10 JENIS KEKEJAMAN ORANG MUSLIM
Sufyan Atsauri berkata:
"Sepuluh macam daripada
kekejaman ialah:
1. Seorang yang berdoa untuk
dirinya sendiri, dan tidak
mendoakan untuk anak-
anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai
membaca Al-Quran, tetapi tiap
harinya tidak membaca seratus
ayat.
3. Seorang yang masuk masjid
lalu keluar dan tidak
sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan
melalui kuburan kemudian
tidak memberi salam dan
mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di
suatu kota pada hari Jumaat
kemudian tidak sembahyang
jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya
didatangi oleh seorang alim,
tiba-tiba tidak mahu belajar
apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di
perjalanan dan masing-masing
tidak menanyakan nama
kawannya itu.
8. Seorang diundang pada
jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja
dan tidak mahu belajar ilmu
dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang
sedang dia tahu bahawa
tetangganya lapar, tetapi tidak
diberi dari makanannya itu.