bibirnya luka-luka ditangani perompak. Dan dengar kata perompak itu kekasih perempuan yang telah mengoyak-ngoyak iman Pak Long. Kaki kanan Pak Long tak terangkat kerana dipukul dengan sebatang kayu. Ada air jernih bergenang di mataku. Agak lama Pak Long di hospital. Apabila sudah agak sembuh, muka dan bibir Pak Long kembali asal. Cuma kaki kanannya tempang apabila berjalan.

Pada suatu pagi di rumahku (Pak Long sudah tinggal bersama kami selepas kejadian itu), aku meluahkan keinginanku yang sudah lama terpendam. Dan tidak lupa aku tambah dengan panjang lebar yang berbunyi begini: "Ingat, Pak Long akan janji Tuhan. Pak Long juga kata, kematian adalah janji Tuhan yang paling akrab dan tidak tergelincir walau sesaat pun. Dia tidak akan mungkir. Jangan tunggu sampai disembahyangkan sebelum sempat bertaubat dan bersembahyang dalam erti kata yang sebenarnya. Biarlah kita mati dalam iman."

Aku menantikan Pak Long yang bersejemput janggut di dagu itu bersuara. Suara yang akan mengecapku kurang ajar. Tuduh aku pendendam. Bidas aku apa saja. Ya Allah mulutnya yang macam mesingan dulu bagaikan kehabisan peluru. Tiada lagi api. Pak Long hanya tunduk sambil mengetap-ngetap bibir. Badannya kulihat menggeletar. Di atas sofa ruang tamu aku terus menyerang, "Pak Long bernasib baik. Wang yang dirompak boleh dicari. Iman yang menipis boleh ditebalkan dengan kembali kepada perintah Allah dengan lebih setia. Tapi nyawa Pak Long tak boleh dicari ganti bila dicabut malam itu."

Pak Long yang kurus tinggi, bermisai nipis dan berambut kerinting agak menipis dan sudah banyak putih daripada hitamnya itu kian tunduk. Ketapaannya kian kuat. Aku terus menambah, "Pak Long, saya sayangkan Pak Long. Manusia manalah yang tak buat silap. Dulu Pak Long pernah menghadiahkan saya seutas tasbih dan mahu saya berjanji supaya teguh dengan taubat saya. Saya patuh. Kini saya hadiahkan seutas tasbih juga. Ini bukan untuk balas membalas. Tidak sesekali. Saya rasa tak salah bagi orang lebih muda seperti saya mengingatkan kepada orang yang lebih tua seperti Pak Long supaya berjanji juga agar tidak kesasar lagi. Ya, berjanjilah untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah. Kerana janji Ilahi tak pernah mungkir. Orang yang beriman akan diberi ganjaran yang setimpal. Pak Long masih ingat, 'kan?"

Ya Allah bergetarnya suaraku. Mataku terasa berpasir. Ibu ada pada pagi itu. Dia tidak menegah aku. Dia tahu aku bukannya sengaja hendak mengasari Pak Long. Dia tahu aku sayangkan Pak Long. Dan Pak Long sendiri pun tahu aku amat menyayanginya. Kalau sekalipun dia bukan Pak Longku, aku akan tetap menasihatinya kerana sebagai sesama Muslim bukankah itu satu sikap yang digalakkan agama? Aku bangun berdiri lalu keluar dari bilik untuk ke dapur, hendak membuatkan teh susu panas kesukaan Pak Long. Untuk membasahi tekaknya setelah berwirid panjang nanti. Angin 9.00 malam menyerbu masuk melalui jendela yang terbuka, melenggang lenggokan langsir hijau daun. Ibu di biliknya. Berehat setelah bersolat Isyak bersamaku tadi dan makan ubat. Ibu sering sakit-sakit sejak peristiwa melibatkan Pak Long yang memalukan di Batam dahulu. Peribahasa lama itu ternyata benar dan sahih ke atas dirinya. Apabila ada orang mengejek Pak Long, dia merasa tempias sinisnya. Apabila ada orang mempersendakan Pak Long, dia merasa percikan ejekan pahit itu.

Rumah tiga bilikku di tingkat sepuluh sunyi. Tetapi aku lihat mulut Pak Long tidak pula sepi daripada terus berwirid panjang. Sepanjang rantaian biji tasbih yang kuhadiahkan kepadanya. Hadiah berulit janji yang tidak diingkarinya sejak peristiwa yang menggugat keluarga kecilku. Sebuah janji bukan untuk diriku atau dirinya sendiri, tetapi lebih kepada janjinya kepada Tuhan yang benar-benar pula tidak mungkir janji-Nya.



