Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..

Archives

gravatar

SYUKURLAH kerana setiap dugaan pasti ada hikmahnya..

Sahabat..semoga kalian sentiasa bahagia dan tabah dalam mengharungi dugaan hidup..coretanku pd kali ini biasa2 saja..hanya ingin memetik sedikit berkaitan dugaan hidup..

A>Saya berasal dari kampung..dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin..segalanya yang saya mahukan jika berkaitan dengan wang ringgit pasti sukar untuk ditunaikan..kerana keluarga saya tidak mampu..seringkali saya merungut kenapa nasib saya malang seperti ini..cemburu melihat kehidupan kawan2 yang senang lenang.."alangkah bahagianya hidup aku andai aku dpt mnjadi seperti mereka.."

B>Saya pula hidup mewah,kaya raya,senang lenang..apa sahaja yg saya inginkan,pasti akan ditunaikan..segalanya seperti mampu dibeli dengan wang tunai..cakap je nk ape,msti dapat punye..tp ada satu perkara yang sangat saya inginkan berbanding perkara lain..kasih sayang ibu dan bapa..ibu dan bapa saya atau mummy and daddy saya sibuk bekerja smpai kami tiada masa untuk bersama..sudah lama kami x brsembang,brtanya khabar dgn satu sama lain..sibuk mengejar harta dunia,tetapi lupa untuk menambah bekalan ke akhirat..

C>Saya pula bahagia dengan keluarga saya..status kewangan,x miskin x kaya..sederhana sahaja..alhamdulillah keluarga saya sgt mementingkan soal agama..mcm sempurna je kan?tp saya juga ade kekurangan...saya dilahirkan dlm keadaan lain drpd org lain..org lain ade 2 kaki..tp saya ade 1 kaki je..cemburu jugak bila tengok org lain dpt bjalan,brlari ke sana ke mari..sedangkan saya dr kecik lagi x prnah merasakan semua itu..

D>Tiba giliran saya pulak..saya ade lengkap seluruh anggota tubuh badan..normal la..tp saya x pernah merasai kasih sayang ibu bapa saya..bukan kerana mereka sibuk bekerja,tp mereka telah kembali ke rahmatullah..sejak saya lahir lagi,saya belum prnah brjumpa dgn mereka..saya x sempat untuk menatap wajah mereka..cuma saya boleh doakan kesejahteraan mereka di sana..best ke ada keluarga?entah la..saya x tau mcm mana nk mnjawabnya..sbb saya x prnah merasainya..kadangkala cemburu juga melihat sahabat2 yang bahagia brsama keluarga masing2..dipeluk,dicium oleh ibu bapa masing2..

E>Dan saya..dikurniakan wajah yang sgt rupawan..fizikal yang menarik..suara yang merdu..pendek kata memang cantik la..tp saya x dpt lg nk mengamati diri saya yang cantik ini kerana Allah telah menarik balik nikmat yang dikurniakan kepada saya..saya sudah x dpt melihat..buta..dunia saya kini gelap..sgt cemburu bila trdengar org lain memuji itu dan ini,semuanya cntik..sedangkan saya x dpt melihat kecantikan itu..

A,B,C,D dan E merasakan hidup mereka x brmakna lagi..mereka sudah putus asa,x mahu lagi teruskan kehidupan masing2..saat mereka ingin mengakhiri kehidupan masing2,mereka trdengar lagu Langkah Tercipta - UNIC yang sedang dimainkan di radio..xtau la dr mana dtgnya bunyi radio itu..tp mereka membatalkan seketika rncangan mereka oleh kerana lirik lagu itu yang penuh brmakna..

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.



Suatu hari A,B,C,D dan E ditakdirkan brjumpa satu sama lain..mereka mnjadi kawan karib..semakin lama mereka berkawan,semakin itulah mereka sedar bahawa setiap orang ade dugaannya yg trsendiri..pada mulanya tmbul juga sifat iri hati trhadap satu sama lain..si miskin cemburu dgn si kaya..yg x cantik cemburu dgn yg cantik..masing2 cemburu dgn kelebihan nmasing2..namun mereka sedar,ini semua dugaan semata2..mereka mula bersyukur dgn setiap nikmat yang mereka ada..yg paling penting,hidup mestilah taat kepada Pencipta..

