Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..
gravatar

PANDAI MACAM LEMBUUU...

LEMBU: Hai anjing, apa
habaq? Macam ada yg tak
kena je?
ANJING: Aku tengah tension
nih. Mau je aku gigit
manusia tadi.
LEMBU : Eh? kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua
orang manusia lelaki dan
perempuan yang sedang
berkepit. Tetiba si lelaki
terperanjat dan terus
melompat dan berkata "Hoi
anjing, pergi jauh-jauh,
najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan
haram. Najis tahap berat
bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis
sekali pon, kalau dia
tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh
dan raba-raba awek dia tu
apa? Boleh ke nak samak
dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang
wanita yg bukan mahramnya
tanpa ikatan yg sah, lebih
dahsyat kenajisannya
daripada memegang ko
anjing, malah tak boleh suci
sekalipun disamak.
ANJING: Wah.. ayat ko
memang power la...
manusia kena ubah pepatah
"Pandai macam LEMBU"
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang
diriwayatkan daripada ibnu
majah menyatakan bahawa
"Bergomolan dengan babi
(khinzir) itu adalah lebih
baik berbanding dengan
bersentuhan (secara
sengaja) dengan wanita
yang bukan mahram".
Bersentuhan (dengan
sengaja & apatah lagi
bertujuan syahwat) adalah
berdosa dan wajib bertaubat
bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan
hanya perlu disuci (bukan
bertaubat). Menyentuh
anjing bukanlah satu
kesalahan (dosa) atau
maksiat. Tetapi, menyentuh
wanita bukan mahram
adalah berdosa dan
merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis
yang lain yang maksudnya,
"Sesungguhnya kepala yang
ditusuk dengan besi itu lebih
baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis
yang tidak halal baginya'.
(Riwayat At Tabrani dan
Baihaqi)
"Katakanlah lagi
(kepadanya): Adakah sama
orang-orang yang
mengetahui dengan orang-
orang yang tidak
mengetahui? Sesungguhnya
orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan
peringatan hanyalah orang-
orang yang berakal
sempurna". (Surah Zumar:
9)

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time

Archive