Biodata Penulis
PETER Augustine Goh adalah nama pena bagi Iskandar Goh Mey Teck. Dilahirkan di Melaka pada 1953 dan menerima pendidikan di Malaysia selain Singapura. Terbabit dalam genre cerpen, novel dewasa, novel kanak-kanak, puisi, drama TV dan radio serta kritikan sastera. Memenangi sejumlah anugerah sastera termasuk Hadiah Pena Mas (Kategori Cerpen) 1995, 1999 manakala puisi (2003). Novel terbarunya, Warna Sebuah Penghijrahan, menemui khalayak pada 2005 dan antologi cerpennya, Hati Yang Terusik, (2006). Warna Sebuah Penghijrahan turut disenaraipendekkan untuk Hadiah Sastera Singapura (Bahagian Melayu) 2006. Kini bertugas sebagai penterjemah dalam perkhidmatan awam di Singapura.


Permalink
gravatar

Takkan Islam Hilang di Dunia

ISLAM? Apa sebenarnya Islam? Aku tidak pernah tahu. Sepanjang aku sudah tahu membaca, tidak pernah aku terbaca perkataan itu. Apa itu Islam? Ketika jiwa aku terasa kosong, aku teringat kata arwah datuk, “Kita ni orang Islam, Daniel. Kalau kamu terasa kosong, bacalah Quran, banyakkan sembahyang dan zikir malam. Islam itu agama dari langit. Nabinya Muhammad, Quran kitabnya dan ALLAH itu tuhan yang berhak disembah. Sembahyang itu maknanya; sembah Yang Maha Esa,”. Itu kata datuk.

Muhammad itu siapa? Quran itu apa? ALLAH? Tuhan itu apa? Untuk siapa? “Jangan dicari Islam,”. Bill menegahku ketika aku bercerita tentang Islam. Islam itu tidak lain hanyalah hijab yang membataskan minda. “Tetapi, dari apa yang aku baca, Melayu adalah Islam. Jadi aku adalah Islam,”. Bill mendengus. Segalanya kedengaran Islam dan Melayu hanya akan membuntukan minda kita. Sebab itulah orang Melayu pada abad ke-21 tidak maju. Pemikiran mereka disempitkan dengan fahaman dan idealisme Islam dan Melayu, Bill menambah.

“Islam dan Melayu tidak akan maju?”.

Bip. Satu mesej diterima.

Malam ini konsert sempena tahun baru. Konsert besar-besaran. “Hiburan lagi,”. Meggeleng-gelengkan kepala. Aku teringat, hiburan seperti ini dahulu pernah dibantah oleh rakyat. Kerana ini semua duniawi kata mereka. Santapan rohani yang merosakkan minda dan melalaikan iman. Iman? Apa iman? Aku tidak tahu. Tetapi sekarang, semuanya berlumba-lumba menganjurkan pesta yang segala macam.

“Hiburan itu hanya santapan untuk mereka yang mengejar dunia. Mereka yang tidak percaya hidup yang sebenarnya. Mereka yang jiwanya kosong,” pesan datuk kepadaku dahulu. Tetapi, sekarang, jiwa aku kosong. Hiburan ini tidak pernah dapat memenuhi jiwa aku. “Bukalah Quran, sebutlah nama ALLAH, dekati agamaNYA. Dekati ISLAM. Itulah santapan jiwa sebenarnya,”.

Aku tidak tahu apa itu agama. Tidak tahu Quran, tidak kenal Islam. ALLAH lagi tidak pernah aku dengar namanya. Jiwaku tandus, gersang dan perlu dibasahi. Tetapi aku tidak tahu dengan apa hendak dibasahkan. Dengan apa? Haruskah dibasahi dengan arak yang pelbagai macam atau keringat ketika berpesta sakan? Menatap segala macam kemajuan? Dengan agama? Tetapi aku tidak pernah mengenal agama.

Mengeluh. Menoleh keluar jendela.

