bukan niat saya nak seksi
BABAK Haliza Misbun tampil
seksi dengan gaun
mendedahkan sebahagian
besar payudaranya dalam
filem Andartu Terlampau...21
hari Mencari Suami!, bakal
mencetuskan kontroversi.
Apakah Haliza yang juga
penerbit filem ini sengaja
paparkan babak itu untuk
melariskan filem itu?
Maklumlah, ini filem sulung
terbitan syarikatnya, BIG
Productions Sdn Bhd dan
mengeluarkan bajet yang
besar, RM1.2 juta, sudah tentu
mengharapkan pulangan
lumayan apabila ditayangkan
di pawagam pada 20 Mei nanti.
Namun, Haliza menafikan
perkara itu. Katanya, tiada
niat untuk tampil seksi seperti
itu sebaliknya ada alasan
sendiri. "Sebenarnya, saya
tidak dapat gambaran ketika
penggambaran babak itu. Saya
tidak tahu jurukamera akan
shoot dari atas. Seandainya,
babak itu orang kata saya
seksi, terus terang, saya
memang tidak sengaja
melakukannya. Lembaga
Penapis Filem (LPF) juga
meluluskan filem ini tanpa
sebarang potongan," katanya
ketika ditemui selepas
pratonton filem ini, baru-baru
ini.
Sumber: Harian Metro 01/05/10
ULASAN
Ukuran Seksi Bukan
Bergantung Pada Niat, Tetapi
Syariat Islam.Lucu mendengar
dan membaca kata-kata
manusia yang bergelar artis.
Ketika mana mereka seksi dan
tidak menutup aurat, banyak
sungguh dalih dan justifikasi
yang digunakan untuk
menghalalkan apa yang
mereka lakukan. Bagi mereka,
matlamat akan menghalalkan
segala cara yang mereka
lakukan tidak kira samada
ianya bertentangan dengan
syariat Islam atau tidak. Jadi,
tidak hairanlah jika Haliza
Misbun sendiri berdolak dalih
dan menjadikan “niat” sebagai
justifikasi menghalalkan
tindakannya mendedahkan
sebahagian besar auratnya.
LPF yang menjadi badan
penapis bukanlah badan yang
menggunakan kriteria yang
digariskan oleh syariat Islam
dalam penapisannya.
Hakikatnya LPF telah
meluluskan banyak filem yang
tidak sejajar dengan syariat
Islam jadi tidak hairanlah jika
LPF juga meluluskan filem
yang dilakonkan oleh Haliza
Misbun ini.
Situasi seperti ini tidaklah
menghairankan kerana umat
Islam sekarang sudah
dipengaruhi oleh pemahaman
liberal dan sekular. Sistem
kapitalis yang dijalankan pula
tidaklah membantu dalam
mengembalikan Islam dalam
kehidupan malah
menggalakkan lagi maksiat.
Melayu oh melayu,mengapa
Islam mu hanya tinggal pada
nama dan keturunan sahaja?