Sejak itu,mereka menjadi muslimah sejati,di mana mereka taat akan suruhan agama..mereka menyesal kerana sebelum ini mereka tidak bersyukur dgn apa yang mereka ada..mereka dibutakan dgn nikmat dunia..sedang duduk2 brsembang,mereka trdengar sebuah lagu..

Cipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwan yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga..



Tanpa disedari,air mata mereka mengalir..sungguh mereka menyesal akan perbuatan mereka yang trdahulu..hanyut dgn dunia..betapa tingginya nilai hidayah Allah..namun mereka sedih kerana ramai lg sahabat2 lain yg belum dikurniakan hidayah..masih lagi hanyut dlm fitnah dunia..seandainya mereka tidak diuji dengan dugaan2 itu,adakah mereka akan sedar??mereka muhasabah diri masing2..sesungguhnya setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya..alhamdulillah..


Permalink
gravatar

Kita lupa bahawa kita berurusan dengan manusia.

Bayangkan situasi ini. Tapi boleh jadi ada juga yang pernah mengalaminya.

Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya. Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan @ kesilapan. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita.

Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat”

Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan syakhsiahnya yang baik selama ini itu.

Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia.

Manusia, bukan malaikat.

Sepanjang kita hidup, kita tidak akan bertemu manusia seperti malaikat. Tidak akan. Ianya mustahil. Kita berjumpa ramai orang baik dalam kehidupan tetapi, sebaik-baik mana pun manusia kita jumpa, pasti ada kekurangannya.

Yang jika kita mahu, kita boleh canang-canangkan keburukannya, kelemahannya.

Tetapi kita kena sentiasa mengingatkan diri. Dia adalah manusia. Pasti ada sisi kekurangannya. Kita yang inigin menilainya juga ada kekurangan.

Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah.

Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, akan ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak sahaja.

Tetapi akal kita sukar untuk rasional.

Sebab kita lupa, kita berurusan dengan manusia.

Manusia, bukan robot

Yang cantiknya pada manusia, tiada manusia yang serupa 100%. Kalau muka seiras sekalipun, pasti ada kelainan dari segi akhlak, kehidupan peribadi, gaya tutur dan sebagainya.

Manusia bukan seperti robot, dicipta di satu kilang yang sama, diprogram dengan program yang sama dan bergerak dengan pergerakan yang sama. Manusia adalah makhluk bebas, diberikan ikhtiar, peribadinya terikat dengan persekitaran tumbesaran.

Sebab itu, Allah mengarahkan kita untuk berkenalan dan mendalami insan yang lain.

Justeru kita tidak boleh mengharapkan 100% daripada manusia. Kita perlu menerima sisi kekurangannya. Kita perlu bersedia untuk dia melakukan kesilapan. Kita perlu melapangkan jiwa kita, apabila dia melakukan kesalahan.

Sebab kita berhubungan dengan manusia.

Manusia mana yang boleh dikatakan sempurna selain Rasulullah SAW?

Tiada.

Nanti ada waktu, kita pula kejatuhan

Dan perlu diingat, bahawa kita juga manusia. Percayalah cakap saya, tiada manusia yang akan sentiasa berada di atas sepanjang kehidupannya. Akan ada juga sesi kejatuhan demi kejatuhan. Tinggal kejatuhan itu besar atau tidak sahaja.

Namun, setiap kejatuhan itu, kita memerlukan teman yang memahami, yang mendalami keadaan kita yang sedang kejatuhan.

Sebab itu, apabila ada sahabat kita, kenalan kita, melakukan kesilapan, kesalahan, maka jangan terus disisihkan. Berikan peluang, tegur dengan tenang. Didik, pupuk, berusaha untuk terus menjaga hubungan dan saling lengkap melengkapi.

Hari ini, kita berusaha memahaminya.

InsyaAllah, ada hari, apabila kita memerlukan manusia memahami kita, Allah akan hantar pula seseorang untuk memahami kita.

Lapangkan dadamu kepada manusia, kerana Dia juga melapangkan rahmat-Nya untuk mereka.