Banggunan pencakar langit memenuhi segenap isi mayapada. Diantaranya, Menara Berkembar Petronas tersergam layu. Diteliti banggunan itu. “Dulu, KLCC tu pernah jadi kebanggaan kita. Bukti kejayaan kita dalam bidang kejuruteraan moden,”. Itu kata-kata datuk. Tetapi sekarang banggunan itu tidak sampai separuh pun dari banggunan lain sekarang. “Kita sudah maju Daniel. Kita dapat berdiri sama tinggi, duduk pun sudah sama rendah dengan negara Barat. Semua ini kerana kita,”. Bill menepuk dadanya.

“Bukan kerana Islam. Islam tidak dapat memajukan kita. Tidak dapat mendirikan banggunan kita. Tidak dapat menerbangkan pesawat laju kita. Islam ialah hijab yang harus kita buka. Pekung yang perlu kita tinggalkan,”.

Kemajuan, kemajuan dan kemajuan, tetapi untuk apa? Pesawat laju berterbangan memenuhi ruang angkasa Kuala Lumpur tidak pernah mententeramkan aku. Banggunan tinggi-tinggi mencakar langit Malyasia tidak pernah memenuhi jiwa aku. Kemajuan ini untuk apa? Untuk siapa? Selepas dicapai semua, selepas itu apa? Sampai bila baru kita akan puas? Sampai kiamat? “Kiamat?”. Aku membuka laman web yang lain.

Bip.

Terpapar satu window mengenai kiamat. “Kiamat, hari pengakhiran dunia dan seluruh isinya. Manusia dan semuanya akan dimatikan. Dibangkitkan dari kematian menuju mahsyar. Tidak akan dibawa mereka untuk dihisab selain amalan semasa hidup”. “Apa salahnya berhibur jika itu menyenangkan kita? Kenapa perlu bersusah beribadat siang malam? Kenapa perlu berlapar sampai sebulan? Kenapa? Datuk sekarang diuji dengan penyakit yang entah dari mana datangnya. Kalau agama itu benar, kenapa hendak menyusahkan kita?”. Aku bertanya ketika melawat datuk.

Aku masih berhingus waktu datuk sakit dahulu. “Dalam Islam, apa yang dikejar oleh umat-Nya ialah syurga. Syurga dan neraka itu tempat yang akan kita abadi tinggal di dalamnya,”. “Jadi?”. “Jadi apa?”. “Kenapa perlu menyeksa diri”. “Bukan menyeksa diri,cu. Bukan. Ini ujian kita. Untuk menguji iman kita. Syurga itu dindingnya dibina dari segala kepayahan. Neraka pula,dindingnya dari segala macam kesenangan dunia,”.

“Bila kita akan pergi ke sana?”
“Ke mana?”
“Syurga?”
“Kita semua tidak pasti di mana kita akan berada. Entah syurga, entah neraka. Tetapi apa yang pasti,kita akan pergi ke sana setelah datang kiamat. Kemudian kita akan dihisab. Yang baik, yang buruk, semuanya ditimbang. Selepas itu barulah kita akan ke syurga atau ke neraka,”.

Syurga? Neraka? Ah entah di hujung dunia yang mana kedua-dua tempat itu? “Bill, aku ingin mencari Islam,”. “Jika Islam yang kau cari, kau tidak akan jumpa di sini. Islam itu hanya di muzium, di arkib negara. Di sini, apa yang kau akan jumpa ialah kemajuan. Kalau ada pun cuma imam, bilal dan siak masjid yang hidup segan mati tak mahu. Sekarang apa yang kita mahu ialah sains dan teknologi”.

“Tapi kau pun sama seperti aku, Melayu. Datuk nenek kita juga Melayu. Melayu itu Islam. Jadi kau pun Islam, Bill,”. “Heh! Melayu? Islam?”. Bill ketawa. “Aku hendak guna nama Melayu pun aku tak mahu. Kau hendak cakap aku Melayu?”.

Ketawa. Lebih galak dari tadi. Ketawanya menyindir. “Kenapa kau beriya-iya hendak mencari Islam?”. Ketawanya reda sedikit. “Jiwa aku kosong,”. “Kosong? Pergilah berhibur. Kebetulan malam ini ada keramaian. Kau boleh dapat perempuan, arak dan segala macam pil yang buat kau rasa macam di syurga,”. “Syurga? Begitu mudah kau dapat rasa syurga?”. Bill senyum dan mengangguk kepala.

