Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..
gravatar

10 JENIS SEKSAAN YG MENIMPA WANITA

SEPULUH jenis seksaan yang
menimpa wanita yang
diperlihatkan kepada Nabi
Muhammad SAW ketika
melalui peristiwa Israk dan
Mikraj, membuatkan
Rasulullah menangis setiap kali
mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu,
antaranya Baginda
diperlihatkan
(1) perempuan yang digantung
dengan rambut dan otak di
kepalanya mendidih. Mereka
adalah perempuan yang tidak
mahu melindungi rambutnya
daripada dilihat lelaki
lain.Seksaan lain yang
diperlihatkan Baginda ialah
(2) perempuan yang digantung
dengan lidahnya dan
(3) tangannya dikeluarkan
daripada punggung dan
(4) minyak panas dituangkan
ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan
yang suka menyakiti hati suami
dengan kata-katanya.Baginda
juga melihat bagaimana
(5) perempuan digantung buah
dadanya dari arah punggung
dan air pokok zakum dituang
ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan
yang menyusui anak orang lain
tanpa keizinan suaminya.Ada
pula
(6) perempuan diikat dua
kakinya serta dua tangannya
sampai ke ubun dan dibelit
beberapa ular dan kala
jengking. Mereka adalah
perempuan yang boleh solat
dan berpuasa tetapi tidak
mahu mengerjakannya, tidak
berwuduk dan tidak mahu
mandi junub. Mereka sering
keluar rumah tanpa mendapat
izin suaminya terlebih dulu dan
tidak mandi iaitu tidak bersuci
selepas habis haid dan
nifas.Selain itu, Baginda
melihat
(7) perempuan yang makan
daging tubuhnya sendiri
manakala di bawahnya ada api
yang menyala. Mereka adalah
perempuan yang berhias untuk
dilihat lelaki lain dan suka
menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat
(8) perempuan yang memotong
badannya sendiri dengan
gunting dari neraka. Mereka
adalah perempuan yang suka
memasyhurkan diri sendiri
supaya orang melihat akan
perhiasannya.Seksaan lain
yang dilihat Baginda ialah
(9) perempuan yang kepalanya
seperti kepala babi dan
badannya pula seperti keldai.
Mereka adalah perempuan
yang suka mengadu domba dan
sangat suka berdusta.Ada pula
perempuan yang Baginda
nampak yang
(10) rupanya berbentuk anjing
dan beberapa ekor ular serta
kala jengking masuk ke dalam
mulutnya dan keluar melalui
duburnya. Mereka adalah
perempuan yang suka marah
kepada suaminya dan
memfitnah orang lain.
ALLAH HU
AKHBAR...........NAUZUBILL

AH...YA

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time

Archive