
perempuan oh perempuan
Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body
semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana
tegang
Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju
senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-
terang
Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak
berkat
Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak
'garis'
Mata orang terbeliak, kita
membengis
Bila kena kutuk, kenapa
menangis
Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat
dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya
beruntung
Agama tak suruh berbungkus
macam pocong
Apa rasanya, kepala
bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang
kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau
ternampak lurah
Mata yang memandang boleh
keluar darah
Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama
memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh
berselubung
Sampai tak nampak muka dan
hidung
Yang faham tuntutan amat
beruntung
Taklah bersungut mulut pun
muncung
Dah kalau mula minat nak
bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang
disarung
Kalau masih rasa jiwa tu
'mendung'
Maknanya nafsu tu belum
dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu
paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai
syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang
bukan-bukan
Asal menutup aurat itu
tuntutan
Kalau dianggap susah, tu
sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta
alasan
Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-
lipat
Didunia selamat, di akhirat
hebat
Dalam tiap perbuatan, kita
mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah
konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa
bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak
kena tempat
Baik tak bertudung kalau
hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang
sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian
ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni
apa punya jenis?
Kita memang hidup dalam era
serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai
just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai
yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia
ke hantu
Banyak salah faham bila mula
bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen
only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or
kebarung
Dah kalau gitu lebih baik
duduk berkurung
Bertudung bergaya biarlah
yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan
pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih
gaya
Islam itu suka yang sederhana
Kenalah pula kita wanita
bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang
paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu
yang paling asas je
Sebab agama sendiri
menggalakan kita selesa
Mana tidaknya, bila bekerja
kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang
muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun
rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan
macam 'rainbow' pula
Siapa kata kita tak boleh
berwarna
Tak caya cuba tengok semua
pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap
juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam,
cuma biar nampak 'bernyawa'
Tu sebab kita buat kerja
semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan
punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi
hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak
tutup aurat
Kalau dah memang rasa nak
berubah
Peduli kata orang bukan dia
yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara
kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak
tergigit lidah
Bersamalah kita mengkaji
semula
Pakaian kita yang bagaimana
gayanya
Andai belum betul-betul
bersedia
Janganlah kita mencemar
kesuciannya
Andai terasa hidayah
menyinggah
Lakukan yang betul mengikut
sunnah
Menutup aurat jangan sekali
dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan
perintah
Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa
'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat
pengorbanan terbalas
Harap maaflah kalau terlalu
panjang
Bukan sengaja mereka yang
bukan-bukan
Berpantun seloka bukan
setakat hiburan
Yang mana betul jadikan
pedoman.