Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

siapa saya?

My photo
hanya seorang insan yang ingin membersihkan diri ini dari segala dosa..andai saja air mata ini dapat membasuh segala dosaku,maka ku pohon padaMU ya Allah janganlah Engkau keringkan ia dari mengalir ke pipi..aku hanyalah hambaMu yang hina..yang mengharap pengampunan dariMu..yang mencari jalanMu..yang akhirnya pasti kembali padaMu..
gravatar

Meramal nasib melalui tarikh lahir

Soalan: Dr Asri, sekarang ada
banyak ceramah atau kursus
untuk menyingkap rahsia
tarikh lahir. Ada rakan-rakan
saya menyertainya dan mula
mempercayai nasib masa
depan mereka menerusi tarikh
lahir. Kononnya, tarikh lahir
menentukan kemampuan
dirinya, masa depannya dan
lain-lain. Apa yang dipilih pun
mesti berdasarkan tarikh lahir.
Adakah ini dizinkan oleh
Islam?
Jawapan Dr MAZA:
Saudara, dalam masyarakat
yang menghadapi berbagai
tekanan hidup, kesibukannya,
persaingan antara satu sama
lain, maka ramai yang akan
cuba mencari ‘keajaiban’ untuk
merentasi semua itu. Jika tidak
dengan iman yang benar,
maka sihir, merenung nasib
dan berbagai khurafat yang
lain akan timbul dan
mengambil tempat. Akan ada
sahaja pihak yang mengambil
kesempatan daripada keadaan
yang seperti ini. Untuk soalan
tersebut beberapa perkara
berikut saya ingin tegaskan;
1. Islam adalah agama yang
menentang semua unsur
khurafat, tahyul dan apa
sahaja kebatilan yang tidak
berasaskan fakta dan dalil
yang benar. Meramal masa
depan tanpa asas-asas yang
boleh dipercayai atau saintifik
adalah merosakkan akal dan
menimbulkan berbagai salah
sangka dalam kehidupan
manusia. Ia boleh memutuskan
harapan, atau membuat
jangkaan yang salah.
Sedangkan kita dilarang untuk
berputus asa dari rahmat
Allah. Segala unsur yang
membodohkan manusia,
ditentang keras oleh ajaran
Islam ini.
2. Kepercayaan bahawa tarikh
tertentu membentuk watak
tertentu tidak berasaskan apa-
apa bukti ilmiah sama sekali.
Demikian juga, kepercayaan
rupa paras tertentu membawa
perangai baik dan buruk yang
tertentu tidak berasaskan bukti
melainkan pra-sangka
terhadap ciptaan Allah semata.
Jika ada yang mendakwa
bahawa tarikh lahir tertentu
seperti angka 1 mempengaruhi
nasib tertentu dengan
disertakan bukti beberapa
tokoh atau individu, itu
bukanlah bukti yang ilmiah.
Entah berapa puluh juta
manusia memiliki angka 1
dalam tarikh lahirnya, adakah
semua mereka demikian?
Sudah pasti bagi setiap angka
ada berbagai watak manusia.
Jika mahu, kitaa boleh dapati
berapa ramai yang memiliki
angka selain 1 mempunyai ciri-
ciri yang sama dengan 1
seperti yang para ‘penilik dan
peramal’ nasib itu nyatakan.
Dari mana mereka perolehi
ciri-ciri tersebut? Ia
sebenarnya, sebahagian
warisan ahli-ahli nujum kono
yang ditentang oleh Islam,
atau mungkin rekaan baru
mereka untuk melariskan
‘ bisnes motivasi’.
3. Para penilik atau ahli nujum
nasib seperti itu menipu
manusia dengan mainan kata-
kata. Jika apa yang mereka
ramalkan itu kelihatan tidak
tepat, mereka akan berkata
‘itu disebabkan awak belum
lakukan itu dan ini’ atau
‘disebabkan awak belum tahu
potensi awak’ dan
seumpamanya. Mereka
mempengaruhi psikologi
sebahagian masyarakat.
Orang-orang yang
memandulkan akal, akan
mempercayai tipu helah yang
seperti itu.
4. Warna kulit dan rupa paras
adalah ciptaan Allah. Ia bukan
pilihan manusia. Tarikh lahir
juga adalah luar dari
penguasaan seseorang
individu. Meramal manusia
berdasarkan rupa atau tarikh
lahir, menyanggahi prinsip
Islam yang menilai manusia
berdasarkan amalan yang
telah dilakukan. Nabi s.a.w
menyebut:
“Wahai manusia!
Sesungguhnya tuhan kamu
sama, bapa kamu sama
(Adam). Ketahuilah! Tiada
kelebihan orang arab ke atas
‘ ajam (yang bukan arab), atau
‘ajam ke atas arab, atau yang
berkulit merah ke atas yang
berkulit hitam, atau yang
berkulit hitam ke atas yang
berkulit merah melainkan
ketakwaan ” (Riwayat Ahmad
dan al-Baihaqi, dinilai hasan
oleh al-Albani).
5. Masa depan seseorang
termasuk dalam perkara ghaib
yang tidak ketahui oleh sesiapa
melainkan Allah. Sesiapa yang
mendakwa dia mengetahui
kejadian masa depan tanpa
sebarang alasan yang
munasabah, maka dia telah
menandingi kenyataan Allah.
Nabi s.a.w pun tidak dapat
mengetahui masa depan,
buruk dan baik yang akan
menimpa melainkan dengan
kadar yang Allah wahyukan
kepada baginda. Firman Allah:
(maksudnya):
Katakanlah (wahai
Muhammad): “Aku tidak
berkuasa mendatangkan
manfaat bagi diriku dan tidak
dapat menolak mudarat
kecuali apa yang dikehendaki
Allah. Jika aku mengetahui
perkara-perkara yang ghaib,
tentulah aku akan
mengumpulkan dengan
banyaknya kebaikan dan
(tentulah) aku tidak ditimpa
kesusahan. Aku ini tidak lain
hanyalah pemberi amaran
(bagi orang-orang yang
engkar) dan pembawa berita
gembira bagi orang-orang
yang beriman ”(Surah al-A’raf:
188).
Jika ada ilmu untuk
mengetahui masa depan,
tentulah Nabi s.a.w lebih
utama untuk mengetahuinya
kerana perjuangan baginda
lebih penting dari segalanya.
Malangnya, tidak sedemikian!
6. Perbuatan menilik nasib
samada melalui ilmu bintang
atau bacaan di tapak tangan
atau tarikh lahir adalah haram
dan boleh membawa kepada
syirik jika mempercayai penilik
atau peramal tersebut
mengetahui yang ghaib. Sabda
Nabi s.a.w dalam hadis yang
sahih:
BACA SAMBUNGANNYA DI:
http://drmaza.com/home/

Islamic Hijri Calendar

Followers

leave ur comments here ^_^

visit me on Facebook ^_^

Popular Posts Last 7 days

Popular Posts All Time

Archive