Tidak seperti kata datuknya. Hendak masuk syurga, perlu diuji dengan ujian yang menyeksakan. Terlentang sakit yang entah apa sebabnya, entah apa ubatnya. Syurga Bill, begitu mudah diperoleh. Jalan lain ke syurga katanya sejak dari dahulu. “Iya Daniel. Syurga, kau akan rasa bebas, sebebas-bebasnya,”. “Lepas itu? Selepas itu apa?”. “Selepas itu? Apa maksud kau?”. “Selepas aku tersedar. Selepas kesan pil itu habis?”. “Kita ambil sekali lagi,”. “Kemudian? Sekali lagi?”. Bill mengangguk. “Sampai bila? Sampai bila terus ambil pil itu? Sampai semuanya habis kita makan? Ataupun sampai badan kita sudah lali dengan kesannya? Selepas itu apa pula? Mencuba pil baru?”. “Ya! Kau sudah faham sekarang, Daniel,”. Bahuku ditepuk. Bill mengangguk.

Senyumannya lebar, lebar selebar-lebarnya. “Tapi..”. “Tapi apa lagi Daniel? Kau masih lagi hendak mencari Islam? Mencari Islam untuk memenuhi kekosongan jiwa kau? Karut! Itu semua karut Daniel. Sekarang kita sudah maju. Nah, sekarang semuanya ada pada teknologi. Teknologi boleh beri kta semua,”. Satu bungkusan kecil dikeluarkan. Pil berwarna-warni penuh di dalamnya. “Cubalah. Kau akan dapat syurga. Kau tak akan lagi mencari Islam,”. “Tapi..”. “Apa?”.

“Aku bukan tikus makmal, Bill. Cuba mendapatkan syurga dari teknologi. Aku percaya, ada yang syurga lebih besar dari semua teknologi ini. Syurga yang lebih indah dari apa yang kau gambarkan. Syurga yang cahayanya hanya kau akan jumpa dari nur yang sebenar-beanrnya dan bukannya dari limpahan cahaya lampu neon. Aku mesti mencari Islam,”. “Bill..”. Aku merapati Bill. Memegang bahunya. “Kalau Hang Tuah berkata; tak akan Melayu hilang di dunia, aku pula percaya, tak akan Islam hilang di dunia,”.


Permalink
gravatar

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadibatu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!




Permalink
gravatar

Saya Sayang Mak!!

Isk.. isk.. isk..

Aku menangis, aku terkedu.
Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.
HambaMu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa.
HambaMu ini tak tahu menilai intan dan kaca.
HambaMu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...

Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada.
Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal member kasih sayang dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hambaMu ini...

Aku mengimbau...

"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."

"Biarlah Man, lama2 mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."

"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man. Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"

Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.

Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu. Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.

Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan. Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya. Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung. Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu. Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.

Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota. Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia. Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato’ dan mempunyai dua orang cahaya mata, seorang putera dan seorang puteri.

Hati ibunya melonjak2 ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu. Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!

Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.
Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya.
Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!

Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

“Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah” getus ibunya.

Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,

“Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?

“Makcik nak jumpa dengan anak makcik”

“Anak makcik? Siapa?”

“Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik”

“Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan”



Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.

Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.

“Siapa kau wahai orang tua?”

“Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung.”

“Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?”

“Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!”

“Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!”

“Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa”

“Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!”



Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu...

Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala. Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya. Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,

“Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibu mu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!”

Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar. Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut2 dengan mimpi yang sama. Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya. Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!

Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.

Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

“Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?”

“Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?”

“Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?” herdik Fuad.

“Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?”

“Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru 2 hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah”

“Apa?”

Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!


“Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri.”

Man mengambil surat tu dan membaca...

Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,

Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.

Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.

Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.


Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.

Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.

Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.

“Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!”jerit Rizman.


@};-- ~~~~ --;{@


Dari Abu Hurairah R.A:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?” “Ibumu” Baginda S.A.W menjawab, “Kemudian siapa?”, “Ibumu”, “Kemudian setelahnya siapa?”,“Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ayahmu”jawab Baginda Rasulullah S.A.W
.


Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!




Permalink
gravatar

KAFAN UNTUK NENEK

Awan mendung yang berarak lalu bagai tidak lagi mampu menanggung beban, lalu memuntahkan segala isi yang tersimpan sekian lama. Hujan lebat membasahi bumi. Namun lebat lagi hujan di dalam hatiku, deras lagi airmata yang mengalir di kedua belah pipiku. Allahu Allah.. Hebatnya dugaan-Mu kali ini. Betapa lemahnya aku, betapa sesungguhnya terbukti bahawa aku tidak sekuat mana.

