Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..
gravatar

KEHEBATAN BISMILLAH.

Dengan nama Allah, Yang
Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang. Sabda Rasulullah
SAW: "Adalah Jibril apabila
datang kepadaku, yang
pertama diberikannya
kepadaku ialah Bismillaahir
Rahmaanir
Rahiim." (Darulquthni dan Ibnu
Umar RA)
.
Sabda Rasulullah SAW: "Itulah
isim dari asma Allah. Tidak
lain antara ia dengan nama
Allah, 'Akbar' seperti putih
mata dengan hitamnya.
Begitulah dekatnya."
Demikianlah jawapan
Rasulullah SAW ketika ditanya
oleh Uthman Ibnu Affan RA
berkenaan Bismillah. Sabda
Baginda SAW lagi: "Ismullahil-
A'zham ialah Allah. Apakah
engkau tidak lihat
bahawasanya pada semua
pembacaan Al-Qur'an dimulai
dengan Bismillaahir
Rahmaanir Rahiim sebelum
menyebut nama-nama Allah
yang lain." (Riwayat Imam
Bukhari dari Jabir RA).
.
Bersabda Nabi SAW: "Ketika
turunnya Bismillaahir
Rahmaanir Rahiim,
bergembiralah ahli langit dari
bangsa Malaikat,
bergoncanglah 'Arasy kerana
turunnya. Turut serta
bersamanya 1000 Malaikat.
Dan, bertambahlah iman para
Malaikat. Dan, tunduklah
segala jin dan bergetar segala
planet. Gementar segala
sendi-sendi kerana turunnya."
Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni
dari Siti Aisyah r.anhuma:
"Ketika turun Bismillaahir
Rahmaanir Rahiim, mengucap
tasbihlah gunung-ganang
hingga dapat didengar para
penduduk Mekah dan
sekitarnya. Lalu mereka
berkata: "Rupanya
Muhammad yang menyihir
gunung-gunung itu." Kemudian
Allah bangkitkan awan hingga
meneduhkan penduduk
Mekah."
.
Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa membaca
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
dengan penuh yakin, akan
bertasbihlah gunung-ganang.
Cuma sahaja ia tidak dapat
mendengarnya." Rasulullah
SAW bersabda: "Barangsiapa
mengucapkan Bismillaahir
Rahmaanir Rahiim dan Laa
Haula Wala Quwwata Illaa
Billaahil 'Aliyyil Adzhiim, Allah
lepaskan dia dari 70 pintu bala
dan kesukaran, dukacita dan
kesakitan.".
.
Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi
dari Ibnu Mas'ud RA:
"Barangsiapa ingin dipelihara
oleh Allah dari seksaan
Neraka Zabaniah yang
sembilan belas, maka
hendaklah dia mengucapkan
Bismillaahir Rahmaanir
Rahiim. Kerana Allah
menjadikan tiap-tiap huruf
Bismillah itu sebagai perisai."
Dari Ad-Dailami dari Ibnu
Mas'ud RA, bersabda
Rasulullah SAW: "Barangsiapa
membaca Bismillaahir
Rahmaanir Rahiim, dituliskan
baginya tiap-tiap huruf 4000
kebajikan, dihapuskan darinya
4000 keburukan dan diangkat
dia 4000 darjat."
.
Bersabda Nabi SAW: "Jin itu
suka memakai barang-barang
kepunyaan manusia dan
pakaian mereka. Oleh itu,
barangsiapa mengambil atau
menaruh pakaian, ucapkanlah
Bismillaahir Rahmaanir
Rahiim. Kerana sesungguhnya
nama Allah yang dibacakan di
situ merupakan cop mohor
Allah." Pengertian dari hadith
di atas ialah hendaklah kita
mengucapkan Bismillaahir
Rahmaanir Rahiim setiap kali
kita menyimpan atau
mengambil barang-barang
kepunyaan kita agar
terpelihara daripada jin dan
syaitan. Bukan sahaja kita
mendapat pahala dari
mengucapkannya tetapi juga
mendapat keberkatan dan
keselamatan sama ada atas
harta-benda mahupun diri dan
segala usaha kita.
.
Dari Anas bin Malik bersabda
Nabi SAW: "Andaikata
pepohon dijadikan pena dan
lautan dijadikan tinta, lalu
dikumpulkan semua jin,
manusia dan malaikat untuk
membuat buku dan menulis
