Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..
gravatar

Neraka juga x terima pmbunuh Sosilawati???????

Assalamu'alaikum ya akhi ya ukhti..moge2 sume sihat n berada dlm lingkaran rahmat Allah..

Terasa sayu bila trdengar berita mengenai kematian Datuk Sosilawati Lawiya n 3 rakannye yg lain..pmbunuhan mereka yg disifatkan sbg pmbunuhan yg amat tragis n kejam mmg x dpt nk dinafikan..mereka diculik,dirompak n kmudian dibunuh..disiksa,disembelih dgn mggunakan pisau sabit,dilumur dgn najis lembu dan kmudian dibakar!mlahan,abu mayat mereka dihanyutkan??ya Allah,sgguh kejam sekali..x trbayang betapa sedih ahli keluarga mereka apabila menerima berita ini..tmbahan lg prkara ini berlaku di sekitar bln ramadhan mnjelang syawal..betapa x brmakna syawal pd tahun ini buat mereka..

ana ada trbace keratan akhbar..ana paste di sini ye..

Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat

Shahrizat (kanan) menenangkan Balqis Dayana (berselendang hitam) sambil diperhatikan anak Sosilawati pada majlis tahlil di rumah pengasas kosmetik itu. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah yang dilakukan sangat kejam dan menyifatkan 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah' seperti itu.

"Kami mendesak supaya keadilan dilaksanakan. Kami meminta pihak polis untuk menyelesaikan siasatan dengan secepat mungkin.

"Mereka yang terlibat hendaklah dibawa ke mahkamah dan kes juga didengar secepat mungkin, diberi keutamaan dan tidak ditangguh.

"Jika disabitkan, mereka mestilah dikenakan hukuman maksimum," katanya.

Majlis tahlil diadakan di rumah Sosilawati pada Selasa. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil di kediaman Sosilawati dekat sini, Selasa.

Shahrizat yang mengenali Sosilawati sejak kira-kira tiga tahun lalu menyifatkan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu sebagai seorang wanita yang sangat positif dan menjadi inspirasi kepada individu lain.

"Beliau (Sosilawati) datang ke kementerian sebagai seorang yang berjaya dan mahu membantu golongan wanita.

"Beliau seorang selebriti yang mempunyai banyak pengikut dan tarikannya adalah sikap yang cekal, sering fokus, rajin bekerja dan mempunyai impian serta tidak mudah mengalah," katanya mengulas penampilan Sosilawati.

Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dibunuh dengan kejam sebelum dibakar.

Mereka dilaporkan hilang hampir dua minggu yang lalu selepas dikatakan menuju ke Banting, dekat sini, untuk bertemu seorang peguam bergelar Datuk bagi membincangkan isu pembelian tanah.

Pada Isnin, polis mengesahkan abu mayat mereka telah dibuang ke beberapa sungai berhampiran Tanjung Sepat, Banting.


begitulah kenyataan yg dikeluarkan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil..dimana beliau nyatakan bahawa 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah seperti itu'..
tp betul ke kenyataan beliau ini??cuba kita fkir ye..kalau neraka pn xnak terima mereka yg sgt kejam ini,xkan la syurga kot nk terima mereka???????krn di akhirat cuma ada syurga n neraka je..jd sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian,kita kena berhati2 dlm stiap tutur kata yg disampaikan...nmpk mcm kecik je,tp sbnrnye BESAR...hehe..kalau ade yg terikut2 statement beliau ni,ya Allah,bleh rosak aqidah..

so,moral of the story,nk brcakap kne ade ilmu..kne fkir dlm2..bru la lafazkan ye..
peace no war ^_^

amira fatihah mmg oe bijak....n berilmu dlm tuturkata ,,,,hidup amira!!!!!!!

syukran ye cerita sekupang..
imean:siapakah anda?????emm..ana biasa2 je..syukran

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time