Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..
gravatar

LAKI DAYUS TIDAK AKAN MASUK SYURGA.

Jika sebelum ini saya( ustaz
zaharuddin) menulis dua
artikel berkenaan aurat dan
wanita. Saya juga telah
mendedahkan satu email yang
mengandungi artikel
berkenaan bahaya nafsu lelaki
dan sebagai pengetahuan am
buat para wanita.
Walaubagaimanapun, tidak
memadai info-info tersebut
tanpa menyentuh satu lagi bab
yang amat berkaitan
dengannya.
Bab berkenaan suami dan
tanggungjawab mereka
terhadap isteri mereka dan
anak-anak perempuan mereka.
Sebenarnya, bab ini agak
panjang kerana terlalu banyak
tanggung jawab suami dan
ayah terhadap ahli
keluarganya. Cuma bagi
memudahkan kefahaman,
tulisan ringkas ini akan fokus
kepada satu isu terlebih
dahulu. Iaitu siapa itu lelaki
dayus yang dimaksudkan oleh
Nabi SAW tidak akan masuk
syurga.
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم
يوم القيامة: العاق لوالديه،
والمترجلة، والديوث. رواه أحمد
والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang
Allah tidak akan melihat
(bermakna tiada bantuan dari
dikenakan azab) mereka di
hari kiamat : Si penderhaka
kepada ibu bapa, si perempuan
yang menyerupai lelaki dan si
lelaki DAYUS" ( Riwayat
Ahmad & An-Nasaie: Albani
mengesahkannya Sohih :
Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain
pula :
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ -
تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم
الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ،
والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في
أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد
والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah
haramkan baginya Syurga :
orang yang ketagih arak, si
penderhaka kepada ibu bapa
dan Si Dayus yang membiarkan
maksiat dilakukan oleh ahli
keluarganya" ( Riwayat
Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-
hadith yang membawa makna
yang hampir dengan dua hadith
ini. Secara ringkasnya, apakah
dan siapakah lelaki dayus?
ERTI DAYUS
suami tiada kuasa?Dayus telah
disebutkan dalam beberapa
riwayat athar dan hadith yang
lain iaitu :-
1) Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله
قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا
الديوث والرجلة من النساء
والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله
أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما
الديوث قال الذي لا يبالي من
دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir
berkata, ia mendengar dari
Rasulullah SAW berkata : "
Tiga yang tidak memasuki
syurga sampai bila-bila iaiatu Si
DAYUS, si wanita yang
menyerupai lelaki dan orang
yang ketagih arak" lalu
sahabat berkata : Wahai
Rasulullah, kami telah faham
erti orang yang ketagih arak,
tetapi apakah itu DAYUS? ,
berkata nabi : "IAITU ORANG
YANG TIDAK MEMPERDULIKAN
SIAPA YANG MASUK BERTEMU
DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN
ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat
At-Tabrani ; Majma az-Zawaid,
4/327 dan rawinya adalah
thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat
memahami bahawa maksud
lelaki DAYUS adalah si suami
atau bapa yang langsung tiada
perasaan risau dan ambil
endah dengan siapa isteri dan
anaknya bersama, bertemu,
malah sebahagiannya
membiarkan sahaja isterinya
dan anak perempuannya
dipegang dan dipeluk oleh
sebarangan lelaki lain.