Berikan peluang, luaskan medan maaf. Jangan pantas melenting. Jangan merajuk, dan jangan bersedih. Kita sedang berurusan dengan manusia. Perlukan toleransi, tolak ansur dan berlapang dada.

Jangan kerana silapnya yang beberapa, kita sisihkannya seakan dia ahli neraka.

Jangan.

Lihatlah Allah Yang Maha Penyayang itu. Bagaimana Dia berursan dengan manusia. Tidakkah anda lihat banyak kelapangan, kelonggaran yang Allah berikan untuk insan?

Contoh paling baik adalah, Allah mengutuskan Rasul itu dari kalangan manusia. Allah tidak menjadikan Jibril sebagai rasul kepada manusia. Hal ini kerana, Allah faham betapa manusia ini perlu pendidikan secara praktikal. Bagaimana mungkin manusia boleh mencontohi malaikat yang apabila Allah kata sekian, tanpa cepat sesaat, lewat sesaat, arahan itu akan dilaksanakan dengan penuh taat?

Kita juga melihat, Allah menyediakan keampunan yang sangat luas untuk insan. Kenapa? Kerana Allah tahu betapa manusia ini banyak silapnya.

Itu kelapangan Allah, empunya segala apa yang wujud di dunia.

Maka, di mana hak kita untuk membenci manusia yang berbuat kesilapan? Di mana hak kita untuk mencaci pula sekolahnya, agamanya, peribadinya yang baik sebelum kesilapannya itu?

Ya, kita benci kesilapannya, kesalahannya, keingkarannya. Tetapi kita tidak sesekali benci pada dia. Malah kita berhajat memahaminya, membimbingnya.

Sebab dia adalah manusia, seperti kita.

Semoga kita saling memahami, saling mendalami. Pecahkan tembok keegganan, buka seluas-luasnya tawaran kemaafan.


Permalink
gravatar

Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah....

Assalamu'alaikum..(jwb jgn x jwb..hehehehehehe)

mcm lame je x update blog..kalu bleh tiap2 hari nk update blog..hehehe..bkn pe,ketagih nk tmbah ilmu..share ilmu...??emm..ilmu x byk..tp yg ade ckit2 dlm otak ni,kita share ye....hehehehe...

xde idea sgt nk tulis ape ni..tp tulis je la ape2 pn kan..jnji tulis...

ok la..kte share ckit pasal bersyukur..maaf la kalau ayat x bunga2..hehehehe

bersyukurlah bila kita xde ape yg kita nak..
kerana kalu kita da ade sgalanya,ape lg yg kita nk cari dlm hidup ni??

bersyukurlah bila kita xtau sesuatu perkara..
kerana ini mmberi peluang kpd kita untuk mnimba ilmu..

bersyukurlah bila kita mghadapi kesusahan dan kepayahan..
kerana sepanjang masa susah inilah kita mmbesar dgn lebih matang..

bersyukurlah atas kekurangan dan kelemahan diri..
kerana dgn inilah kita akan berusaha mmperbaiki diri kita..

bersyukurlah atas segala ujian dan dugaan..
kerana ujian inilah yg akan mmbentuk kekuatan dan sahsiah diri..

bersyukurlah atas segala kesilapan yg pernah dilakukan..
kerana dari kesilapan inilah kita dpt belajar dan mndapat pengajaran..

bersyukurlah andai kita merasa penat dan x brmaya..
kerana ini bermakna kita telah melakukan sesuatu untuk berubah..

ثُمَّ عَفَوْنَا عَنْكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Kemudian sesudah itu Kami maafkan kesalahanmu, agar kamu bersyukur.
Al-Baqarah:052
ثُمَّ بَعَثْنَاكُمْ مِنْ بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Setelah itu Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati, supaya kamu bersyukur.
Al-Baqarah:056
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
Al-Baqarah:152
مَا يَفْعَلُ اللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِنْ شَكَرْتُمْ وَءَامَنْتُمْ وَكَانَ اللَّهُ شَاكِرًا عَلِيمًا
Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman ? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.
An-Nisaa`:147

cubalah sedaya upaya dlm mncari jalan untuk bersyukur atas segala masalah kita dan insyaAllah masalah ini akan brtukar mnjadi nikmat dlm hidup kita..semoga kita semua diberkati n_n


Permalink

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time