Berkali-kali aku cuba memujuk diri, beristighfar. Berulang-kali menyebut nama Allah, kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah, dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, namun tetap jua tidak mampu meredhakan kesedihan yang terbuku di dada. Allahu Allah.. Ampunkan dosaku Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, ampunkanlah dosa nenekku.

Nenek... Airmata kian meluncur laju tatkala bayangan wajah nenek menjelma. Ya Allah, nenek sudah tiada, Ya Allah, nenek sudah pergi tinggalkan kami, Ya Allah, aku tidak mungkin dapat melihat nenek lagi, tidak mungkin dapat memeluk nenek lagi, tidak mungkin dapat mendengar celoteh nenek lagi, aku sayang nenek, aku pasti rindukan nenek..





"Naufal, tolong nenek sekejap," Suara nenek memanggil kedengaran sayup dari ruang tamu rumah.

Tanpa berlengah lagi, aku segera meletakkan pen yang aku pegang. "Biarlah, malam nanti boleh sambung isi borang UPU ni, nenek belum tentu boleh menanti aku sampai malam." Bisik hatiku. Segera aku percepatkan langkah. Aku menyusun langkah menuju ke arah nenek.

"Ada apa Nek?" Aku bertanya sambil melabuhkan punggungku di sebelah nenek. Kedut wajah nenek tampak jelas kelihatan, namun nenek tetap jua mengukir senyuman yang paling manis buatku. Dia memang begitu, suka senyum.

"Naufal dah habis isi borang ke?" Nenek bertanya. Aku sekadar menggelengkan kepala, tersenyum kepada nenek. "Belum Nek, tapi takpe, malam nanti boleh sambung isi, IPT boleh di cari ganti, tapi Nenek Naufal ni sorang je kat dunia ni.." Ujarku sambil melentokkan kepala ke bahu nenek. Nenek cuma tergelak kecil, aku senang melihat nenek gembira.

Nenek sudah dimamah usia, umurnya kini hampir mencecah 70 tahun. Arwah atuk sudah lama pergi meninggalkan kami, kembali ke rahmatullah hampir 20 tahun yang lepas, namun nenek tetap setia sendiri. Tidak pernah terniat mencari pengganti atuk. Walaupun pernah ada yang mencuba nasib merisik khabar, dengan tenang nenek menolak.

"Biarlah aku sendirian sampai mati, aku sayangkan ayah kamu, semoga di syurga nanti kami akan bersatu lagi.." Itulah kata-kata nenek yang disampaikan oleh ayahku kepadaku. Sejak itu, ayah selaku anak sulung dan adik beradiknya yang lain tidak lagi berniat untuk menjodohkan nenek. Mereka kagum dan hormati pendirian nenek. Nenek seorang yang setia pada cintanya.

Sejak Mak Su mendirikan rumah tangga, mengikut suaminya ke utara tanah air, nenek tinggal sendirian. Sejak itu juga, aku pulang ke kampung, menetap di kampung menemani nenek. Selaku cucu sulung, aku rasa bertanggungjawab untuk bersama nenek setiap masa. Tak sanggup aku biarkan nenek keseorangan, kesepian. Tak tergamak aku biarkan nenek menghabiskan sisa-sisa usianya menghitung detik waktu seorang diri. Ibu dan ayah serta pakcik dan makcik terpaksa bertugas di bandar, jauh dari kampung, aku mengerti kekangan tugas mereka, nenek juga begitu. Jadi biarlah aku bersekolah di kampung, menemani nenek di rumah pusaka arwah atuk. Nyaman. Damai.

"Naufal! Termenungkan apa?" Lamunanku tersentak bila nenek memanggil namaku. Aku tergelak kecil. Tersipu malu. Jauh benar melayan emosi, sehinggakan nenek juga perasan.

"Takdelah Nek, Naufal teringat kuih bingka yang nenek selalu buat, sedap...." Aku cuba berselindung sambil buat-buat muka kasihan. Nenek mula bersimpati.

"La, betul ke? kalau macam tu nenek boleh buat sekarang," Cepat pula nenek menyahut. Aduh, perasaan bersalah mula menyelinap ke lubuk jiwaku.

".Hehehe..Mana ada Nek, Fa gurau je la nek, saja nak tengok Nenek sayang Fa ke tidak, hehe.." Ujarku. Pantas nenek mencubit bahuku, aku mengekek kegelian. Mengelak tidak, seronok menyakat nenek petang-petang begitu.