2) Pernah juga diriwayatkan
dalam hadith lain, soalan yang
sama dari sahabat tentang
siapakah dayus, lalu jawab
Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث
قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu
wahai Rasulullah ?. Jawab
Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki)
yang membiarkan kejahatan
( zina, buka aurat, bergaul
bebas ) dilakukan oleh ahlinya
( isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang
Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh
para ulama berkenaan istilah
Dayus, ia adalah seperti
berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak
ada perasaan cemburu (kerana
iman) terhadap ahlinya (isteri
dan anak-anaknya) (An-
Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab,
2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata :
"Cemburu lawannya
dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
DAYUS ADALAH DOSA BESAR
Ulama Islam juga bersetuju
untuk mengkategorikan dayus
ini dalam bab dosa besar,
sehingga disebutkan dalam
satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ
) وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ
الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ
الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ )
Ertinya : Allah telah melaknat
lelaki dayus ( laknat bermakna
ia adalah dosa besar dan
kerana itu wajiblah dipisahkan
suami itu dari isterinya dan
diharamkan bergaul
dengannya) (Matalib uli nuha,
5/320 )
Walaupun ia bukanlah satu
fatwa yang terpakai secara
meluas, tetapi ia cukup untuk
menunjukkan betapa tegasnya
sebahagian ulama dalam hal
kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan
lebih dahsyatnya takrifan para
ulama tentang erti dayus.
Imam Az-Zahabi menerangkan
berkenaan dayus dengan
katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة
في أهله ويسكت ولا يغار وورد
أيضا أن من وضع يده على امرأة لا
تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki
yang mengetahui perkara keji
dilakukan oleh ahlinya dan ia
sekadar senyap dan tiada rasa
cemburu ( atau ingin
bertindak), dan termasuk juga
ertinya adalah sesiapa yang
meletakkan tangannya kepada
seorang wanita yang tidak
halal baginya dengan
syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
CEMBURU YANG DITUNTUT
Ada isteri yang menyalahkan
suami kerana terlalu cemburu,
benar cemburu buta memang
menyusahkan, memang dalam
hal suami yang bertanya isteri
itu dan ini menyiasat, saya
nasihatkan agar isteri
janganlah memarahi suami
anda yang melakukan tindakan
demikian dan jangan juga
merasakan kecil hati sambil
membuat kesimpulan bahawa
suami tidak percaya kepada
diri anda. Kerap berlaku,
suami akan segera disalah erti
sebagai ‘tidak mempunyai
kepercayaan' kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu
memahami bahawa ia adalah
satu tuntutan dalam Islam dan
menunjukkan anda sedang
memiliki suami yang
bertanggungjawab dan sedang
subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang
suami yang memperolehi isteri
solehah kerana suami tidak
lagi sukar untuk mengelakkan
dirinya dari terjerumus dalam
lembah kedayusan. Ini kerana
tanpa sebarang campur tangan
dan nasihat dari sang suami,
isteri sudah pandai menjaga
aurat, maruah dan dirinya.
Nabi SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya : "Dari tanda
kebahagian anak Adam adalah
memperolehi wanita solehah
( isteri dan anak)" ( Riwayat
Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang amat beruntung,
malangnya tidak mudah
memperolehi isteri solehah di
zaman kehancuran ini,
sebagaimana sukarnya mencari
suami yang tidak dayus. Sejak
dulu, agak banyak juga email
dari pelbagai golongan muda
kepada saya menyebut tentang
keterlanjuran mereka secara
'ringan' dan 'berat', mereka
ingin mengetahui cara
bertawbat.
Semua suami dan ayah perlu
bertindak bagi mengelakkan
diri mereka jatuh dalam dayus.
Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala
menyemak hand phone isteri,
beg isteri dan lain-lain untuk
memastikan tiada yang diragui.
Mungkin ada isteri yang curang
ini dapat menyembunyikan
dosanya, tetapi sepandai-
pandai tupai melompat
akhirnya akan tertangkap jua.
Saya tahu, pasti akan ada
wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check
suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma
topic saya sekarang ni sedang
mencerita tanggung jawab
suami. Maka perlulah saya
fokus kepada tugas suami dulu
ye.
Cemburu seorang suami dan
ayah adalah wajib bagi mereka
demi menjaga maruah dan
kehormatan isteri dan anak-
anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu
peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ
رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي
لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ
غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ،
فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ
صلى الله عليه على آله وسلم
فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ
غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا
أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ
مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله
حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ
مِنْهَا وَمَا بَطَن .