erti Bismillaahir Rahmaanir
Rahiim selama sejuta tahun,
mereka tidak akan sanggup
mengertikannya walau hanya
satu persepuluh darinya."
Bersabda Rasulullah SAW:
"Ada suatu kaum yang datang
pada Hari Qiamat nanti
dengan mengucapkan
Bismillaahir Rahmaanir
Rahiim. Lebih berat kebajikan
mereka dari keburukan
mereka. Lalu berkata umat-
umat yang lain: "Alangkah
beratnya timbangan amal
kebajikan mereka."
Sesungguhnya, adapun yang
menjadi sedemikian kerana
mereka sentiasa memulai
segala perbicaraan mereka
dengan Bismillahir Rahmaanir
Rahiim. Kerana ia adalah Isim
Allah Yang Maha Agung. Jika
sekiranya diletakkan langit
dan bumi serta segala isinya
ke atas neraca timbangan,
nescaya beratlah lagi kalimah
Bismillaahir Rahmaanir
Rahiim."
.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi
SAW bersabda: "Apabila
engkau berwuduk, ucapkanlah
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
kerana malaikat penjagamu
tidak akan berhenti
menuliskan kebajikan bagimu
sehingga engkau selesai. Dan,
apabila engkau ingin bersatu
dengan isterimu, ucapkanlah
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
kerana sesungguhnya malaikat
penjagamu akan menuliskan
kebajikan bagimu hingga
selesai engkau mandi janabah.
Jika dari persetubuhan itu lahir
seorang anak, akan dituliskan
bagimu kebajikan menurut
bilangan nafasnya dan
bilangan anak-cucunya hingga
tidak dikecualikan walau
seorang."
.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas
RA telah bersabda Rasulullah
SAW: "Barangsiapa di antara
kamu apabila ia akan
bersetubuh dengan isterinya,
lalu dia mengucapkan
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
dan "Ya Allah, jauhkanlah
syaitan daripada kami dan
jauhkanlah syaitan itu
daripada apa yang Engkau
kurniakan untuk kami", maka
jika sesungguhnya Allah
takdirkan dari persetubuhan
itu lahir seorang anak, tidak
akan dapat syaitan
memudaratkannya untuk
selama-lamanya."
.
Dikisahkan di dalam Kitab
Khozinatul-Asror bahawasanya
Allah Ta'ala itu mempunyai
3000 nama yang mana 1000
nama hanya diketahui oleh
para Nabi-Nabi Allah, 300
nama disebutkan di dalam
Kitab Taurat, 300 nama
disebutkan di dalam kitab Injil,
300 nama disebutkan di dalam
Kitab Zabur, 99 nama
disebutkan di dalam al-
Qur'anul Kariim manakala 1
berada di sisi Allah. Dan,
adapun makna daripada
keseluruhan 3000 nama ini
terhimpun di dalam 3 nama-
nama Allah iaitu Allah, Ar-
Rahmaan dan Ar-Rahiim yang
termaktub pula di dalam
kalimah Bismillaahir
Rahmaanir Rahiim. Maka,
barangsiapa mengajarkan dan
mengucapkan Bismillaahir
Rahmaanir Rahiim umpama ia
menyebutkan keseluruhan
3000 nama-nama Allah.
.
Adapun sesungguhnya kalimah
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
itu ada sembilan belas huruf
dan Malaikat-Malaikat penjaga
Neraka itu juga ada sembilan
belas. Maka, barangsiapa
membaca Bismillaahir
Rahmaanir Rahiim dengan
penuh ikhlas dan yakin kepada
Allah, nescaya terhindarlah
dia daripada siksaan Malaikat
Zabaniah. Dan, barangsiapa
mengucapkan Bismillaahir
Rahmaanir Rahiim banyak-
banyak dengan harapan
mendapat rezeki, nescaya
akan diberikan Allah rezeki
dengan mudah dan tidak
terduga olehnya. Serta, diberi
kurnia kehebatan di hati
manusia dan di sisi alam yang
tinggi (yakni Malaikat) dan
alam yang rendah (yakni
manusia dan lain-lain makhluk
Allah di mukabumi ).

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time

Archive