"Naufal, tolong nenek ambilkan beg atas almari boleh?" Pinta nenek setelah tawa kami terlerai. Aku memusatkan pandangan mataku ke wajah sayu nenek.

"Beg mana Nek?" Aku bertanya sambil menggaru-garu kepala.

"Beg hijau atas almari nenek, ada dalam bilik, bawa ke sini kejap," Terang nenek lagi. Aku menangguk-angguk kepala lalu mengatur langkah menuju masuk ke bilik nenek. Mendongak kepala melilau pandangan ke atas almari nenek, tanpa berlengah-lengah, beg hijau itu aku capai lalu membawanya kepada nenek.

Nenek menarik zip pada beg dengan penuh teliti. Tangan nenek menggigil, betul nenek sudah dimakan usia. Sayu pula aku melihat nenek. Makin lama aku menatapnya, makin hati ini bagai di hiris-hiris. Aku sayangkan nenek.

Bertambah sayu dan pilu bila tangan lemah nenek menarik keluar sehelai kain putih yang kekuning-kuningan. Seperti kain kapan, tapi tak mungkin. Aku cuba menidakkan namun dadaku mula terasa sebak. Aku tetap cuba bertahan.

"Kain apa ni Nek?" Aku bertanya, minta kepastian. Perhatianku tepat kepada kain putih itu.

"Ini kain kapan nenek, dah lama nenek simpan.. tunggu saat ajal tiba..bila nenek dah tiada nanti, Fa tolong bagitau ayah Fa, guna kain kapan ni ya.. " Lemah suara nenek menjawab. Tidak semena-mena butir-butir jernih mengalir dari kedua kelopak mataku. Tidak mampu tertahan lagi, air mata mengalir deras. Tak sanggup mendengar suara nenek menyebut ajal.

"Nenek, kenapa cakap macam tu, jangan tinggalkan Naufal.." Bagaikan anak kecil aku tersedu-sedu menahan tangisan.

"Isk Fa, istighfar.. Mana boleh cakap macam tu, ajal itu pasti, sudah di tentukan Allah, di dunia ini kita cuma sementara, di dunia ini kita cuma menumpang, sampai masa, kita semua, nenek dan Fa juga akan dijemput pulang.. Nenek sudah lama hidup di muka bumi ini, bila-bila masa saja nyawa nenek akan diambil, itu suratan takdir, kita kena redha.." Merdu suara nenek menyentuh gegendang telingaku.

Aku merebahkan kepala ke riba nenek. Seperti selalu, nenek membelai-belai rambutku. Andai nenek tiada, saat ini pastinya paling aku rindui. Ya Allah, mampukah aku menghadapi kenyataan itu ya Allah, mampukah aku melepaskan nenek pergi? Berulang kali suara hatiku berbisik sayu.

"Naufal, ketika Allah ciptakan kita, Allah dah tulis dah, semuanya termasuk ajal kita. Hidup kita umpama berlari 100 meter, makin kita berlari, makin kita dekat dengan garis penamat. Hari ke hari kita hidup, kita makin dekat dengan ajal kita. Fa tahu kan, perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa silam kita dan perkara yang paling dekat, makin dekat dengan kita adalah mati.." Nenek menyambung bicara, di riba nenek aku cuma mendengar. Katalah apa saja nenek, aku akan simpan semua kata-kata nenek kemas dalam kotak ingatanku.

"Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati. Takut membuat kemungkaran kerana takut bila mati kelak di azab, sungguh-sungguh buat kebaikan, kumpul pahala buat bekalan di akhirat sana sebab tahu, hidup di dunia cuma sekali. Bila dah mati, dah tak boleh undur lagi dah.. Menyesal bagaimana sekalipun, kita tak mungkin boleh undur masa.."

"Nenek berdoa, moga mati nanti tempat untuk nenek berehat.. Nenek bermohon agar segala dosa nenek terampun, sebelum masa itu tiba.. Nenek pun tak tahu bila masanya nenek akan dijemput pulang, mungkin esok atau lusa.." Suara nenek tersekat-sekat. Airmata nenek menitis jatuh ke pipiku. Aku angkat kepala menatap wajah nenek. Pilu hatiku melihat wajah nenek berbasahkan airmata. Sayu. Cepat-cepat aku sapu airmata nenek.