Ertinya : Berkata Ubadah bin
Somit r.a : "Jika aku nampak
ada lelaki yang sibuk bersama
isteriku, nescaya akan ku
pukulnya dengan pedangku",
maka disampaikan kepada
Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi,
lalu nabi memberi respond :
"Adakah kamu kagum dengan
sifat cemburu (untuk agama)
yang dipunyai oleh Sa'ad ? ,
Demi Allah, aku lebih kuat
cemburu (ambil endah dan
benci demi agama)
berbandingnya, malah Allah
lebih cemburu dariku, kerana
kecemburuan Allah itulah
maka diharamkan setiap
perkara keji yang ternyata dan
tersembunyi.. " ( Riwayat Al-
Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan
RasulNya inginkan para suami
dan ayah mempunyai sifat
protective kepada ahli
keluarga dari melakukan
sebarang perkara keji dan
mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita
lihat betapa ramainya lelaki
akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan
aurat, bentuk tubuh isterinya
dinikmati oleh lelaki lain
sepanjang waktu pejabat (jika
bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik
lewat dari kerja yang tidak
diketahui bersama dengan
lelaki apa dan siapa, serta apa
yang dibuatnya di pejabat dan
siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya
dan anak perempuannya
dewasanya terlihat (terselak
kain) semasa menaiki motor
atau apa jua kenderaan
sepanjang yang menyebabkan
aurat terlihat.
4) Membiarkan anak
perempuannya ber'dating'
dengan tunangnya atau teman
lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak
perempuan berdua-duaan
dengan pasangannya di rumah
kononnya ibu bapa 'spoting'
yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan
dan berbangga dengan anak
perempuan dan isteri memakai
pakaian yang seksi di luar
rumah.
7) Membiarkan anak
perempuannya memasuki
akademi fantasia, mentor,
gang starz dan lain-lain yang
sepertinya sehingga
mempamerkan kecantikan
kepada jutaan manusia bukan
mahram.
8) Membiarkan isterinya atau
anaknya menjadi pelakon dan
berpelukan dengan lelaki lain,
kononnya atas dasar seni dan
lakonan semata-mata. Adakah
semasa berlakon nafsu
seorang lelaki di hilangkan?.
Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan
keluar rumah tanpa menutup
aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh
anggota tubuhnya oleh lelaki
lain tanpa sebab yang diiktoraf
oleh Islam seperti
menyelematkannya dari lemas
dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya
bersalin dengan dibidani oleh
doktor lelaki tanpa terdesak
dan keperluan yang tiada
pilihan.
12) Membawa isteri dan anak
perempuan untuk dirawati oleh
doktor lelaki sedangkan
wujudnya klinik dan hospital
yang mempunyai doktor
wanita.
13) Membiarkan isteri pergi
kerja menumpang dengan
teman lelaki sepejabat tanpa
sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap
berdua-duan dengan pemandu
kereta lelaki tanpa sebarang
pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin
saya coretkan di sini.
Kedayusan ini hanya akan sabit
kepada lelaki jika semua
maksiat yang dilakukan oleh
isteri atau anaknya secara
terbuka dan diketahui olehnya,
adapun jika berlaku secara
sulit, suami tidaklah
bertanggungjawab dan tidak
sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata
dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya
lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita
melihat, adakah kita sendiri
tergolong dalam salah satu
yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki
beriman..jangan kita termasuk
dalam golongan yang berdosa
besar ini.
Wahai para isteri dan anak-
anak perempuan, jika anda
sayangkan suami dan bapa
anda, janganlah anda
memasukkan mereka dalam
kategori DAYUS yang tiada
ruang untuk ke syurga Allah
SWT.
Sayangilah dirimu dan
keluargamu. Jagalah dirimu
dan keluargamu dari api
neraka.
Akhirnya, wahai para suami
dan ayah, pertahankan agama
isteri dan keluargamu walau
terpaksa bermatian kerananya.
Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang
mati dibunuh kerana
mempertahankan ahli
keluarganya, maka ia adalah
mati syahid" ( Riwayat Ahmad ,
Sohih menurut Syeikh Syuaib
Arnout)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time

Archive