"Nenek jangan menangis, Fa sayang nenek.." Aku cuba memujuk nenek. Namun desah gelora jiwaku ternyata lebih hebat. Aku turut menangis lalu memeluk nenek erat. Dalam pelukan nenek aku menangis semahunya.

"Fa jangan nangis, tidak kira samada nenek hidup atau tidak, kalau Fa betul-betul sayangkan nenek, sedekahkan doa untuk nenek, sedekah fatihah untuk nenek.. InsyaAllah.. kasih sayang antara kita tidak akan terputus sampai bila-bila," Ujar nenek sambil mengelap pipiku dengan tangannya yang penuh rasa kasih. Nenek mengukir senyum, senyuman yang paling manis. Walaupun sukar, aku memaksa diri membalas senyuman terindah nenek.

Bas bagaikan berjalan terlalu perlahan. Setiap sela waktu bagaikan menghiris, menikam jantungku. Menyeksakan. Kenangan bersama nenek satu persatu berlegar-legar di kotak ingatanku. Wajah nenek di segenap penjuru ruang. Aku ingin segera pulang ke pangkuan nenek, aku ingin cepat sampai ke rumah kesayangan nenek. Ya Allah, tabahkanlah hatiku.. Tempatkanlah nenekku dalam golongan yang Engkau kasihi.

Amin ya rabbal alamin..


Permalink
gravatar

nak sesuatu,mohonlah pada Allah.... ~berdoa~

saya nak cerita kan kisah seorang kanak2 yg sangat terpuji akhlaknya.....
ketika ibunya sarat mengandung kan si anak ini,
ibunya sering mengamal kan segala amalan nabi kita
dan segala sunnah...

setiap selesai solat 5 waktu,si ibu membaca surah2
yang di ajarkan oleh ibunda nya sejak kecil lagi...
iaitu,yassin,maryam,luqman.
dan surah2 di waktu mengandung.
bukan setakat itu sahaja,akhlak nya di jaga dengan
baik,bcakap sopan santun,lemah lembut dan berhemah sekali.

sewaktu dia mengidam kan sesuatu...dia hanya mendiam kan
diri... dia tidak mahu menyusah kan suami nya yang sibuk bekerja
untuk mencari sesuap nasi...
sehingga,dia tidak tahan dengan keinginan nya itu... dia pun
ambil wuduk,dan solat hajat 2rakaat...memohon dan berdoa..
yang dia ingin kan sangat makan daging lembu waktu itu..

dia x mahu menyusah kan suami nya kerana dia tahu mereka hudup dalam kadaan yang susah,serba kekurangan... dan pada zaman itu segala makanan agak mahal,pasti suami nya susah untuk dapat kan nya.
pulak bukan musim...bila bukan musim,daging di jual agak mahal harganya dari biasa...

setelah petang,lepas asar,dia menyambut suami nya pulang dengan senyman di bibir... sambil menambut tangan suami nya...
sebelah tangan suami nya menghulurkan sebungkus pelastik,agak besar juga bungkusan itu...terfikir juga si isteri ini...
apa kah bungkusan itu?

suaminya beritahu nya..
"tadi aku dalam perjalanan pulang kerumah,
ada seorang lelaki tua datang pada ku dan memberi bungkusan ini..
katanya kau ingin kan nya... aku pun ambil.boleh la buat lauk untuk kita hari ini..."

isterinya segera buka bungusan pelastik itu...
semerbah harum bau lauk daging itu...
bila di tanya,siapa yg beri? suami nya tidak kenal orang nya..
dia pakai jubah putih dan serbah putih... kata orang tua itu dia ingin ke surau yang berdekatan...setelah suami nya tunjuk kan jalan arah ke surau.lelaki itu pun lenyap...cerita suaminya...
maka terkabullah doa si isteri ingin makan dageng lembu itu...

kini tiba hari kelahiran cahaya mata mereka...
si isteri di bawa ke kelinik berdekatan... setelah isteri masuk ke bilik besalin.si suami pun pergi ke surau yang di dalam kelinik itu...
buat solat hajat dua rakaat dan segera mengangkat tangan menadah ke langit,agar isteri dan anak yang bakal lahir itu selamat di lindungi Allah...

selesai berdoa,dia di tegur oleh seorang lelaki tua dan bertanya pada nya..
"anak sedang tnggu isteri besalin ye nak?"
"ye pakcik..pakcik pula tunggu siapa?"
"pakcik datang ziarah saudara disini....insyaAllah,isteri anak dah selamat bersalin ni...pergilah tengok nak...berilah didikan anak mu yg baik2..
ajarkan nya solat,puasa..baca quran dan ajarkan dia hormat orang2 tua,
bila jumpa prang miskin,anggap lah yang dia lebih mulia di sisi Allah...
bila jumpa ulama,muliakan lah..." bnyak juga pesanan lelaki tua itu,sehingga terdiam saja si suami...setelah dia pergi di bilik yang isterinya besalin,dokta memberi tahunya,yang isteri dan anak nya selamat dia kini bergelar bapa...betapa indah nya dunia ini sehingga tak terucap dengan kata2,air mata yg mengalir...saat dia melihat isterinya terbaring kelesuan,dia sempat mencum dari isteri terdinta dam membisik kan di telinga

"terima kasih isteri ku,kau telah bekorban demi zuriat ku.."

dia mengambi anak dan segera mengazan kan anak nya dgn kalimah- kalimah Allah...
kelihatan anak nya menggeliat2 menandakan dia mengerti apa yang ayah nya baca kalimah di telinga nya...indah saat itu tidak terkata...dia wajah kedua2 pasangan itu nampak bercahaya,cahaya gembira...

kini saat si ibu menjaga dan mendidik si anak... setiap tutus dan bicara,di ajar dengan penuh kesopanan dan tertib,setelah selesai solat,di ajar anak nya berdoa mohon pada allah,mohon lah apa saja yg anak mahu kan,pasti terkabul doa mu nak... pesan si ibu tadi...
segala didikan deberi dengan penuh kasih sayang...
setiap kali si anak nak kan sesuatu dia ajar
"mintak dengan siapa?"
si anak pun tadah tangan dan bedoa..

"ya Allah,saya nak susu..."
"ya Allah,saya nak makan.."
"ya Allah saya nak mandi dll.."

selesai berdoa pasti si ibu berikan pada anak nya ap yang di doa kan...
bila kita lihat sendiri pun pasti kita akan rasa seronok dengan telatah si anak...

pada suatu hari,si ayah pergi luar kota...makanan di rumah kehabisan..anak nya sudah kelaparan...sedikit makanan pun tidak di dapur nya...dia mula risau dan minta anak nya berdoa dan buat solat hajat... si ibu berpesan ingin keluar mejemput si ayah..tinggal lah si anak di rumah,dia mengambil wuduk dan solat hajat dua rakaat..dia menadah ke langit tangan nya...
dengan penuh harapan dia bermohon pada tuhan agar berikan dia makanan untuk nya yang sedap...perutnya yang sakit di tahan sehingga lah dia selesai berdoa...dia pu pergi kedapur dan mencari2 sesuatu untuk di makan..
tetapi x ada apa2..dia berdoa lagi..dan doa,
lagi n lagi berdoa... sehingga lah dia ke dapur buat kali ke tiga..
dia masih melihat dapurnya kosong juga...
dia dengar pintu riumah di ketuk dengan perlahan
dia pun buka pintu dan kelihatan seorang lelaki tua yang datang...
bila di tanya ibu dan ayah,si anak pu beri tahu yang ibu sedang menjemput ayah...

si anak mempersilakan lelaki tua itu masuk dan duduk di tikar mengkuang itu...dia kedapur dan datang kembali dengan segelas air kosong.dia beri tahu,di rumah hanya ada air saja...
lelaki tua itu menghulurkan padanya plastik berisi berbagai2 makanan
lauk dan sebagainya..setelah dia meminum air masak itu.
dia pun minta izin untuk pulang...
dapat lah si anak nya makanan itu...
tetapi dia masih menahan laparnya...menunggu kepulangan dua org tuanya....

bila ibu dan ayahnya pulang,dia pun ceritakan pada orang tua nya kedatangan lelaki tua itu..mereka dapat makanan yang begitu banyak sekali...sehingga mereka memberi sedikit pada jiran2 yang berdekatan...

cerita di sini,cuba kita fikir sejenak,siapakah lelaki tua yang membantu mereka bertiga...???
dia adalah malaikat yang di utus kan oleh Allah agar memberi pada sesiapa yang pohon pada nya..si suami,isteri dan anak...semua mohon pada Allah,bila nak kan sesuatu.kita juga harus begitu...kena banyak kan berdoa pada yg Esa..Allah kan Maha Mendengar.....insyaAllah...


Permalink

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time